Madu Mudah Dicerna
Molekul gula pada madu boleh berubah menjadi gula lain (misalnya fruktosa menjadi glukosa). Oleh itu, madu mudah dicerna oleh perut yang paling sensitif sekalipun, walaupun memiliki kandungan asid yang tinggi. Madu membantu ginjal dan usus untuk berfungsi lebih baik. Jika dibandingkan dengan jumlah gula yang sama, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Walaupun memberi tenaga yang besar, madu tidak menambahkan berat badan.Jika dicampur dengan air panas, madu dapat meresap ke dalam darah dalam masa tujuh minit. Molekul gula bebasnya membuatkan otak berfungsi lebih baik kerana otak merupakan pengguna gula terbesar.
Madu Membantu Pembentukan Darah
Madu menyediakan banyak kuasa yang diperlukan tubuh untuk pembentukan darah. Jelasnya, madu membantu pembersihan darah. Madu berpengaruh positif dalam mengatur dan membantu peredaran darah. Madu juga berfungsi sebagai pelindung terhadap masalah pembuluh kapilari dan arteriosklerosis.Madu membunuh Bakteria
Sifat madu yang membunuh bakteria disebut reciprocal inhibition atau “ kesan inhibisi”. Penelitian tentang madu menunjukkan bahawa sifat ini meningkat dua kali ganda apabila dilarutkan dalam air.Ubat Sakit Jantung
Ibnu Sina, bapa perubatan islam meyakini bahawa madu boleh mencegah serangan jantung malah madu juga boleh diguna untuk merawat penyakit jantung. Maka dari itu, beliau menasihatkan orang ramai agar membiasakan minum madu.Sapukan madu dan serbuk kulit kayu manis pada roti sewaktu sarapan setiap hari. Madu dan kayu manis mengurangkan kolesterol dan mengurangkan risiko serangan jantung. Pengambilan madu dan kayu manis secara teratur dapat melancarkan pernafasan dan memperkuat degupan jantung.
p.s. Tahukah korang lebah yang baru menetas dalam koloni diberi makan madu oleh lebah-lebah yang bertanggungjawab merawat mereka, seolah-olah mereka tahu kemampuan madu ini!
Credit to: Atrix96
No comments:
Post a Comment