Thursday 12 November 2015

Kek coklat kukus

Bahan-bahan:loyang 6.5 inci


1cwn tepung gandum*
1sk soda bicabonate*
1sk baking powder*

Wednesday 11 November 2015

Muffin choclate chips

Bahan-bahan

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak

Kek Milo 3 minit osem!


Percaya tak... ita boleh siapkan 2 mug kek milo ini hanya dalam masa 3 minit sahaja..

Wah! mesti ada yang tak percaya kan... percayalahhhhh....
Sebenarnya memasak atau menyediakan sesuatu hidangan bukanlah sesuatu yang sukar. Janji kita rajin dan ada sedikit perasaan kasih dan sayang.. pasti semuanya semudah ABC

Seronok dapat join group masak-masak ni, kerana dari sini kita dapat pelbagai ilham nak masak apa untuk suami tercinta dan anak-anak tersayang. Walaupun group ini di lahirkan atas perkongsian " nak masak apa untuk hari ini" tapi ianya banyak membantu memudahkan tugas suri rumah di dapur. Rakan-rakan dalam group ini juga cukup sporting. Mereka tidak lokek untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang lain. Admin page ini juga pada ita cukup rajin dan cekap mengendalikan page ini. Sebarang bentuk iklan atau apa-apa yang kurang selesa, beliau segera bertindak untuk meredakan keadaan. Itulah yang terbaik dan buatkan ita suka sangat menjengah group ni untuk dapatkan ilham memasak.

Monday 9 November 2015

Supplement Untuk Senggugut

Seringkali kita dengar senggugut/ period pain / PMS ( Premenstrual Syndrome ) sering menyerang apabila wanita didatangi period terutama anak-anak remaja bukan..Saya di zaman anak dara dulu turut sama mengalaminya terutama zaman persekolahan. Adusss sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata..memang guling-gulinglah 1 hari..tu nasib baik 1 hari ada kawan saya guling-guling sampai 2 hari..




Setiap kali sakit memang telan pain killer/panadol sebab tak tahan sakit, nak buat kerja pun tak boleh. Kalau lah saya dah jumpa Shaklee masa tu, memang saya dah paksa dak mak saya belikan...hehe.jangan marah yer mak
Apa-apa pun selepas saya mengenali Shaklee, saya ada syorkan kepada adik ipar ( adik ipar senggugut setiap kali datng haid ) Alhamdulillah feedback yang diberikan amat2 positif...sakit dah kurang sangat berbanding sebelum mengambil supplement Shaklee.


Supplement yang saya cadangkan ialah :

Saturday 7 November 2015

Resipi : Ketam masak telur masin yang marvelous.

Assalammualaikum.


Bukan nak tunjuk rajin and bukan nak tunjuk pandai masak ye. Just nak share dekat korang resipi yang bagi aku sedap and marvelous lah kononnya. Even ni first time masak resipi ni, first time beli ketam tanpa emak aku, tapi alhamdulillah sedap rasanya tau. Selama ni kalau beli ketam mesti dengan emak aku, sebab emak aku je yang pandai nak pilih.


So aku nak share lah macam mana nak masak ketam telur masin ni. Heboh aku tengok orang asyik guna resipi ni dekat Facebook. Aku pernah lah makan sekali, tapi bukan ketam. Aku makan udang masak telur masin. Memang sedap sangat uolls. First time makan masakkan ni masa ke Kuching Sarawak awal tahun hari tu.. Sebab teringat sangat tu yang nak masak jugak dan share recipe sekali.. hehe...

Let's start uolls !


Bahan-bahannya adalah :-



Ketam of course ! 
Bukan ketam masak telur masin namanya kalau tak ada ketam. Apa kau merepek ni hoii ! Aku beli 6 ekor terus sebab dekat rumah aku ni ada 6 orang. Kang ada yang tarik-tarik rambut tak dapat ketam kalau aku beli sikit. Hehehe adil dan saksama.





Tuesday 20 October 2015

ALAHAN KEHAMILAN/MORNING SICKNESS


Alahan kehamilan/Morning sickness atau dalam medical term dipanggil nausea/vomiting of pregnancy (NVP) menyebabkan wanita hamil mengalami loya/muntah serta kelesuan. Bagi sesetengah individu, simptom ini biasa berlaku di awal pagi dan semakin berkurangan menjelang petang namun kebanyakkan wanita mengalaminya sepanjang hari.

Alahan kehamilan dialami oleh hampir 75% wanita hamil dan 28% darinya pula hanya mengalami rasa loya tanpa muntah. Simptom ini lazimnya bermula seawal minggu ke-4 kehamilan, dan berkurangan menjelang minggu ke-14 (walaupun ia mungkin berulang kembali semasa trimester ke-3).

