Semua orang di dunia ini sukakan lawak jenaka. Ia dapat membantu seseorang yang sedang menghadapi tekanan untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung. Tetapi pasti setiap orang berlainan mengenai penerimaan sesuatu lawak yang cuba disampaikan. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis lawak yang boleh diketegorikan. Saya akan menyenaraikan jenis-jenis lawak jenaka yang perlu anda ketahui untuk menambahkan lagi pemahaman mengenai cara penyampaian lawak jenaka itu sendiri. Ini adalah untuk mengelakkan terasa hati atau sebagainya.
Lawak kehidupan
Pasti anda pernah mengalami sesuatu yang teruk di dalam kehidupan anda. Tetapi, apabila ia dikenang atau diceritakan kembali, pasti akan mampu untuk membuat anda ketawa. Kebiasaannya lawak jenis ini berdasarkan pengalaman yang telah dilalui oleh penyampainya. Mungkian anda berada didalam keadaan yang sukar ketika melalui situasi itu, tetapi apabila anda telah berjaya melaluinya, ia mampu untuk menggembirakan hati anda.
Lawak Spontan
Lawak spontan adalah jenis lawak yang tidak dirancang, ia berlaku dengan sendirinya. Kebiasaannya, lawak ini terjadi pada masa yang tidak diduga tetapi amat bertepatan dengan situasi yang sedang berlaku.
Lawak slapstik
Pada kebiasaannya, lawak slapstik adalah jenaka yang berunsur pranks (mengenakan seseorang ) dalam bentuk fizikal ataupun mental. Ianya akan dirancang terlebih dahulu dan reaksi orang yang terkena tadi akan menjadi bahan ketawa.
Lawak sarkastik
Lawak sarkastik adalah berbentuk sindiran. Seseorang akan dijadikan sebagai subjek untuk bahan ketawa tetapi ia disampaikan dengan cara kiasan. Berhati- hati dengan lawak seperti ini. Kerana bukan semua orang boleh menerimanya.
Lawak serius
Seseorang akan berlagak seperti sedang serius mengenai sesuatu perkara. Mereka tidak akan senyum atau ketawa sedikit pun sehinggalah lawak yang mereka cuba sampaikan berakhir. Apa yang menjadi masalah untuk lawak jenis ini adalah orang tidak tahu bila mereka serius atau tidak. Dikhuatiri orang lain akan tersalah tafsir sekiranya anda benar-benar berada didalam situasi yang sukar. Mereka akan menganggap itu sekadar jenaka.
Lawak bercakap besar
Pada kebiasaannya, seseorang yang tidak betul-betul mengenali orang yang suka bergurau seperti ini akan menganggap mereka berlagak, meninggi diri atau sebagainya. Dan kebenarannya, mereka tidak sama seperti yang difikirkan. Tujuan mereka berlagak atau bercakap besar hanyalah sekadar gurauan.
Lawak perbelanjaan orang lain
Mungkin anda sendiri gemar apabila salah seorang daripada rakan anda membeli sesuatu yang baru, anda akan mengenakannya terhadap perbelanjaan yang telah dilakukan. Niat sebenar anda bukanlah kerana perasaan dengki, iri hati atau sebagainya, ia hanya sekadar gurauan yang boleh membuatkan anda ketawa.
Lawak kotor
Ianya boleh berbentuk samaada dari segi perlakuan atau pertuturan. Sekiranya dari segi pertuturan, ia kebiasaannya berunsur lucah tetapi disampaikan dengan cara yang berselindung. Contoh dari segi perbuatan pula adalah seperti sendawa, membuang angin atau sebagainya.
Lawak budaya semasa
Lawak seperti ini biasanya dipengaruhi oleh kata-kata didalam sebuah filem, trademarak seseorang artis atau sebagainya. Ia akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran dan budaya paling popular ketika waktu itu.
Lawak diri sendiri
Ada juga sebahagian orang yang suka memperkatakan mengenai kekurangan diri sendiri untuk dijadikan bahan ketawa. Sekiranya di dalam kuantiti yang sedikit, ia tidaklah menjadi masalah. Tetapi sekiranya ia disampaikan secara berlebihan, ia mampu untuk mempengaruhi keyakinan diri seseorang.
Lawak ajukan
Seseorang akan cuba meniru gaya orang lain (kebiasaannya artis), atau hubungan lain seperti kawan, adik beradik dan sebagainya . Ia akan dilakonkan secara berlebihan sedikit untuk menjadikan sesuatu yang biasa itu menjadi suatu yang mampu untuk membuatkan orang lain ketawa.
Lawak senyap
Percakapan tidak dibenarkan. Hanya melalui perbuatan sahaja yang boleh dilakukan bagi menyampaikan sesuatu mesej yang mampu untuk membuatkan orang ketawa. Selain daripada itu, sesuatu gambar yang diambil menunjukkan reaksi lawak juga boleh dikategorikan sebagai lawak senyap.

No comments:
Post a Comment