Friday, 28 August 2015

INI PETUA 9 PERKARA UNTUK TIDUR NYENYAK WAKTU MALAM:

1. Jadikan bilik tidur kita lebih baik dari bilik hotel.

2. Usah makan banyak lewat malam.
Tidur pasti tidak nyenyak apabila perut penuh berisi.

3. Pastikan tidur dalam gelap pekat malam.
Tidak banyak cahaya yang masuk mengusik. Tirai dan langsir ditarik tertutup.

4. Beli cadar berkualiti. Semakin selesa kita rasa semasa merebahkan badan semakin nyenyak kita tidur. 5 jam yang nyenyak sungguh membugarkan badan.

5. Usah minum teh atau kopi diakhir perbualan malam. Minum air kosong. Biarlah kita menjadi jenaka orang. Apa yang penting kesihatan badan.

6. Usah tonton TV, terutama berita akhir. Ia racun pada minda.

7. Sebelum tidur ambil nafas dalam dalam dan lepaskan panjang panjang. Ucapkan amalan Rasulullah, manusia pilihan yang jadi pedoman.

8. Tuliskan apa yang kita mahu buat esok pagi. Lihat pada papan visi. Tenung dengan pandangan mata akal. Ia kekal sepanjang masa kita tidur. Mimpikan visi itu telah jadi kenyataan.

9. Pastikan sebelum Isya' kita sudah mandi dan membersihkan badan. Mandi air panas menurunkan suhu badan. Dan kita rasa bersih dan senang. Hidup tenang.

No comments:

Post a Comment