Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

KISAH SEORANG MURID PINTAR DAN GAJAHNYA


Di dalam sebuah kelas, guru memulakan pengajarannya.

“Murid-murid, binatang apa yang bermula dari huruf ‘G’?” tanya cikgu tegas sambil memerhati seorang demi seorang anak-anak muridnya.

Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab, “gajah cikgu.”

Murid itu menerima pujian dari cikgu. 

“Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘D’?” 

Semua murid terdiam dan tanpa disuruh murid tadi berdiri dan menjawab, “dua gajah, cikgu.”

Murid-murid lain mula ketawa. Cikgu mulai berang.

“Awak berdiri atas kerusi. Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘M’?” 

Semua murid tetap membisu. Dari atas kerusi murid bijak tadi terus menjawab, “mungkin gajah.”

“Awak keluar dan berdiri di pintu,” tengking cikgu bertambah marah.

“Soalan terakhir, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘J’?” 

Semua murid-murid diam. Cikgu menunggu murid menjawab tetapi semua hanya berdiam diri.

Murid bijak yang berdiri di pintu luar kelas terus menjawab, “jangan jangan gajah.”

Mutiara Hikmah: Daripada Usamah R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Aku berdiri di muka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri di pintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan.” 


Credit: Lawak pecah panggung

Friday, 31 October 2014

Kisah Teladan

Hari sudah malam dan hujan mulai turun rintik-rintik. Seorang lelaki sedang memandu pulang ke rumah apabila dia terlihat seorang wanita berdiri di sisi sebuah kereta mewah di tepi jalan.  

Oleh kerana wanita itu kelihatan dalam kesulitan, lelaki tersebut memberhentikan keretanya di belakang kereta mewah wanita tersebut.  
Dia turun dan meniliti keadaan kereta si wanita.