PUNCA

Punca sebenar terjadinya alahan kehamilan tidak diketahui, tetapi pakar berpendapat ianya disebabkan perubahan hormon dan fizikal dalam badan sepanjang tempoh kehamilan. Perubahan ini juga meningkatkan sensitiviti pada bahagian otak yang merangsang rasa loya. Berikut merupakan kemungkinan punca-punca menyebabkan simptom ini :

1. Hormon human chorionic gonadotropin (hCG) - lebih tinggi paras hormon ini, lebih tinggi kadar loya/muntah yang dialami oleh wanita hamil.

2. Hormon estrogen - paras hormon ini tinggi sehingga 100 kali ganda semasa hamil, turut dipercayai menjadi salah satu punca alahan kehamilan.

3. Hormon progesteron - peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim) dan melambatkan proses pencernaan. Ini seterusnya menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik.

4. Jangkitan Bakteria H.pylori (h.pylori) - menurut kajian Dr. Vagif Soultanov, loya/muntah yang kronik (hyperemesis gravidarum) ketika hamil berkemungkinan disebabkan oleh bakteria H.pylori. Perubahan kepekatan cecair tubuh wanita hamil turut merubah tahap keasidan (pH) perut yang mampu mengaktifkan bakteria ini.

5. Deria bau yang sensitif - menyebabkan sesetengah bau-bauan boleh merangsang rasa loya/muntah.

6. Stres - sesetengah pakar berpendapat loya/muntah merupakan respon abnormal terhadap stres yang dialami oleh wanita hamil.

SIAPA YANG BERISIKO?

1. Wanita yang mempunyai penyakit migrain.
2. Wanita yang mempunyai masalah gastrik (terutama yang telah dijangkiti bakteria H.pylori)
3. Wanita yang mempunyai sejarah mabuk pergerakan (juga dikenali sebagai mabuk jalan/darat/kereta) ketika sebelum hamil.
4. Wanita yang mengalami rasa loya/muntah semasa pengambilan pil perancang (tindakbalas terhadap hormon estrogen).
5. Wanita yang mengalami alahan kehamilan ketika kehamilan terdahulu.
6. Wanita yang mempunyai ahli keluarga yang memiliki sejarah alahan kehamilan, turut berisiko tinggi mengalami perkara yang sama.
7. Wanita yang mengandung anak kembar.

TIPS KURANGKAN ALAHAN KEHAMILAN

1. Tidak tergesa-gesa ketika bangun dari tidur, sebaliknya baring dahulu beberapa minit. Relakskan diri anda dan berikan badan anda masa untuk bersedia menghadapi hari baru. Bangun perlahan-lahan dan duduk seketika sebelum berdiri.

2. Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil dan makan sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut.

3. Elakkan minum air semasa perut kosong ketika bangun dari tidur. Minum air hanya setelah anda menjamah sedikit snek ringan. Minum air semasa perut kosong boleh mencetuskan rasa loya/muntah.

4. Makan sedikit tetapi kerap iaitu diantara 6-8 kali sehari (termasuk makanan berat, makanan ringan, buah-buahan dan sayuran).
Cuba makan setiap 2-3 jam untuk memastikan perut anda tidak kosong.

5. Elakkan berbaring selepas makan (terutama mengiring di atas rusuk kiri) kerana ia melambatkan proses pencernaan.

6. Jauhkan dari bau-bauan/makanan  yang boleh merangsang rasa loya.

7. Makan makanan yang telah suam/pada suhu bilik kerana makanan yang panas mempunyai aroma yang lebih kuat.

8. Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng kerana ia sukar dihadam dan boleh mengganggu perut.

9. Makan pisang diantara waktu makan boleh mengekalkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa mual/muntah serta mengurangkan simptom pedih hulu hati.

10. Makanan yang masam boleh mengurangkan rasa loya namun bagi yang mengalami masalah gastrik, boleh juga menggantikannya dengan halwa halia/gula-gula.

11. Makan atau minum makanan/minuman berhalia untuk melegakan kembung perut. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati kerana dos yang telalu tinggi boleh mencetus penghasilan jus gastrik.

12. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.

13. Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

14. Elakkan makan bersulam air kerana ia boleh menjejaskan proses penghadaman.

15. Cuba minum diantara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula.

16. Pastikan anda minum dengan kerap namun jangan minum terlalu banyak pada satu-satu masa sehingga boleh menyebabkan anda kenyang. Cuba hisap kiub ais/ais krim buah-buahan jika anda loya.

17. Minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta jangkitan bakteria H.pylori. Anda juga disarankan minum minuman susu kultur yang mengandungi bacteria baik (Lactobacillus) atau makan yogurt untuk mengurangkan simptom morning sickness akibat bakteria ini.

18. Cuba terapi semulajadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau rawatan alternatif homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

19. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

20. Buat urutan refleksologi/tekanan acupressure pada titik yang berkaitan loya/muntah.

21. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon  wanita hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.

22. Rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

23. Dapatkan khidmat doktor sekiranya keadaan anda bertambah teruk.


Rujukan:
http://www.babycenter.com.my/a1029196/loya-dan-muntah-semasa-kehamilan-mendapatkan-bantuan-dan-rawatan
http://www.babycenter.com/morning-sickness
http://www.medicalnewstoday.com/articles/179633.php
http://www.thehealthsite.com/pregnancy/pregnancy-tip-of-the-day-make-a-slow-start-avoid-fluids-in-the-morning-to-counter-morning-sickness/
http://worldobserveronline.com/2014/01/26/reading-youll-never-look-banana-way/
http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2013%2F6%2F30%2Fhealth%2F13288056&sec=health
http://bayi-ibu.com/cara-mengatasi-muntah-ketika-mengandungl/

Mengapa ESP Menjadi Pilihan Ramai

ESP Produk Terlaris Di Pasaran! 




Protein adalah makanan terpenting dalam tubuh kita. Tubuh kita terbina daripada protein yang terdiri daripada tulang , rambut, kulit, otot-otot, palsma, antobodi, hormon dan enzim2. Bermakna keseluruhan sel2 tubuh yang dianggarkan berjumlah 60 trillion ini bergantung kepada ptotein untuk menjalankan fungsi masing2 seperti
  • Membina/Perkembangan  sel-sel baru
  • Menggantikan tisu-tisu lama yang telah tua dengan tisu-tisu baru
  • Membaikpulih/membaiki tisu-tisu rosak 

Mengapa ESP Soy Protein Isolate Powder?

Monday 19 October 2015

Sembelit | 3 vitamin bantu masalah sembelit


Assalamualaikum dan Hi :)

Apakah sembelit? 

Sembelit berlaku apabila kurang membuang air besar atau sukar membuang air besar. Dari segi perubatan, mereka yang mengalami sembelit apabila membuang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu.


Apakah yang menyebabkan saya sembelit? 

Sembelit berlaku biasanya disebabkan kurang minum air terutama air kosong/ mineral, kurang mengambil makanan berserat, kerap mengambil ubat seperti ubat gastrik &
ubat darah tinggi. sikap suka menangguh untuk membuang air besar juga boleh menyebabkan sembelit.


Apakah tanda-tanda saya sembelit? 

Thursday 15 October 2015

19 Kebaikan Vitamin E Untuk Kulit, Rambut dan Kesihatan


Bismillahirrahmanirrahim...  
Semakin banyak produk kecantikan dalam industri kosmetik hari ini yang mengandungi vitamin E sebagai bahan utama.  Doktor juga menetapkan suplemen vitamin E untuk pesakit mereka juga adalah satu amalan yang lumrah. Ini menerangkan kepentingan vitamin ini untuk kulit, rambut dan kesihatan keseluruhan badan. Juga dikenali sebagai alpha-tokoferol, vitamin E dianggap sebagai ubat ajaib. Selain keupayaan untuk merawat masalah yang berkaitan dengan jantung, vena varikos dan tekanan darah tinggi, minyak ini adalah sangat berfaedah untuk makanan dan penjagaan kesihatan, kulit dan rambut yang betul.

Kebaikan rendaman kaki dalam air panas

Saya suka merendam kaki saya dengan air panas. Rasa segar. Almaklum, rumah comel tak boleh pasang bath tup. Rendam kaki pun jadilah.
Bila kaki rasa sengal-sengal, memang sedap dapat rendam dalam air panas. Hari-hari memandu kereta manual, ditambah perut yang semakin mengembang, memang saya perlukan sesuatu yang rileks.

Merendam kaki dengan air panas merupakan cara tradisional atau merupakan satu terapi yang tidak perlu dicampur dengan ubatan lain.

Cara merendam kaki : 
- Kaki harus direndam sekali sehari ke dalam bekas yang dalam air tersebut sebaiknya 15cm dan kehangatan air pula dalam lingkungan 40 darjah celcius.
- Sekiranya mula berpeluh, keluarkan kaki dari rendaman.

Kebaikan merendam kaki :
- Peredaran darah menjadi lancar.
- Melembutkan kulit tapak kaki yang kering.
- Menghilangkan bau kaki dan menghilangkan bakteria.
- Memgurangkan tekanan.
- Mengurangkan gejala flu dan senggugut.
- Mampu mencegah stroke.

