Adakah anda antara wanita yang perlu melalui pembedahan Caesarean untuk melahirkan bayi? Jika ia, tentu anda pernah melalui debaran sebelum pembedahan dan kesakitan yang dirasakan selepas pembedahan.
Apa yang dirasakan selepas pembedahan tidak sama antara satu sama lain. Ada orang mungkin menanggung sakit tetapi ada yang langsung tidak berasa sakit kerana mendapat ubat penahan sakit yang kuat.
Bersedialah untuk merasakan perubahan yang baharu selepas beberapa jam anda keluar dari dewan pembedahan. Anda tidak boleh ketawa sesuka hati atau terpaksa menahan rasa hendak batuk dan bersin kerana ia akan meninggalkan rasa sakit.
Jadi, jika sudah mengetahui yang anda akan melalui pembedahan Caesarean, beberapa perkara berikut tidak boleh dilakukan selepas menjalankan pembedahan.
- Jangan berasa kesal kerana telah melalui pembedahan. Laluinya dengan tenang dan penuh kesabaran.
- Jangan terfikir untuk memandu kereta sendiri setelah pulang dari hospital walaupun anda sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana hentakan daripada kereta boleh membuatkan luka pembedahan terasa sakit. Sebaiknya duduk di belakang dan tahan perut dengan bantal.
- Bersedialah merasa kesakitan di bahagian perut apabila anda bersin atau pun batuk.
- Jangan makan makanan yang menghasilkan gas. Perut akan mengeluarkan gas jika anda tetap makan makanan tersebut. Kentut akan membuatkan anda rasa sakit akibat luka pembedahan.
- Elakkan mengambil makanan yang menyebabkan anda mudah sembelit. Ini kerana proses pemulihan luka yang mengambil masa lama menyukarkan anda berada lama di dalam tandas untuk membuang air besar.
No comments:
Post a Comment