Monday, 13 October 2014

Tips untuk turunkan kolesterol

Kolesterol = lemak = gemuk? Betul ke? Sebenarnya tidak...sebab ada juga orang yang kurus tetapi tinggi kolesterol dalam badan. Zaman sekarang ni macam-macam kan... 



Sunday, 12 October 2014

Tips untuk rasa kenyang lebih lama

Pernah tak alami keadaan di mana walaupun dah makan sepinggan atau dua pinggan nasi, kita masih lagi rasa tak kenyang? Nak juga cari makanan untuk dikunyah?


Di sini ada sedikit petua untuk kita cepat rasa kenyang atau bila dah kenyang tu, kekal kenyang. Bagaimana?
  1. Sebelum makan, minumlah air terlebih dahulu. Seteguk dua air...yang disarankan oleh pakar pemakanan adalah segelas dua gelas. Sebab dengan meminum air, perut kita sudah rasa kenyang jadi pengambilan makanan yang berat akan berkurang. Yang ini memang saya akui kerana saya selalu amalkannya.
  2. Di dalam masakan, kalau boleh cuba guna cuka dan kulit kayu manis untuk perisa (jika boleh lah). Cuka dan kulit kayu manis boleh menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama. Tak percaya? Cubalah.
  3. Sayur-sayuran hijau dan berwarna oren (seperti lada benggala warna kuning dan carrot) mengandungi 90% air di dalamnya, maka bila kita lebihkan megambil sayur2an sebegini, kita akan lebih cepat rasa kenyang. Sekali lagi saya akui, kerana saya juga pernah mengamalkannya terutama sekali dengan memakan lada benggala (capsicum) yang pelbagai, memang cepat kenyangnya.
  4. Ubi kentang sangat mujarab untuk memberi kekenyangan sehingga 24 jam. Agaknya sebab itulah orang Korea suka sangat makan kentang rebus atau bakar. 
  5. Ikan itu lebih mengenyangkan berbanding daging. Jadi lebihkan memasak ikan. Lagipun, ikan itu elok untuk jantung (dalam entri tips jantung itu hari)
  6. Kekacang juga boleh mengenyangkan untuk di makan waktu tengok TV ke, atau antara waktu makan.
  7. Akhir sekali, oats, kekacang (beans) dan telur adalah antara sajian yang memberi kekenyangan yang lama. 
Nah, marilah kita cuba petua yang diberi ini. Bila kita merasa kenyang lebih lama atau kenyang lebih cepat, kadar pengambilan makanan akan berkurangan dan kita boleh kekal SLIM!!!

Saturday, 11 October 2014

Bajet 2015: Kit ujian denggi kurangkan kebertantungan terhadap makmal bagi ujian darah



KUALA LUMPUR: Peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2015 untuk pengagihan 55,000 kit ujian denggi kepada semua klinik swasta merupakan langkah yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada makmal-makmal swasta dan kerajaan untuk melakukan diagnosis darah awal demam denggi.

Sunday, 14 September 2014

Supplement Anda...


Hai, Assalamualaikum,,, Hari ni ida nak share sikit beberapa list supplement yang bersesuaian dengan gantina, umur, permasalahan dan macam-macam lagi.,. Ida sertakan bersama beberapa supplement yang disarankan untuk permasalahan yang disebaraikan.. Harap senarai suppliment anda ini dapat membantu anda semua untuk memilih supplement yang bersesuaian....

1. Family Wellness / Kesihatan Keluarga 
- Suplemen Asas Untuk Permulaan Yang Sihat
Cadangan: Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, ESP

2. Men's Vital Health / Kesihatan Lelaki 
- Meningkatkan Kesihatan Dan Kecergasan Lelaki
Cadangan:OmegaGuard, Vita-E Complex, Zinc Complex

Friday, 12 September 2014

Phytocol Shaklee Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi


WAH! SEDAPNYA!

Sedapnya makanan Malaysia! Sememangnya Malaysia bumi bertuah. Bukan sahaja kaya dengan pelbagai budaya berbilang bangsa tapi juga mempunyai varierty makanan yang lazat dan best! Rugi tak rasa wooo....