Papermint Ginger Pluss shaklee

Kebaikan dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee
Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:
Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sicknessMereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/daratMereka yang sering mengalamimasalah gastrik dan anginMereka yang sering mengalamikembung perutMereka yang sering mengalamimasalah pencernaan.

Peppermint Ginger diperbuat dari bahansemulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:
Pudina (Peppermint)
Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenangMembantu dalam penghadaman.Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-biritSelain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demamapabila seseorang itu mengalami selsemaRasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

Halia

Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.Ia melegakan ketidakselesaan perutdan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa haliamenghalang muntah selepas pembedahan.
Bacaan lanjut mengenai Halia : 10 Kelebihan Halia yang mungkin kita tidak tahu.
Pokok adas (fennal)
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untukmenghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, Ia dapat membantu dalammasalah elergi dalam saluran usus.

Cekur Manis (anise)

Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Meransang rembesan jus gastrikuntuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasaMelegakan haba dimusim panas dan lembab Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Tuesday 13 October 2015

Tips Berjaya Dalam Perniagaan



Perniagaan? Orang Islam sebenarnya hebat dalam bidang pernigaan. Malah Rasullullah sendiri adalah usahawan. Rahsia kejayaan usahawan Islam sebenarnya berkait rapat dengan tatacara hidup kita sendiri sebagai seorang Muslim. Sedikit perkongsian tentang tips berjaya dalam perniagaan.


1. Mempunyai sikap yang bagus
Rasulullah sendiri tidak pernah berdebat dengan pelanggan atau rakan niaga baginda, sentiasa senyum melayan pelanggan, tidak bersumpah palsu dan berlemah lembut dalam melayan pelanggan.

Monday 12 October 2015

7 Tips Memajukan Perniagaan




Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.

Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

Sunday 11 October 2015

Wanita MESTI ADA VITAMIN ASAS INI

Hi..lama nau dah tak bersiaran kan..hihi.. too bizi lately..(konon) 

Jom ni nak hupdate kan pasal shaklee vitamin lg dan lg..
Diam2 ubi berisi hokeh..
To all ladies kat luar sana sila la amik peduli diri sendiri..PENTING PENTING danPENTING.. kenapa sy tulis PENTING..sbb kita perempuan mmg x boleh pisahkan dgn cantik n sihat.. kekadang sbb nak cantik ramai je wanita yg sanggup seksa sakit n menderita sedih sakit jiwa zohir batin..ade segelintir sanggup cucuk sana sini n operate bagai kan..hihihi.. dah2  pasni jgn susah2 hati....

Minyak Ikan Vs Omega 3

KORANG TAHU TAK!!

Minyak ikan berasal dari jaringan pada jenis ikan tertentu yang berminyak. Minyak ikan mengandung asam lemak omega-3, eicosapentaenoic acid (EPA), dan docosahexaenoic acid (DHA), yang merupakan prekursor untuk eicosanoids yang bisa mengurangi peradangan di seluruh tubuh. Beberapa ikan kecil tertentu mendapatkan minyak ikan dari hasil memakan ganggang mikro (microalgae) yang memproduksi asam lemak tersebut.


Beberapa penelitian menunjukkan bahwa kadar DHA dan EPA dalam ikan atau suplemen minyak ikan memiliki banyak manfaat, diantaranya :

  1. Menurunkan kadar trigliserida 
  2. Memperlambat pembentukan plak pada pembuluh darah 
  3. Menurunkan tekanan darah 
  4. Mengurangi risiko serangan jantung dan stroke pada orang yang diketahui menderita penyakit jantung 
  5. Menjaga kulit terlihat lebih muda 
  6. Meningkatkan fungsi otak 
  7. Mencegah dan menunda demensia. 
  8. Anti peradangan 
  9. Melebarkan pembuluh arteri dan vena 
  10. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan. 

Thursday 8 October 2015

Promo hilang akal OCTOBER 2015

Hilang akal ok...bila shaklee buat promo!!!


bulan October bergegar 1 malaya Gla Complex & Omega Guard...!!!

GLA COMPLEX
==============
Beli 1 RM91.25
Beli 2 RM 173.38 (Diskaun 5%!)

OMEGA GUARD 
==============
Beli 1 RM 136
Beli 2 RM 258.40 (Diskaun 5%!)
BELI 6 FEE 1 lagi...nak ker nak??? 


