Tuesday, 21 June 2016

Rambut Gugur ??!! Oh TIDAK!!

Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.Puratanya, 100 helai rambut gugur setiap hari.Pertambahan hormon ostrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.Jadi.semasa hamil, rambut ibu biasanya lebih tebal dan sihat.Selepas ibu bersalin,paras hormon estrogen akan turun mendadak sebelum kembali normal.



Keguguran rambut akan berterusan selama 3-6 dan mungkin sehingga 9 bulan.

Untuk mengurangkan keguguran rambut ini:

1. Ambil makanan yg sihat dengan zat PROTIEN dan zat BESI secukupnya.

2.Mengambil MULTIVITAMIN dan MINUM AIR MASAK yg BANYAK.

3.Potong rambut pendek.

4.Gunakan sikat yg lembut.

5.Elakkn membuat rawatam dgn menggunakan bahan kimia.

Jadi ..dari penerangan di atas yg di ambil.dari Majalah PaMa..saya amatlah menggalakan anda untuk menggunakan Zink Complex , ESP dan Vitalea.. dan Syampoo Prosante

Thursday, 14 April 2016

Rangkaian product SHAKLEE

Produk shaklee ni terdapat 4 kategori;

1. Supplement/vitamin kesihatan & kecantikan
Kesihatan bermula dengan nutrisi yang baik.


2. Produk penjagaan kulit & rambut
Manjakanlah kulit dan rambut anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih. 


3..Penapis air




4. Produk penjagaan rumah

Sesuai untuk Bumi dan kediaman anda.




Wednesday, 13 April 2016

Apa itu Makanan Tambahan @ Supplement





Maksud Supplement
============================


Produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan seperti vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk-produk makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dengan ekstrak atau pekatan daripada perahan.Supplement boleh didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk. Pengambilan makanan tambahan perlu apabila seseorang itu sakit atau telah didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doctor.

Kepentingan Supplement
=============================

1. Memulih dan memelihara kesihatan
Gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.

2. Menyingkirkan toksik dalam badan
Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.

3. Menguruskan badan dan memperoleh tubuh yg cantik
Pengambilan chitosan dapat membantu mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan

4. Meningkatkan tenaga
Pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga.

5. Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya untik mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaan buah pinggang.


Masalah Pengambilan Supplement
=======================

1. Harga yg mahal - tidak ninafikan makanan tambahan agak mahal. Pengguna perlu menetapkan beberapa budget untuk mendapatkan supplemen yang sesuai.

2. Tidak dapat menggantikan zat-zat yg terdapat dalam hidangan
Makanan tambahan hanya mengandungi vitamin &\dan mineral tertentu berbanding dengan makanan asli yang mengandungi fiber, zat-zat mineral, dan komponen-komponen lain yang tidak diketahui fungsinya

3. Tidak dapat mengelak daripada penyakit tertentu
Walaupun pengambilan suplemen itu baik, namun individu tersebut tidak dapat mengelak daripada menghidapi penyakit diabetes, jantung, dan sebagai.

4. Wajar diambil oleh org tertentu sahaja
Pengambilan suplemen wajar diambil oleh org tua yang tidak ada selera makan, wanita hamil yang kerap muntah, dan kanak-kanak yang tidak sihat. Tempoh masa pengambilan suplemen juga untuk jangka masa pendek sahaja

5. Keracunan
Pengambilan terlalu banyak vitamin A akan menyebabkan maut untuk jangka masa panjang. Vitamin C merupakan antioksida yg kuat & mampu membawa kepada kekurangan vitamin E yang diperlukan badan. Hati juga akan terjejas fungsinya kerana Vitamin E turut terkumpul di dalam hati

6. Pembaziran
Vitamin D dan C yang berlebihan akan dibuang melalui proses pembuangan air. kerana ianya bersifat "sustained release" tidak kekal didalam badan.

