Thursday, 18 December 2014

8 TIPS CEGAH ULSER MULUT

8 TIPS CEGAH ULSER MULUT 


Ada orang panggil sakit mulut. Ada yang cakap melepuh mulut . Ada yang kata telaga buruk, ada yang sebut kudis mulut, kudis sepupu..eh macam macam gelarannya ye. Haa..adakah ulser mulut ini sering mengganggu keselesaan anda? nak mnum air pun susah? nak telan air liur pun seksa..

  •  Apakah punca ulser mulut ?
  •  Ulser mulut terjadi sebab kurang minum air?
  •  Badan panas dalam ?
  •  Luka luka di mulut sebab minum air panas ? 

Dulu saya selalu dapat ulser mulut sehingga tekak dan tonsil bernanah. Sebulan wajib kena sekali atau 2 kali. Kalau kena hari Rabu, Rabu depan belum tentu baik lagi. Dan akhirnya saya terpaksa telan antibiotik atas saranan doktor. Saya kaji di internet, bincang dengan kawan kawan group shaklee cari punya cari saya dapat pengajaran. Dan dengan sukacitanya saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca semua 

8 TIPS MENCEGAH ULSER MULUT (DENGAN IZIN ALLAH ) 

1) Menjaga kebersihan mulut ;kerap berkumur dengan mouthwash seperti listerine atau colgate tu untuk matikan kuman.

 2) rendam berus gigi dengan air suam panas 2 kali seminggu pun untuk matikan kuman.

 3) tukar berus gigi setiap 3 bulan bagi elakkan kuman membiak

 4) makan vitamin C dan B complex untuk imuniti. Kerana kekurangan kedua duanya menjadi sebab kepada sistem pertahan tubuh lemah dan terjadi ulser mulut bagi sesetengah orang.

 5) diperingkat teruk, jangan ambil makanan terlalu panas sebaiknya tunggu sejuk dahulu. Dan jangan ambil makanan pedas kerana akan menyebabkan ulser makin luka. Jadi pedas dan panas stop dulu. 

6) legakan tekak atau ulser anda dengan aiskrim vanila. (petua encik doktor)

7) elakkan menjerit kuat kuat kerana tekanan pada anak tekak akan mengakibatkan tonsil bengkak. 

8) baca doa surut bengkak Selebihnya serahkan kepadaNYA. Saya amalkan perkara di atas sejak 2012 alhamdulillah berkesan kepada diri saya. Sebarkan maklumat ini jika anda rasa ia memberi manfaat kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment