Sunday, 2 February 2014

Pantang Larang Vitamin


Pantang Larang Vitamin


Tidak merasa manfaat setelah mengambil supplement dan vitamin? Mari kita check senarai 
semak dan pantang larang ini!
Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit
 tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan 
secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup
antara 90-120 hari.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari
pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan
berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin 
supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. 

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada
 masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa
 selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut
 kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu
satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu 
sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara 
serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak
dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda
mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun
sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 
1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka 
pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang
 kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali
disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil
bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu 
sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak
boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan
 manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti
 yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan
saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si
 ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana
 hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan 
antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil
seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak
mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama.
 Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata.
 Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi
 kebaikan vitamin yang anda beli!
Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH…..apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika
 anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan.

No comments:

Post a Comment