Kolesterol = lemak = gemuk? Betul ke? Sebenarnya tidak...sebab ada juga orang yang kurus tetapi tinggi kolesterol dalam badan. Zaman sekarang ni macam-macam kan...
Sebelum ida terangd dengan lebih lanjut ida nak tanya soalan mudah.. Jadi apa itu kolesterol? Secara amnya kolesterol adalah sejenis minyak atau lemak yang ada di dalam darah kita. Memang setiap dari kita ada kolesterol sebab ianya juga perlu untuk penyerapan vitamin dan sebagainya. Yang tak bagusnya adalah apabila ia berlebihan dari yang sepatutnya.
Maka, untuk mengekalkan tahap kolesterol yang normal dan juga untuk menurunkan yang lebih dari normal, sedikit tips untuk diamalkan iaitu:
- Untuk sarapan, amalkanlah memakan oatmeal. Lagi bagus kalau ada blueberry. Rasanya ramai yang dah tahu pasal ni sebab kat TV pun dah keluar iklan dengan Amy Mastura bagai. Maka, cubalah buat.
- Lebihkan bawang putih di dalam masakan kerana bawang putih memang bagus untuk cairkan lemak.
- Nak makan ikan? Pilih yang lemaknya kurang seperti ikan kembung, ikan salmon dan seumpamanya.
- Jus? Amalkan jus karot, kalau boleh telan tanpa susu bagus, tapi kalau tak boleh, carrot susu pun boleh cuma jangan tambah gula.
- Nak mengunyah? Makan kekacang terutama pistachio.
- Avokado (boleh telan ke?).
- Sentiasalah bergerak. Jangan asyik duduk atau baring aje. 10,000 langkah sehari. Saya baru sahaja cipta slogan diet untuk suami. Bunyi slogannya "Kurangkan makanan, lebihkan gerakan". Boleh gitu?
- Sentiasa perhatikan Body Mass Index (BMI) kita. Dengan kata lain, berat kitalah sebab BMI tu ada kaitan antara berat dengan tinggi kan? Tinggi kita dah sah tak akan berubah secara mendadak, maka yang perlu diperhatikan adalah berat badan. Pastikan sentiasa di dalam kategori IDEAL.
Ya, itu sahaja antara tipsnya. Boleh ikut kan? Tak susah pun... Apa-apapun kena istikhamah ye.... Selamat mencuba...:)
No comments:
Post a Comment