Aikk??? kenapa dalam gambaq harga berbeza???

kenapa??tak percaya ke??? hahaha percaya la...harga dalam gambaq tu sekiranya anda beli di 
HQ @ branch SHAKLEE....harga tu adalah termasuk GST.. if beli dengan che amy, tak boleh IDA

korang nak lagi diskaun??? ok IDA TAMBAH lagi  ***5% diskaun kepada mereka yang buat 
pembelian dengan IDA SAHAJA tempat lain tak ada ok! terhad.

****5% diskaun akan di beri setiap pembelian mana2 product shaklee dengan IDA...OCTOBER ....WOW!!! 

**** promosi 5% diskaun tambahan ini tidak berkaitan dengan pihak shaklee & promosi ini adalah hak individu.


JOM GRAB SEBELUM TERLAMBAT!

Tuesday 6 October 2015

Set Kesuburan Lelaki dan Wanita Shaklee

PUNCA KETIDAKSUBURAN 

Masalah hormon

Masalah Sperma dan Ovum

Masalah persekitaran rahim yang tidak bekerjasama

Masalah kesihatan

Selain ramai yang menghadapi maslah kesuburan di atas ,ada juga perkara lain yang tidak sesekali dapat dinafikan bahawa yang PALING UTAMA....ALLAH BELUM MEMBERI REZEKI..Jangan pernah putus asa kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA....:)..Iktiar dan tawakal...


SET KESUBURAN WANITA

GLA Complex

Boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita sebenarnya...tapi untuk entry ni..sy masukkan GLA Complex untuk set wanita.Diamalkan oleh wanita yang haidnya tidak teratur.Gamma Linolenic Asid (GLA) ni dapat membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti atau dikenali sebagai 'egg white servical mucus'. Cecair serviks jenis ini sangat subur,nipis, berair , cerah dan likat dan sangat2lah membantu sperma berenang terus ke uterus ke tiub fallopio dan seterusnya ke ovum ( telur ). Cecair serviks yang sangat subur ini juga dapat membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio.

Thursday 1 October 2015

PENJAGAAN RAMBUT DENGAN ProSante™ SHAKLEE



ProSante™ Untuk Rambut Sihat dan Menawan


Hari ni nak citer pasal rambut- haa kalau sebut pasal rambut ni tentu sahaja wanita jadi keutamaan TAPI jangan tak caya- lelaki juga seperti wanita , mengalami kerosakan rambut. 50% lelaki mengalami masalah penipisan rambut dalam hidup mereka, 40% wanita juga mengalami tanda ketara maslah penipisan rambut pada umur 35 tahun.Dan rambut setiap org akan sentiasa mengalami kerosakan disebabkan oleh diet yg tidak baik, kekurangan nutrisi, proses kimia seperti mewarna,kerinting dan meluruskan rambut, penggayaan iaitu penggunaan alat pemanas rambut dan alatan mengerintingkan rambut, stress dalam kehidupan tekanan n kekangan masa.Akhirnya Shaklee peneraju dunia saintifik, dengan kajian hampir setengah abad dan kepakaran yang mereka miliki telah diaplikasikan kepada penjagaan rambut dengan satu pendekatan ekklusif dan semulajadi bagi menangani punca masalah rambut dan kulit kepala.

Wednesday 30 September 2015

Bahaya Vitamin C Sintetik Boleh merosakkan DNA

Sustained Release Vita-C Plus™

Satu kajian yang dibuat oleh University  of Lecester, London 500mg vitamin C sintetik mempunyai kesan anti-oksida dan pro-oksida dalam masa yang sama!! Bermakna jika ia menghapuskan radikel bebas ia juga menghasilkan radikel bebas.
  • Kajian berkaitan juga dibuat oleh seorang Prof dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang disebabkan oleh vitamin C sintetik ini. Beliau berkata bahawa vitamin C sintetik adalah tidak sama lansung dengan vitamin C dalam buahan sitrus yang mana vitamin C dalam buahan bertindak sebagai antioksida manakala vitamin C sintetik adalah agen radox-yakni antioksida dan pro-oksidan dalam masa yang sama- Akibatnya ia mampu menyumbang kerosakan sel seterusnya DNA.
  • Vitamin C Sintetik adalah vitamin yang dibuat di dalam makmal dan ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C sebenar ( semulajadi ) kerana ia hanya vitamin C Asid Askorbik yang hadir tanpa komponen2 lain seperti bioflavin dan lain2. credit

Apa Fungsi Vitamin C

KORANG TAU TAK

Kenapa even everyday korang2 ada buat workout tapi tak selim2 jugak? 