7. Kesan sampingan
Vitamin A yang terlalu banyak @ kalsium yang berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang rena. Suplemen harbal utk melangsingkan badan yang mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan tanpa dos yang sesuai akan merosakkan hati dan organ dalaman lain

8. Ketagihan
Sesetengah supplemen dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti stimulen dan bahan penahan sakit yang dapat menyebabkan ketagihan atau pergantungan psikologi

9. Membawa maut
Terdapat juga suplemen yang mempunyai kandungan hasil daripada kejuruteraan genetic. Mengambil suplemen yang telah diubah paten genetik boleh membawa maut. Di AS, kematian dan kecacatan banyak berlaku akibat mengambil suplemen tersebut.


Siapa Yang Memerlukan Supplement
===========================

Supplemen ialah makanan yang diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang diperlukan utk menampung keperluan badan, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan seperti:-

1. Wanita hami
Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan system saraf pusat fetus. Alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan supplement dapat meminimukan risiko kekurangan nutrient.

2. Ahli sukan/ atlet
Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, supplement diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Supplement juga memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum

3. Pesakit
Kanak-kanak memerlukan supplement untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung kepada supplement tertentu untuk terus sihat dan bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu

4. Warga tua
Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Supplement seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormone dalam badan. Warga tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplement

Tuesday, 12 April 2016

KORANG TAU TAK

Assalamualaikum ..


1 Tablet Vitamin C SR mampu bertahan selama 5 jam dalam tubuh kita..:)
Vitamin C Shaklee ni bukan semata2 Asid Askorbik tau..tapi ia merupakan Vit C semulajadi yang hadir bersama komponen2 bioflavonoids asli yang sama khasiatnya seperti korang makan 7 biji OREN berkualiti tinggi..
haa..larat ke nak telan 7 biji oren setiap hari tu..kalau 7 biji OREN biasa pun dah RM10 kan..bayangkan lah nak telan tetiap hari..Cuba kira kosnya 1 bulan..dah rm300..baru oren je belum yg lain lagi..Nak jimat boleh dapatkan SR Vita-C Shaklee ni je.. Murah pun murah..1 botol ada 180 Tablets..untuk 6 bulan ok..

Monday, 15 February 2016

Herb-Lax

Herb- lax ni, kira vitamin dalam senarai teratas juga la...popular hokey...kekadang panggilan herb-Lax ni..vitamin "Detox".


Sebab apa? sebelum tu tahu ke apa itu DETOX? nak tau detox tu ape Klik disini

Dah paham kan apa itu Detox? sekarang jom lihat herb-Lax ...

"Herb-Lax -menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

"Herb Lax- Tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

"Herb-Lax - membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Berapa banyak nak minum air putih setiap hari?

Assalamualaikum semua bloggers!! Ape kabo? Dah lama rasanya ida tak publish entry baru.. Ok, untu kali ni ida nak share sikit pasal berapa banyak air yang kita perlukan seharian... Haa, jangan buat main, air sangat penting tau dalan kehidupan seharian kita.... 

Kehilangan air setiap hari melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus menyebabkan kita perlu menyeimbangkan kandungan air dalam badan sama ada minum atau makan makanan yang mengandungi air.




Thursday, 12 November 2015

Kek coklat kukus

Bahan-bahan:loyang 6.5 inci


1cwn tepung gandum*
1sk soda bicabonate*
1sk baking powder*

Wednesday, 11 November 2015

Muffin choclate chips

Bahan-bahan

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak

Kek Milo 3 minit osem!


Percaya tak... ita boleh siapkan 2 mug kek milo ini hanya dalam masa 3 minit sahaja..

