Tuesday, 31 March 2015

8 TIP ELAK DEHIDRASI DAN KEKERINGAN KULIT

Tip elak dehidrasi dan kekeringan kulit


1. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi.

Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

Monday, 30 March 2015

WAJIB BACA: Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Mengambil Gambar Dengan CantikSetiap kali mengambil gambar, samada ketika menyambut hari jadi, majlis perkahwinan ataupun sekadar selfie-selfie biasa, sudah tentu anda mahukan gambar yang terbaik. Dari sudut pandangan seorang wanita, gambar yang terbaik adalah gambar dengan kulit yang cerah tanpa cela. Samada mengambil gambar dengan pencahayaan yang baik, ataupun menggunakan camera 360 (cara paling cepat untuk menjadikan kulit anda putih gebu persis Emma Maembong)
Jika kulit anda tidak berada pada tahap yang anda inginkan; samada disebabkan oleh jerawat, tona kulit tidak sekata, atau masalah genetik; ketahuilah bahawa kulit yang lebih cerah boleh dicapai dengan penjagaan kulit dan produk yang betul. Malah, anda boleh mempunyai kulit yang lebih cerah dalam beberapa hari dengan regim penjagaan kulit yang betul.
Satu langkah penting ke arah kulit yang lebih cerah adalah dengan mengurangkan pendedahan anda kepada matahari. Unsur-unsur alam sekitar seperti sinaran berbahaya daripada matahari boleh melakukan kerosakan yang paling banyak kepada kulit anda dan meninggalkan anda dengan tompok matahari dan tona kulit tidak sekata.

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

RESEPI ESP

Ramai yang tanya boleh campur dengan bahan lain tak kalau minum ESP. Sudah tentu boleh :). Ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. ESP kan minuman protein soya dengan perasa vanila. Saya memang suka minum begitu sahaja. Ada juga pelanggan tersayang saya yang memang tak boleh minum begitu sahaja. Pekat sangat dengan rasa soya tu buat mereka loya katanya. Mahu cara yang lebih mudah boleh sahaja campurkan dengan milo ke fresh milk. Itu resepi yang paling simple…Meh saya share apa yang boleh dicampurkan bersama shake protein ESP ini :



ESP + Berries

Sunday, 29 March 2015

MERAWAT WAJAH CARA TRADISIONAL

Merawat wajah cara tradisional


Melihat kepada jenama produk penjagaan kecantikan memang kadangkala boleh membuatkan kita keliru. Tidak tahu yang mana satu perlu dipilih kerana banyak yang lebih kurang sama. Persaingannya memang sengit, malah ada pengusaha menggunakan cara yang sedikit keterlaluan untuk menarik perhatian pembeli.

Memang kemunculan produk ini memudahkan cara. Tetapi tidak kurang yang masih setia mengamalkan kaedah penjagaan secara tradisional walaupun ada sesetengah menganggap ia lambat menunjukkan kesan. Ya, kaedah tradisional yang menggunakan sumber semula jadi memang mengambil masa yang lebih lama untuk dilihat kesannya, tetapi ia ternyata lebih selamat dan terjamin kebersihannya.