Tuesday, 3 December 2013

Kelebihan menjadi ahli SHAKLEE!!!

Alhamdulillah sudah pon SEBULAN bersama Shaklee..percaya atau tidak income sudah mencecah 4 angka..setanding dengan orang yang bekerja makan gaji. Tetapi keistimewaan bekerja sendiri dari rumah adalah masa flexible, boleh bahagi masa yang sebaiknya( maklumla saya ni masih student). Kalau kita buat lebih..usaha lebih..lebih banyak kita akan dapat. Selepas berpenat -lelah dan dapat bonus itu adalah sesuatu yang sangat manis.


Kawan2 Shaklee BUKAN jenis MLM yang downline bekerja keras dan upline hanya goyang kaki..tapi ianya  satu MLM yang sangat bagus di mana upline dan downline bekerja keras untuk kemajuan masing-masing..kami bekerja sama..menghadiri sesi coaching..berkongsi ilmu dan sebagainya..

Dalam shaklee kita dpt 3C:
1. Cash
2. Car
3. Convention (Melancong)

Alhamdulillah saya dh dpt ketiga-tiga tu. Tidak mustahil sesiapa sahaja boleh dpt. Yang no 1 & 2 stiap bulan akan dapat sebab shaklee akan bg cash then belilah kereta apa yg suka, tak nak beli boleh simpan:)
Yang no 3 setahun sekali dapat.

Yang penting nak, kalau tak nak takkan boleh paksa ye dak. Dengan tak bermodal, dengan tak payah keluar rumah. Juga bisnes yang pastinya berlandaskan syariah. Maka mari kita menjana kewangan dari rumah:)) seronok!!!!


Bagi yang berminat untuk menyertai Shaklee, anda perlu tahu cara dan insentif apa yang anda akan dapat jika join Shaklee. Anda boleh join untuk kegunaan sendiri atau jadikan ianya satu bisness yang menguntungkan. Hanya bermodalkan RM 65 paling kurang, anda mampu untuk mengecapi bonus dan income 2 angka, 3 angka, 4 angka dan boleh mencecah sehinga 6 angka.





Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 1073770 sebagai sponsor/upline.



Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. 



Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee
Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase



Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.



Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?
Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 1073770 sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee sendiri.



Apa kelebihan jadi ahli Shaklee
Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli (kalau nak tahu price list shaklee boleh direct contet saya di 019-4513242). Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.

Dengan menjadi ahli di bawah group kami (menggunakan ID saya 1073770 sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami (SINAR JUTAWAN). Melalui group ini, kami akan bimbing dan berkongsi segala ilmu dan tips yang akan membuatkan anda maju ke hadapan. Group ini terdiri dari otai-otai dan mengaplikasikan sistem pembelajaran islamik. Bukan hanya belajar untuk mengejar keuntungan tetapi juga belajar untuk mendekatkan diri kepada Pencitanya yang memberikan rezeki kepada hambaNya.



Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di  
https://www.facebook.com/asneeda 

sms/whatsapp 019-4513242 (asneeda) untuk maklumat lanjut.


Thursday, 21 November 2013

ISU HALAL HARAM BOVINE GELATIN SHAKLEE

ISU HALAL HARAM BOVINE GELATIN SHAKLEE



Memandangkan tedapat segelintir pengguna yang masih ragu2 dengan isu halal terutama sekali terdapatnya gelatin yang digunakan didalam produk Shaklee, maka perlu untuk saya rungkaikan status halal Shaklee ini supaya semua pengguna Shaklee dapat terus amalkan vitamin ini secara selamat & tanpa was-was lagi selepas ini





Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza.

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya :

Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis

“Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA”

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada.

 Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza. Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya.Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd. Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia.

Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan. Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.





Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL

Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.*

Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.



shaklee Japan


shaklee Amerika

shaklee Canada
shaklee Malaysia


Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.



Sumber:

Wednesday, 20 November 2013

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee


Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an
Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”.
Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.
Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.
Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil.
Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.
alfalfa complex
Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :
  • Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan
Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee 
  • Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
  • Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa period.
  • Membantu Merawat arthitis
  • Membantu Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membantu masalah keputihan pada wanita.
  • Membesar dan menegangkan payudara.
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
  • Memulihkan urat selepas bersalin.
  • Milk booster
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina lelaki
  • Membantu Melegakan masalah sembelit
Antara Set-set produk shaklee yang yang digabungkan dengan Alfalfa Shaklee
set perempuan
Set Kesuburan Shaklee – Alfalfa Shaklee + GLA Shaklee (untuk kesuburan wanita)

set bersalin shaklee
Set Bersalin Shaklee / Set Berpantang Shaklee – Boleh lihat testimoni pengguna (Susu badan bertambah 2 hari guna Alfalfa Shaklee + ESP Shaklee)

set ibu menyusu 3m
Set Menyusu Shaklee

Set Kuruskan Badan / Set Mengawal Berat Badan

Tuesday, 19 November 2013

OsteMatrix Shaklee

Ostematrix Shaklee
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Menolong pengecutan otot dan saraf
  • Mengurangkan symptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan
Perbezaan Shaklee:
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Manfaat Utama OsteMatrix Shaklee :
  • Menguatkan tulang – Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga m erawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi  dan artritis.
  • Meringankan stress – Ianya  mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh – Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D: Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium : Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum: Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.
Bagaimana memilih kalsium premium?
  • pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium.
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam peroses menyerap mineral.
Cadangan Untuk OsteMatrix Shaklee:
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali ssehari, 2 tablet setiap kali (selepas makan)
Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas: 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
Untuk tulang retak, osteoporosis : 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali