Wednesday, 19 February 2014

SEBAB UTAMA MENGAPA BADAN KITA MEMERLUKAN SUPLIMENT..!!!

Ada yang berpendapat jika tidak mengambil vitamin atau supplement pun kita boleh teruskan hidup dan mengambil dari sumber makanan seharian. Andainya kita sakit, boleh pergi jumpa doktor dan makan ubat saja. Jadi kita sebenarnya hanya menunggu jatuh sakit barulah nak mencari penawar atau ubat. 


Kenapa vitamin atau supplement itu penting? Ini beberapa faktor kenapa manusia mencipta supplemet untuk keperluan manusia masa kini:


  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, air , bunyi dan lain2 yg mana menyumbang kpd tekanan kepada gaya hidup kita dari segi kesihatan mental, fizikal dan kerohanian.
  • Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien bagi menyokong fungsi tubuh kita yg mana adakalanya kita tidak suka untuk mengambilnya dlm pemakanan harian kita seperti sayur dan buah-2an.
  • Sumber semula jadi vitamin seperti buah dan sayuran mungkin tercemar oleh krn penggunaan bahn kimia spt baja dn racun serangga. Kesegaran buah dan sayuran bukanlah jaminan bahawa kita telah mengambil nutrin yg cukup malah kesan sampingan jangka panjang pasti mempengaruhi kesihatan kita.
  • Adakalanya kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengabaikan senaman, tidur lewat, merokok dan meminum alkohol dan sebagainya.
  • Kebanyakan dari kita mengambil makanan mengikut selera sendiri tanpa menghadkan batasan kuantiti dan kandungan yang tidak baik dlm makanan spt lemak, garam dan gula berlebihan, perasa, pewarna, pengawet dan sbgnya.
  • Terdapat gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan spt alkohol yg merosakkan suatu fungsi baik makanan.
  • Kehilangan nutrin dalam makanan berlaku apabila kerosakan pada buah, sayuran atau sumber lain oleh krn cara memasak yg terlalu lama atau cara pengendalian bahan yg tidak betul.

Kekurangan nutrisi tersebut boleh meningkatkan risiko kesihatan spt :

  • penuaan pramatang, 
  • kelesuan,
  • mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah

Jadi selamat mencuba produk supplement "SHAKLEE" yang pastinya "SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA MESRA ALAM. bak kata pepatah "Mencegah lebih baik dari mengubati".


Asneeda ishak
019-4513242
1073770


Monday, 17 February 2014

Herblex HEBAT!!


Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

alfalfa leaves
senna leaves
anise seed
blue malva flower
buckhorn bark
licorice root
rhubarb root
fennel seed
culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.




Kebaikan Herb Lax

pembersihan najis yang tersekat
meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
membantu masalah sembelit, tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
mengempiskan perut, ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.



Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

pengamal tegar ubat tahan sakit.
mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
mereka yang banyak jerawat
pesakit gout
mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Thursday, 6 February 2014

Merawat Ekzema dan Sakit Kulit dengan Shaklee


Segeralah merawat Ekzema!

Salam ceria semua! Adakah hari ini Fantastic bagi yuoools? Senyumlah selalu kerana senyum boleh memberi impak positif pada diri kita. Kalau kena ekzema pun muka mesti kena senyum juga. Sedap mengaru tu cer senyum siket sambil merawat ekzema dan sakit kulit tu. Tapi bagaimanakah nak merawatnya? 

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.


Jangan susah hati. Shaklee ada pelbagai vitamin yang mampu mengembalikan kecerian yuools. Sebelum tu mari kita mengetahui sedikit info mengenai ekzema ni.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.


Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah.Punca ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema adalah muka, siku dan lutut,. Oleh kerana benteng pertahanan kulit amat sedikit, memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng kulit dan menyebabkan ekzema. 

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Jom kita baca cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur.
Bayi berumur kurang 1 tahun 
  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend  Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.


Kanak-kanak 1 tahun ke atas

  • Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema. 
  • Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit  danmengurangkan kegatalan.
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
  • Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema
  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
  • Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.

Tidak semestinya kena ambil semua apa yang saya cadangkan. Saya akan mencadangkan produk yang sesuai mengikut tahap ekzema yang dihidapi. Tapi alangkah bagusnya jika anda dapat mengamalkan semua produk vitamin ni. Maka dapatlah merawat ekzema dan sakit kulit ini dengan lebih optimum.
18 Sebab Kenapa Jenama Shaklee Berbeza Dari Yang Lain



Alhamdulillah...semakin hari, semakin ramai yang mengenali Shaklee. Pendapat IDA nama Shaklee dah tak asing lagi terutamanya di alam maya. Kami sebagai independent distributor, kebanyakannya mencari pelanggan melalui alam maya. Facebook, blog, twitter, instagram dan macam2 lagi medium alam maya yang banyak membantu kami.

Nak kurus, nak sihat, nak cantik, nak menyusu, nak bertenaga, nak hamil semua akan mencari supplement Shaklee
. Shaklee juga dah jadi supplement wajib kami sekeluarga. Tapi, kenapa Shaklee? Hari ni, IDA akan kongsikan artikel tentang 16 sebab kenapa jenama Shaklee ni berbeza daripada jenama-jenama supplement yang lain

18 sebab kenapa jenama Shaklee berbeza dari yang lain:
Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.

Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.

Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.

Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.

Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.

Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.

Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.

Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.

Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University) di mana kajian klinikal ini dijalankan ke atas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology

Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka

Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid)

Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.

Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.

Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia

176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.

Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
Semua produk Shaklee dijamin berkualiti.

Sunday, 2 February 2014

Pantang Larang Vitamin


Pantang Larang Vitamin


Tidak merasa manfaat setelah mengambil supplement dan vitamin? Mari kita check senarai 
semak dan pantang larang ini!
Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit
 tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan 
secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup
antara 90-120 hari.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari
pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan
berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin 
supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. 

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada
 masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa
 selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut
 kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu
satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu 
sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara 
serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak
dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda
mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun
sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 
1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka 
pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang
 kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali
disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil
bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu 
sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak
boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan
 manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti
 yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan
saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si
 ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana
 hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan 
antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil
seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak
mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama.
 Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata.
 Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi
 kebaikan vitamin yang anda beli!
Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH…..apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika
 anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan.