Thursday, 22 January 2015

Kenali Shaklee Malaysia

Tak kenal maka tak cinta.. Betul tak? Ramai orang dah menggunakan produk shaklee ni. Namun masih ramai yang tak tahu tentang syarikat shaklee ni. Kalini saya nak kenalkan pada anda berkaitan dengan Shaklee Products (Malaysia). 

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu. Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.




Shaklee sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.


Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat. Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama 
Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka
Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan   kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia. Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

VISI SHAKLEE MALAYSIA
"Kami komited dalam membatu rakyat Malaysia mendapat kehidupan yang diimpikan dan memenuhi aspirasi mereka melalui kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh"

MISI SHAKLEE MALAYSIA
"Menjadi peneraju dalam memberikan peluang perniagaan, produk dan perkhidmatan yang mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh"




No comments:

Post a Comment