Friday, 13 February 2015

Asam Pedas Chef Florence - Memang Power




Asam pedas ni dah lama buat.....selepas aje menonton rancangan MasterChef, episod Kuliah Master oleh Chef Florence...masa tu Chef Florence tunjuk demo memasak Ikan Jenahak Masak Asam Pedas Cara Nyonya. Masa akak tengok bila bab merasa asam pedas tu, akak rasa betul2 terliur dan dlm hati alangkah bertuahnya kalau berada kat situ dan dpt rasa...hehehe punya lah angan2.



Esoknya terus gi pasar borong cari ikan jenahak, tapi tak jumpa....tak berapa kenal pun ye heheheh...akak pun belilah ikan susu dan ikan siakap. Maknanya dah 2 kali akak masak asam pedas nyonya ni cuma belum berkesempatan nak postkan kat sini.

Mmg feveret akak pun asam pedas, tapi husben kurang pulak. Tapi bila akak masak asam pedas ikan susu cara ni....husben makan nasi sampai hirup2 kuah hingga ketitisan kuah terakhir dlm mangkuk tu....haaaaaaa baru dia tau penangan asam pedas. Beberapa hari lepas tu akak masak lagi guna ikan siakap plak....sekali lagi nampak berselera betul en abg sayang akak tuh hehehe. Kalau tak selama ni bila akak masak asam pedas, mukanya cam asam pedas gak la...hehehee.



Makan lauk asam pedas bersama nasi panas2 baru masak mmg sedap, berulamkan pulak kacang panjang dan kangkung celur perghhhh tak terkata......sedar2 habis nasi sepinggan dan dah tak ingat lagi dah ttg diet ke apa ke....dahsyat betul penangan asam pedas !!

Asam pedas akak ni tak letak bendi sbb kehabisan stok dlm petiais... tapi sebenarnya akak lagi suka asam pedas taruk bendi mmg terangkat..akak kalau letak bendi lagi byk dr ikan...sbb suka sgt, anak2 pun sama. Org kata bendi ni bagus utk otak dan utk kesuburan....errrr patut lah akak beranak setengah dozen, nasib baik dah masuk era 40an, kalau idak mau bertambah lagi bilangan anak.
ASAM PEDAS ALA NYONYA
Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - dlm 6 keping selepas dipotong
1 tangkai bunga kantan - belah 2
sedikit daun kesum
sedikit air asam jawa - tapi akak lebih suka guna 2-3 keping asam keping
1 kiub ikan bilis
8 biji kacang bendi
1 biji buah tomato jika suka
minyak utk menumis
garam

Bahan kisar:

5 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai - ambil bahagian lembutnya sahaja
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan - akak tak letak sbb husben allergic

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan bertukar warna dari kuning merahan menjadi pes berwarna merah menyala. Ini memakan masa agak lama, menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bawahnya.
Kacau sekejap masukkan bunga kantan apabila dah naik bau masukkan air asam jawa, kiub ikan bilis, ikan dan air secukupnya.
Rasakan garam, bila ikan hampir masak boleh lah masukkan kacang bendi dan daun kesum.
Didihkan 2-3 min boleh lah diangkat.

No comments:

Post a Comment