Friday, 24 January 2014

Wajah Cantik Berseri Dengan Set D Shaklee

Set D Shaklee menghapuskan kulit kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas.


Setiap wanita ingin memiliki wajah cantik berseri, halus mulus, dan gebu. Kecantikan memang sinonim dengan wanita.Setiap hari wanita didedahkan dengan persekitaran yang berkaitan keindahan dan kecantikan.Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luasmemang merungsingkan dan menyebabkan keyakinan diri berkurangan.

Kebaikan Set Skincare Shaklee

Nak cantik? Nak kulit cantik berseri? Entri kali ini nak bercerita tentang Set D Shaklee. Set D ini juga dikenali sebagai Set Skincare yang dapat membantu penjagaan kecantikan secara semulajadi. Ramai di antara kita yang ingin mendapatkan kulit yang cantik berseri tanpa mahu berbelanja mahalkan?? Set D Shaklee adalah penyelesaiannya.

Penting bagi kita untuk menjaga kesihatan kulit dari dalam kerana setiap apa yang dilihat selalunya bermula dari dalaman. Secara amnya, keadaan persekitaran adalah penyebab utama kepada kerosakan kulit selain daripada faktor umur, pemakanan, dan juga alahan sehingga menyebabkan kulit mempunyai pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam dan kering, pigmentasi dan banyak lagi. 

Set D Shaklee ini mengandungi Vitamin CVitamin E dan B Complex. Jom kita baca apa peranan utama vitamin-vitamin ini


Kebaikan Set Skincare Shaklee


Vitamin C

  • Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).
Vitamin E
  • Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut
B Complex
  • membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku

Apa kata mereka setelah mengamalkan Set D Shaklee ini :

Kebaikan Set D Shaklee
Set D + zinc + ESP
Set D + ESP

Set D
Tak kenal maka tak cinta. Tak percaya? Sejujurnya saya tidak memaksa anda untuk percaya pada kata-kata saya, tapi saya menyarankan anda harus mencubanya sendiri untuk anda rasai keberkesanannya.

Sunday, 5 January 2014

Kenali Toxin Dalam Badan Dan Cara Untuk Membuangnya-Alfalfa

Bagaimana toksin terjadi ? 

Toksin dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian . Kesihatan manusia menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti barah, migrain dan sebagainya.




~ Pemilihan makanan amat penting untuk kesihatan manusia ~


TAHUKAH ANDA??

Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan . Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksin tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi.

Toksin terdapat pada seluruh organ manusia,dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia,MEROKOK dan sebagainya. Antara penyingkiran toksin secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksin juga akan dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan.Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.


Mengapa Anda Perlu Membuang Toksin?

Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksin dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksin ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banmyak lagi kesan-kesan buruk. Dengan mengurangkan jumlah toksin di dalam tubuh badan aakan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.

Sistem Limpa


Penyakit yang sering terjadi akibat lebihan toksin di dalam badan!!! 


Apakah simptom yang menunjukkan toksin berlebihan dalam badan? 

Toksin boleh memberi kesan kepada orang yang berbeza melalui pelbagai cara .
Simptom ini adalah terlalu banyak untuk disenaraikan . Antara simptom utama adalah 
keletihan melampau, kesakitan otot badan, kegagalan sistem imunisasi tubuh. Disini 
adalah senarai simptom penyakit yang disebabkan oleh toksin berlebihan.

Acid Reflux Disease (GERD) or ( Perut Memulas)
Indigestion - ( Sakit Perut )
Irregularity - Constipation - Hard Stools - ( Buasir )
Irritable Bowel Syndrome (IBS) - Crohn's Disease
Abdominal Pain - Inflammatory Bowel Diseases (IBDs)
Spastic Colon - Colitis - Ileitis
Excess Gas - ( Perut Kembung)
Bad Breath - ( Badan Berbau )
Belching - ( kembung)
Enlarged Abdomen - Protruding Belly
Excess Stored Fat - Excess Weight - ( Kegemukan)
Skin Conditions - ( Penyakit Kulit)
Inflamed Skin - Dermatitis - Eczema - Psoriasis
Allergies and Hay Fever -( Alergik pada Makanan)
Fibromyalgia - Sciatica
Joint Pain - Arthritis - ( Sakit Kepala/ Migrain)
Insomnia - ( Kesukaran untuk tidur)
Low Energy - Loss of Mental Clarity - ( Kekurangan Tenaga/keletihan)

Bagaimana saya ingin mengetahui Toksin didalam badan saya berlebihan?

Tidak kira bagaimana kita menjaga kesihatan , kita masih terdedah pelbagai toksin 
terkumpul didalam kehidupan moden. Sungguhpun kita boleh mengurangkan atau 
menyahtoksin melalui senaman yang berterusan , makan makanan organik , 
pembersihan hati, pembersihan ginjal, pembersihan usus besar, kadangkala ia masih 
tidak mencukupi. Fakta yang sebenar adalah sesetengah orang boleh mengawal jumlah 
toksin memasuki tubuh dan sesetengah orang lagi tidak boleh mengawalnya. Semua ini
juga dipengaruhi kadar metabolisme tubuh badan seseorang. Ada orang sentiasa sihat
tidak kira apa jua makanan dan minuman dan ada juga orang yang sakit walaupun 
mengamalkan pelbagai jenis diet..