Wah! mesti ada yang tak percaya kan... percayalahhhhh....
Sebenarnya memasak atau menyediakan sesuatu hidangan bukanlah sesuatu yang sukar. Janji kita rajin dan ada sedikit perasaan kasih dan sayang.. pasti semuanya semudah ABC

Seronok dapat join group masak-masak ni, kerana dari sini kita dapat pelbagai ilham nak masak apa untuk suami tercinta dan anak-anak tersayang. Walaupun group ini di lahirkan atas perkongsian " nak masak apa untuk hari ini" tapi ianya banyak membantu memudahkan tugas suri rumah di dapur. Rakan-rakan dalam group ini juga cukup sporting. Mereka tidak lokek untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang lain. Admin page ini juga pada ita cukup rajin dan cekap mengendalikan page ini. Sebarang bentuk iklan atau apa-apa yang kurang selesa, beliau segera bertindak untuk meredakan keadaan. Itulah yang terbaik dan buatkan ita suka sangat menjengah group ni untuk dapatkan ilham memasak.

Monday, 9 November 2015

Supplement Untuk Senggugut

Seringkali kita dengar senggugut/ period pain / PMS ( Premenstrual Syndrome ) sering menyerang apabila wanita didatangi period terutama anak-anak remaja bukan..Saya di zaman anak dara dulu turut sama mengalaminya terutama zaman persekolahan. Adusss sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata..memang guling-gulinglah 1 hari..tu nasib baik 1 hari ada kawan saya guling-guling sampai 2 hari..




Setiap kali sakit memang telan pain killer/panadol sebab tak tahan sakit, nak buat kerja pun tak boleh. Kalau lah saya dah jumpa Shaklee masa tu, memang saya dah paksa dak mak saya belikan...hehe.jangan marah yer mak
Apa-apa pun selepas saya mengenali Shaklee, saya ada syorkan kepada adik ipar ( adik ipar senggugut setiap kali datng haid ) Alhamdulillah feedback yang diberikan amat2 positif...sakit dah kurang sangat berbanding sebelum mengambil supplement Shaklee.


Supplement yang saya cadangkan ialah :

Saturday, 7 November 2015

Resipi : Ketam masak telur masin yang marvelous.

Assalammualaikum.


Bukan nak tunjuk rajin and bukan nak tunjuk pandai masak ye. Just nak share dekat korang resipi yang bagi aku sedap and marvelous lah kononnya. Even ni first time masak resipi ni, first time beli ketam tanpa emak aku, tapi alhamdulillah sedap rasanya tau. Selama ni kalau beli ketam mesti dengan emak aku, sebab emak aku je yang pandai nak pilih.


So aku nak share lah macam mana nak masak ketam telur masin ni. Heboh aku tengok orang asyik guna resipi ni dekat Facebook. Aku pernah lah makan sekali, tapi bukan ketam. Aku makan udang masak telur masin. Memang sedap sangat uolls. First time makan masakkan ni masa ke Kuching Sarawak awal tahun hari tu.. Sebab teringat sangat tu yang nak masak jugak dan share recipe sekali.. hehe...

Let's start uolls !


Bahan-bahannya adalah :-



Ketam of course ! 
Bukan ketam masak telur masin namanya kalau tak ada ketam. Apa kau merepek ni hoii ! Aku beli 6 ekor terus sebab dekat rumah aku ni ada 6 orang. Kang ada yang tarik-tarik rambut tak dapat ketam kalau aku beli sikit. Hehehe adil dan saksama.





Tuesday, 20 October 2015

ALAHAN KEHAMILAN/MORNING SICKNESS


Alahan kehamilan/Morning sickness atau dalam medical term dipanggil nausea/vomiting of pregnancy (NVP) menyebabkan wanita hamil mengalami loya/muntah serta kelesuan. Bagi sesetengah individu, simptom ini biasa berlaku di awal pagi dan semakin berkurangan menjelang petang namun kebanyakkan wanita mengalaminya sepanjang hari.

Alahan kehamilan dialami oleh hampir 75% wanita hamil dan 28% darinya pula hanya mengalami rasa loya tanpa muntah. Simptom ini lazimnya bermula seawal minggu ke-4 kehamilan, dan berkurangan menjelang minggu ke-14 (walaupun ia mungkin berulang kembali semasa trimester ke-3).