Inilah sebab nya...hehehe


Kalau betul2 nak fit rela dalam terpaksa lah buat workout lebih dari 30 minit..barulah tubuh boleh fokus pada lebihan2 lemak yang korang nak singkirkan..at least 1 -2 hour mcm tu..kalau betul2 routine memang lagi cun lah.. Ingat ye crush diet boleh buat otot korang lembik so selain workout..makanlah makanan berkhasiat, ambil makanan tinggi protein atau korang boleh ambil ESP Shaklee atau Chinch Shake Shaklee..
Chinch Shake Shaklee ada 3 perisa Vanila/ Coklat/ Mocha..Bantu badan FIT dan yang workout kalau nak lagi cepat lemak2 korang mencair dan tersingkir - Ambil Omega Guard dan Lecithin ye

Sunday 20 September 2015

Apa yang anda perlu tahu tentang B.Complex Shaklee

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? 


Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Vitamin B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
1. B1,
2. B2,
3. B3,
4. B6,
5. biotin
6. asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.
7.Asid folik dan
8. B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  

Jumlah asid folik yang  mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg

Saturday 19 September 2015

Shaklee merubah impian menjadi kenyataan.....badan slim dan tiada lagi tekanan darah tinggi ;-)

"Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggipun melambung2 bila badan naik ni.....

tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah......." Puan Musliana 


Friday 18 September 2015

Produk Penjagaan Kulit Shaklee - SkinCare ENFUSELLE

Siapa yang sesuai utk skincare Enfuselle :

  • berumur 25 ke atas
  • yang mempunyai masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif
  • sesuai utk wanita dan juga lelaki

SkinCare Enfuselle ini pula, terbahagi kepd 2 kategori iaitu: 
  • Normal to Dry Skin 
  • Normal to Oily Skin 

Normal to Dry Skin 

 Sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif.

Hydrating Cleansing Lotion 

Thursday 17 September 2015

Set Slimming Menyusu

Dengan Nama Allah Yang Maha Kaya

Lama pulak tergendala nak update pasal SET SLIMMING MENYUSU ni ya. hee

Baik. merujuk kepada entry sebelum ni.. macamana saya maintain berat badan walaupun makan banyak kerana menyusukan anak,

Inilah rahsianya! Tapi kini tak jadi rahsia dah. kikiki

SET ASAS MENYUSU


12 tips utk mencapai kejayaan

Ida baca buku ‘Enchancing Personal Quality’ & Ida tertarik utk dikongsi bersama. 

1. TINGKATKAN PENGHARGAAN DIRI 

Kenali diri dimana kekuatan diri cam peramah, tidak mudah putus asa. Peramah ke??? Haha.. Di situ terbina keyakinan diri. Bila de keyakinan diri, personality lbh menyerlah & leh lakukan yg terbaik dlm harungi segala cabaran mendatang utk mencapai impian. Ya aa caiyok2..Better tulis kekuatan diri tu di atas sekeping kertas. 

Monday 14 September 2015

Bongkar Rahsia Orang Korea dan Jepun Miliki Kulit Cantik dan Sihat

Agak-agak kenapa orang Korea dan Jepun milki kulit yang cantik? Pastinya perkara yang bermain difikiran kita sebab mereka buat suntikan dan pembedahan plastikkan? Maklumlah teknologi yang negara mereka miliki jauh labih maju dan canggih berbanding negara kita. BUKAN semua menjalani pembedahan plastik ok....:)



Sunday 13 September 2015

Tips Kempiskan Perut

Assalam...

Semua inginkan perut yang kempiskan? Ni sedikit tips untuk dikongsi...

Antara tips untuk mendapatkan perut kempis dengan cara yang sihat;

1) Pemanis buah

Perlu ELAKKAN mengambil pemanis buatan yang biasanya terdapat pada makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. Namun, penggunaannya semakin meluas dalam industri makanan kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding dengan gula biasa. Jika korang masih ingin menggunakan pemanis buatan, pastikan mengambilnya dalam kuantiti yang sangat kecil.


Friday 11 September 2015

NutriWhite Shaklee #ShakleeEffect 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua


Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni ramai pulak yang bertanya pasal set skincare nutriwhite dari shaklee. Mungkin ada lagi yang masih tak tahu shaklee juga ada menawarkan set skincare nutriwhite dan enfuselle. Tapi hari ni cik G nak sharing pasal nutriwhite dulu.


Jom berkenalan dengan set nutriwhite dulu.


Sama macam produk skincare lain, nutriwhite juga lengkap dengan cleanser, toner, essence, night cream, whitening lootion, treatment dan makeup remover.




Thursday 10 September 2015

Resepi Sihat ESP

As salam dan selamat pagi...

Kita share ilmu macam mana nak bancuh ESP untuk jadikan ia resipi yang lagi sihat dan sedap..

Saturday 5 September 2015

ESP - Kenapa ia ada dalam kebanyakan set Shaklee?