Kaitan antara tapak kaki dan organ2 dalaman badan



Bagaimana jika saya menghidapi penyakit lain seperti arthritis, rheumatism, 
bursitis dan gout?
Ramai yang menghidapi penyakit seperti arthritis, rheumatism, bursitis and gout 
boleh mengurangkan kesakitan dengan ALFAFA SHAKLEE.ALFAFA SHAKLEE bersifat alkali yang akan membantu mengekstrak toksin seperti acid uric yang menyebabkan 
gout.



Bagaimanakah ALFAFA SHAKLEE menyahtoksin dari badan saya?

Umum mengetahui sisa toksin akan terkumpul didalam badan melalui makanan, udara 
yang disedut akan menyebabkan banyak masalah kesihatan. 
Apabila tahap toksin mencapai tahap yang tinggi akan menyebabkan masalah seperti 
keletihan, pandangan mata kabur dan bermacam lagi. 

Masalah kesihatan ini biasanya tidak boleh dikesan oleh doktor pada pandangan biasa
dan memerlukan rawatan lanjutan yang semestinya memerlukan kos yang tinggi untuk
mengetahui puncanya. 

ALFAFA SHAKLEE bertindak sebagai:

1.    Merawat gangguan pencernaan

2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit

10.  Menyahkan toksik dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu (MAMA Milk Booster)

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

21.  Mencuci hati, darah dan usus

22. Melawan tumor: alkalikan badan dengan membaiki sel-sel kanser dan membuang tumor

23. Memulihkan urat selepas bersalin

24. Menyingkirkan lemak dan kolesterol (membantu dalam penurunan berat badan)

25. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor


Berminat boleh:

 WHATSAPP/SMS DI: 019-4513242 (asneeda ishak)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: asneeda ishak
SID 1073770
HARGA TERMURAH DAN FREE GIFT DIBERIKAN
COD SEKIRAR SHAH ALAM, KEMUNING UTAMA, KOTA KEMUNING, PUNCAK ALAM

Saturday, 4 January 2014

20 Tips Berkesan Untuk Kurus



1 Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 


2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 


3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 


4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.


5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam


6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.


7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.


8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 


9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.


10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 


11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 


12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 


13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 


14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.


15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 


16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti


17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.


18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.


19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.


20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Friday, 3 January 2014

Alfalfa- Masalah Keputihan Wanita..



KEPUTIHAN WANITA DAN JANGKITAN KUMAN

“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. 

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak. 

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj wanita. Jangkitan boleh disebabkan oleh sikap tidak perihatin atau cermat wanita di dalam soal kebersihan anggota sulit mereka.

Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh bakteria semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Wanita hamil dan mengidap penyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat candida. 

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering dan rosak. 

Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Lendir yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti oleh bakteria. 


PERANAN LENDIR DALAM FARAJ

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. 

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj. 

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya. 

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan. 

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon. 


APAKAH YANG MENGAWAL PENGELUARAN LENDIR?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim. 

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa. 

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan. 

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang. 

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku. 


SIFAT LENDIR YANG NORMAL

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. 



KEPUTIHAN SEBAGAI TANDA PENYAKIT

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.


JENIS-JENIS JANGKITAN KUMAN

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain. 

i. Kuman 

Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk 

ii. Kulat 

Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis. 

iii. Virus 

Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. 


APAKAH BAHAYA JANGKITAN KUMAN?

Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan. 


APAKAH KEBURUKAN KEPUTIHAN

Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Di antara keburukan keputihan ini ialah:

Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.

Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.


BAGAIMANA KUMAN BERJANGKIT?

Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman. 

Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity). 

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.


CARA MENGATASI KEPUTIHAN

Jadi, kepada ibu-ibu atau wanita-wanita yang ingin memelihara aset anda daripada keputihan, bolehlah merawat dan mengatasinya dengan ALFAFA SHAKLEE dan VITAMIN E SHAKLEE


Fungsi kedua vitamin ini untuk kewanitaan kita :


Vitamin E
- Anti oksida, anti penuaan, menyokong dan mempercepat pembaik pulihan otot & baik untuk jantung, dan ada yang menggelarkannya sebagai sex vitamin!


Alfalfa
- Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa.
(boleh baca di label ALFAFA)


TESTIMONI PENGGUNA SET KEPUTIHAN



Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 019-4513242 (asneeda ishak)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: asneeda ishak
SID 1073770
HARGA TERMURAH DAN FREE GIFT DIBERIKAN
COS SEKITAR SHAH ALAM, KOTA KEMUNING, KEMUNING UTAMA, PUNCAK ALAM