PUNCA

Punca sebenar terjadinya alahan kehamilan tidak diketahui, tetapi pakar berpendapat ianya disebabkan perubahan hormon dan fizikal dalam badan sepanjang tempoh kehamilan. Perubahan ini juga meningkatkan sensitiviti pada bahagian otak yang merangsang rasa loya. Berikut merupakan kemungkinan punca-punca menyebabkan simptom ini :

1. Hormon human chorionic gonadotropin (hCG) - lebih tinggi paras hormon ini, lebih tinggi kadar loya/muntah yang dialami oleh wanita hamil.

2. Hormon estrogen - paras hormon ini tinggi sehingga 100 kali ganda semasa hamil, turut dipercayai menjadi salah satu punca alahan kehamilan.

3. Hormon progesteron - peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim) dan melambatkan proses pencernaan. Ini seterusnya menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik.

4. Jangkitan Bakteria H.pylori (h.pylori) - menurut kajian Dr. Vagif Soultanov, loya/muntah yang kronik (hyperemesis gravidarum) ketika hamil berkemungkinan disebabkan oleh bakteria H.pylori. Perubahan kepekatan cecair tubuh wanita hamil turut merubah tahap keasidan (pH) perut yang mampu mengaktifkan bakteria ini.

5. Deria bau yang sensitif - menyebabkan sesetengah bau-bauan boleh merangsang rasa loya/muntah.

6. Stres - sesetengah pakar berpendapat loya/muntah merupakan respon abnormal terhadap stres yang dialami oleh wanita hamil.

SIAPA YANG BERISIKO?

1. Wanita yang mempunyai penyakit migrain.
2. Wanita yang mempunyai masalah gastrik (terutama yang telah dijangkiti bakteria H.pylori)
3. Wanita yang mempunyai sejarah mabuk pergerakan (juga dikenali sebagai mabuk jalan/darat/kereta) ketika sebelum hamil.
4. Wanita yang mengalami rasa loya/muntah semasa pengambilan pil perancang (tindakbalas terhadap hormon estrogen).
5. Wanita yang mengalami alahan kehamilan ketika kehamilan terdahulu.
6. Wanita yang mempunyai ahli keluarga yang memiliki sejarah alahan kehamilan, turut berisiko tinggi mengalami perkara yang sama.
7. Wanita yang mengandung anak kembar.

TIPS KURANGKAN ALAHAN KEHAMILAN

1. Tidak tergesa-gesa ketika bangun dari tidur, sebaliknya baring dahulu beberapa minit. Relakskan diri anda dan berikan badan anda masa untuk bersedia menghadapi hari baru. Bangun perlahan-lahan dan duduk seketika sebelum berdiri.

2. Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil dan makan sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut.

3. Elakkan minum air semasa perut kosong ketika bangun dari tidur. Minum air hanya setelah anda menjamah sedikit snek ringan. Minum air semasa perut kosong boleh mencetuskan rasa loya/muntah.

4. Makan sedikit tetapi kerap iaitu diantara 6-8 kali sehari (termasuk makanan berat, makanan ringan, buah-buahan dan sayuran).
Cuba makan setiap 2-3 jam untuk memastikan perut anda tidak kosong.

5. Elakkan berbaring selepas makan (terutama mengiring di atas rusuk kiri) kerana ia melambatkan proses pencernaan.

6. Jauhkan dari bau-bauan/makanan  yang boleh merangsang rasa loya.

7. Makan makanan yang telah suam/pada suhu bilik kerana makanan yang panas mempunyai aroma yang lebih kuat.

8. Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng kerana ia sukar dihadam dan boleh mengganggu perut.

9. Makan pisang diantara waktu makan boleh mengekalkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa mual/muntah serta mengurangkan simptom pedih hulu hati.

10. Makanan yang masam boleh mengurangkan rasa loya namun bagi yang mengalami masalah gastrik, boleh juga menggantikannya dengan halwa halia/gula-gula.

11. Makan atau minum makanan/minuman berhalia untuk melegakan kembung perut. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati kerana dos yang telalu tinggi boleh mencetus penghasilan jus gastrik.

12. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.

13. Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

14. Elakkan makan bersulam air kerana ia boleh menjejaskan proses penghadaman.

15. Cuba minum diantara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula.

16. Pastikan anda minum dengan kerap namun jangan minum terlalu banyak pada satu-satu masa sehingga boleh menyebabkan anda kenyang. Cuba hisap kiub ais/ais krim buah-buahan jika anda loya.

17. Minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta jangkitan bakteria H.pylori. Anda juga disarankan minum minuman susu kultur yang mengandungi bacteria baik (Lactobacillus) atau makan yogurt untuk mengurangkan simptom morning sickness akibat bakteria ini.

18. Cuba terapi semulajadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau rawatan alternatif homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

19. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

20. Buat urutan refleksologi/tekanan acupressure pada titik yang berkaitan loya/muntah.

21. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon  wanita hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.

22. Rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

23. Dapatkan khidmat doktor sekiranya keadaan anda bertambah teruk.


Rujukan:
http://www.babycenter.com.my/a1029196/loya-dan-muntah-semasa-kehamilan-mendapatkan-bantuan-dan-rawatan
http://www.babycenter.com/morning-sickness
http://www.medicalnewstoday.com/articles/179633.php
http://www.thehealthsite.com/pregnancy/pregnancy-tip-of-the-day-make-a-slow-start-avoid-fluids-in-the-morning-to-counter-morning-sickness/
http://worldobserveronline.com/2014/01/26/reading-youll-never-look-banana-way/
http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2013%2F6%2F30%2Fhealth%2F13288056&sec=health
http://bayi-ibu.com/cara-mengatasi-muntah-ketika-mengandungl/

Mengapa ESP Menjadi Pilihan Ramai

ESP Produk Terlaris Di Pasaran! 




Protein adalah makanan terpenting dalam tubuh kita. Tubuh kita terbina daripada protein yang terdiri daripada tulang , rambut, kulit, otot-otot, palsma, antobodi, hormon dan enzim2. Bermakna keseluruhan sel2 tubuh yang dianggarkan berjumlah 60 trillion ini bergantung kepada ptotein untuk menjalankan fungsi masing2 seperti
  • Membina/Perkembangan  sel-sel baru
  • Menggantikan tisu-tisu lama yang telah tua dengan tisu-tisu baru
  • Membaikpulih/membaiki tisu-tisu rosak 

Mengapa ESP Soy Protein Isolate Powder?

Monday, 19 October 2015

Sembelit | 3 vitamin bantu masalah sembelit


Assalamualaikum dan Hi :)

Apakah sembelit? 

Sembelit berlaku apabila kurang membuang air besar atau sukar membuang air besar. Dari segi perubatan, mereka yang mengalami sembelit apabila membuang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu.


Apakah yang menyebabkan saya sembelit? 

Sembelit berlaku biasanya disebabkan kurang minum air terutama air kosong/ mineral, kurang mengambil makanan berserat, kerap mengambil ubat seperti ubat gastrik &
ubat darah tinggi. sikap suka menangguh untuk membuang air besar juga boleh menyebabkan sembelit.


Apakah tanda-tanda saya sembelit? 

Thursday, 15 October 2015

19 Kebaikan Vitamin E Untuk Kulit, Rambut dan Kesihatan


Bismillahirrahmanirrahim...  
Semakin banyak produk kecantikan dalam industri kosmetik hari ini yang mengandungi vitamin E sebagai bahan utama.  Doktor juga menetapkan suplemen vitamin E untuk pesakit mereka juga adalah satu amalan yang lumrah. Ini menerangkan kepentingan vitamin ini untuk kulit, rambut dan kesihatan keseluruhan badan. Juga dikenali sebagai alpha-tokoferol, vitamin E dianggap sebagai ubat ajaib. Selain keupayaan untuk merawat masalah yang berkaitan dengan jantung, vena varikos dan tekanan darah tinggi, minyak ini adalah sangat berfaedah untuk makanan dan penjagaan kesihatan, kulit dan rambut yang betul.

Kebaikan rendaman kaki dalam air panas

Saya suka merendam kaki saya dengan air panas. Rasa segar. Almaklum, rumah comel tak boleh pasang bath tup. Rendam kaki pun jadilah.
Bila kaki rasa sengal-sengal, memang sedap dapat rendam dalam air panas. Hari-hari memandu kereta manual, ditambah perut yang semakin mengembang, memang saya perlukan sesuatu yang rileks.

Merendam kaki dengan air panas merupakan cara tradisional atau merupakan satu terapi yang tidak perlu dicampur dengan ubatan lain.

Cara merendam kaki : 
- Kaki harus direndam sekali sehari ke dalam bekas yang dalam air tersebut sebaiknya 15cm dan kehangatan air pula dalam lingkungan 40 darjah celcius.
- Sekiranya mula berpeluh, keluarkan kaki dari rendaman.

Kebaikan merendam kaki :
- Peredaran darah menjadi lancar.
- Melembutkan kulit tapak kaki yang kering.
- Menghilangkan bau kaki dan menghilangkan bakteria.
- Memgurangkan tekanan.
- Mengurangkan gejala flu dan senggugut.
- Mampu mencegah stroke.

Papermint Ginger Pluss shaklee

Kebaikan dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee
Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:
Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sicknessMereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/daratMereka yang sering mengalamimasalah gastrik dan anginMereka yang sering mengalamikembung perutMereka yang sering mengalamimasalah pencernaan.

Peppermint Ginger diperbuat dari bahansemulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:
Pudina (Peppermint)
Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenangMembantu dalam penghadaman.Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-biritSelain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demamapabila seseorang itu mengalami selsemaRasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

Halia

Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.Ia melegakan ketidakselesaan perutdan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa haliamenghalang muntah selepas pembedahan.
Bacaan lanjut mengenai Halia : 10 Kelebihan Halia yang mungkin kita tidak tahu.
Pokok adas (fennal)
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untukmenghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, Ia dapat membantu dalammasalah elergi dalam saluran usus.

Cekur Manis (anise)

Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Meransang rembesan jus gastrikuntuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasaMelegakan haba dimusim panas dan lembab Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Tuesday, 13 October 2015

Tips Berjaya Dalam Perniagaan



Perniagaan? Orang Islam sebenarnya hebat dalam bidang pernigaan. Malah Rasullullah sendiri adalah usahawan. Rahsia kejayaan usahawan Islam sebenarnya berkait rapat dengan tatacara hidup kita sendiri sebagai seorang Muslim. Sedikit perkongsian tentang tips berjaya dalam perniagaan.


1. Mempunyai sikap yang bagus
Rasulullah sendiri tidak pernah berdebat dengan pelanggan atau rakan niaga baginda, sentiasa senyum melayan pelanggan, tidak bersumpah palsu dan berlemah lembut dalam melayan pelanggan.

Monday, 12 October 2015

7 Tips Memajukan Perniagaan




Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.

Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

Sunday, 11 October 2015

Wanita MESTI ADA VITAMIN ASAS INI

Hi..lama nau dah tak bersiaran kan..hihi.. too bizi lately..(konon) 

Jom ni nak hupdate kan pasal shaklee vitamin lg dan lg..
Diam2 ubi berisi hokeh..
To all ladies kat luar sana sila la amik peduli diri sendiri..PENTING PENTING danPENTING.. kenapa sy tulis PENTING..sbb kita perempuan mmg x boleh pisahkan dgn cantik n sihat.. kekadang sbb nak cantik ramai je wanita yg sanggup seksa sakit n menderita sedih sakit jiwa zohir batin..ade segelintir sanggup cucuk sana sini n operate bagai kan..hihihi.. dah2  pasni jgn susah2 hati....