NAK TAHU KENAPA ESP PALING BANYAK DI JUAL??

NAK TAHU KENAPA ESP ADA DALAM KEBANYAKKAN SET??

:: kerana PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada SEL..ia penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL. Bila sel SIHAT& BERTENAGA, penyerapan nutrien akan jadi lebih OPTIMUM.

Friday 4 September 2015

Kulit Cantik dan Berseri

Kenapa Shaklee perlu digabungkan antara ESP,VITAMIN C, VIT E dan Vit B-Complex?


Kenapa Vitamin Shaklee bersinergi Vit C, B-Complex, Vitamin E dan ESP?

Synergy (teamwork) is a major key when taking nutritional supplements.

Thursday 3 September 2015

Energizing Soy Prorien (ESP)

ANDA TAHU @ TIDAK???


Shaklee adalah syarikat PERTAMA yang MENGWUJUDKAN suplemen protein berasaskan kacang soya. Pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
ESP paling HOTT!!                      

Wednesday 2 September 2015

8 MITOS TENTANG KECANTIKAN!!!

Entry kali ni, nak share mitos tentang kencantikan...Fakta @ Auta...


Banyak tips kecantikan yang dikongsi , samada, logik atau tidak, yang paling selalu pikir berkesan ker??betul tak?? atau penipuan (auta) semata-mata. jangan terkejut banyak mitos auta kecantikan yang biasa kita dengar hanyalah rekaan sahaja.....

Jom kita baca entry kali ni....

Tuesday 1 September 2015

SHAKLEE..!! SHAKLEE...!! SHAKLEE!!!

La ni macam2 produk makanan tambahan membanjiri pasaran kt malaysia..nak pilih mana satu je..tepuk dada tanya hati la kan? kali nie post just nak share sejauh mana supplemen Shaklee ni terbukti selamat. Shaklee..jenama pilihan hati cheq amy ...Jom baca

Sekilas fakta..dipetik dari http://www.shaklee.com.my/bm

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

  1. TIDAK Mengandungi Paraben
  2. TIDAK Mengandungi Triklosan
  3. TIDAK Mengandungi Phthalates
  4. TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  5. TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  6. TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  7. TIDAK Mengandungi Glikol
  8. TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  9. TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  10. TIDAK Mengandungi Ammonia
  11. TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  12. TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  13. TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  14. TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  15. TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  16. TIDAK Mengandungi Toulene
  17. TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  18. TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  19. TIDAK Mengandungi Pewarna
  20. TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  21. TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  22. TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  23. TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Hmm...fakta2 di atas ..cheq amy petik dari laman web baru Shaklee.... Sila baca dan layari yer..banyak info2 menarik yang ada di sini...http://www.shaklee.com.my/bm/..~laman web rasmi baru Shaklee..layarilah yer..

Monday 31 August 2015

RAMBUT GUGUR DAN RAWATAN

Ramai wanita mahupun lelaki yang mengalami masalah rambut gugur,..masalah rambut gugur memang merungsingkan sebab boleh menjejaskan penampilan terutamanya di kalangan wanita,...ia juga menyebabkan individu yang mengalami masalah ini kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai,..mari kita lihat apakah faktor2 yang menyebabkan masalah rambut gugur...

7 Faktor Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Sunday 30 August 2015

5 tips kurus dan sihat

Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.

Saturday 29 August 2015

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit

Assalamualaikum


sapa ada masalah perut buncit angkat kening.. tak payah nak angkat tangan ke apa... nnt jiran sebelah tempat duduk dapat tahu.. hahahaha... check it out !






PETUA 1 (Asam Jawa)

Friday 28 August 2015

INI PETUA 9 PERKARA UNTUK TIDUR NYENYAK WAKTU MALAM:

1. Jadikan bilik tidur kita lebih baik dari bilik hotel.

2. Usah makan banyak lewat malam.
Tidur pasti tidak nyenyak apabila perut penuh berisi.

Thursday 27 August 2015

Testimoni Set Kurus


before: 66-68kg
after: 58kg

saya hanya consume LECITHIN dan HERBALAX. pada mulanya, saya nk mengatasi masalah sembelit yg kronik dan kolestrol tinggi (naik bintik2 merah pd mata)

selepas 3 bln,



pembuangan sy dah lawas. merah2 kt mata pun hilang. saya mempunyai kerangka yg agak besar,jd penurunan berat x banyak..TAPIII..INCHI LOSS pulak. 


teruja sgt. sekrg sy ada skip lecithin+herbalax,tp badan tak naik pun. cume kawal makan jer


jom cube utk hidup dgn bdn yg sihat. time kasih SHAKLEE
-----------------------------------------------------------------------------

kesan boleh di rasai selepas 2 bulan penggunaan!!!

cadangan SET KURUS SHAKLEE 

lecithin : pembakar lemak

herblax : agen detoks, menyingkirkan toksin

cinch shake : membina otot, energy booster, memberi rasa kenyang, pejalkan peha, lengan & perut yg lembik

Wednesday 26 August 2015

10 sebab yg anda TAK tahu tentang ALFAFA COMPLEX SHAKLEE

Banyak jer produk Alfafa kat pasaran. Tablet ada, cecair pun ada. Tapi kenapa saya perlu yakin dgn keluaran Shaklee??


