Tuesday, 28 October 2014

Air Detox Sedap..!!

Assalamualaikum semua....

Kali ni ida nak share sikit pasall Air Detox. Air ni selalunya dipanggil Air Detox ataupun detox water. Ianta memang amat digemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Air Detox ini sangat berkesan, low cost dan mudah disediakan.


Bahan yang digunakan untuk membuat Air Detox ini bergantung pada individu kerana lain orang lain citarasanya kan. Ada yang menggunakan lemon, halia, serai, daun pudina, oren dan macam-macam lagi lah... Memandangkan lain orang ada lain test kan...

Kelebihan air detox:

  • Mengukuhkan sistem imune
  • Mengelakkan sembelit
  • Menurunkan berat badan
  • Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah
  • Meningkatkan tenaga
  • Membersihkan dan membina sel
  • Mencantikkan kulit wajah

Cara menyediakan air detox:

  1. Potong bahan-bahan yang ingin digynakan mengikut citarasa anda sendiri.
  2. Masukkan ke dalam jag dan tambahkan ketulan ais (kalau tak nak pun x pe).
  3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jag berkenaan.
  4. Biarkan semalaman dalam peti sejuk.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, inilah pilihan yang sangat tepat dan sesuai. Hanya minum dahaja dari sumber semulajadi yang kita boleh buat sendiri. Tapi awas,!!!! Bersiap sedialah untuk ke tandas... Hehehehe....

Selamat mencuba... :)

Credit: Nurmasiatun Md Yusof



No comments:

Post a Comment