Alfafa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yg asalnya di bangunkan oleh DR Shaklee dlm thn 50an.

Punca Utama Lingkaran Mata Gelap, Petua & Cara mengatasinya

Terdapat 5 punca utama lingkaran hitam bawah mata(eye bag) boleh terjadi. Lingkaran hitam ini terjadi apabila anda kekurangan darah atau kurang tidur, maka wajah tampak pucat dan muncul lingkaran gelap di sekeliling mata. Faktor keturunan juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam. Punca mengapa lingkaran hitam di bawah mata boleh terjadi:


Tuesday 25 August 2015

Serdev/Shaklee/Tradisional

MEREMAJAKAN KULIT PELBAGAI CARA

SERDEV
Pernah dengar pasal rawatan Serdev? Serdev ni rawatan utk kembalikan keremajaan kulit wajah. Iaitu proses tegangkan kulit muka gunakan benang khas yg dibuat daripada ramuan kecantikan seperti kolagen, asid hyaluronik, vitamin2 seperti C E A K , spirulina dan probiotik bagi membantu atasi masalah kulit kendur/jatuh/dapatkan bentuk runcing pd wajah dan kembalikan keremajaan kulit. Bila usia ni meningkat kulit pun banyak perubahan kan. Kulit bahagian bawah dikenali sebagai galion mula mengendur dan kelihatan jatuh..mesti rasa mcm tak best kan?? heeee- kalau korang nak cepat awet muda dalam masa singkat serta merta boleh lah try kaedah Serdev ni...Bukan sebarangan orang je boleh buat ok..kene la buat dengan doktor yg bertauliah n pakar ...

Symptoms of Gastritis

Assalamualaikum ..siapa kt sini yang kerap kena gastrik?? sakit, pedih & perit jer kan rasanya. mesti mood ke laut. yg lagi parah, bila terbaring x boleh buat kerja apa dah. memang rasa sangat terseksa masa tu.


Friday 21 August 2015

Bagaimana Cara Mengatasi Kulit Kering

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memiliki kulit kering dan bersisik pasti timbul rasa malu. Kadang-kadang kulit kering akan membuat seseorang itu kelihatan tua dari usia sebenarnya.

Bagaimana kulit kering ini berlaku? Apabila seseorang itu terlalu lama berjemur atau terdedah dengan matahari ia akan menyebabkan kulit menjadi kering. Oleh sebab itu, kulit memerlukan pelembap agar kulit sentiasa sihat.



Gambar Hiasan

Thursday 20 August 2015

Kelebihan produk semulajadi

SOYA KLON VS SOYA SEMULAJADI




Kenapa ada orang tak suka susu soya?


Saya juga seperti anda dulu sebab tidak tahu secara detail pasal khasiat soya ni. Main dengar cakap orang tu orang ni. Lagilah ada testimoni keluarkan soya mempercepatkan serangan kanser.

Wednesday 19 August 2015

Tips mengira waktu subur wanita

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Assalamualaikum Warahmatullah.

Bagi baru-baru nak mencuba kaedah untuk mendapatkan zuriat tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Tuesday 18 August 2015

Tips memutihkan kulit secara semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Ape kabo?

Hari ini ida nak share sikit dengan anda semua cara dan tips untuk memutihkan kulit secara semulajadi 

Perbanyakkan pengambilan ikan salmon dan sayur-sayuran hijau seperti bayam kerana lemak baik yang terkandung dalam ikan salmon dan sayur-sayuran boleh membuatkan sel kulit yang terbakar diperbaharui semula. 

Thursday 13 August 2015

Set nutriwhite shaklee jimat

Set Nutriwhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.
Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih  dengan bahan bahan seperti rumpai laut, Alga hijau, dan strawberi begonia dan lain lain. 

Selepas 3 tahun saintis jepun dan amerika Shaklee bekerjasama mengkaji. 16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih.
Antara Kelebihan dan kesan Nutriwhite Shaklee yang diperolehi pengguna dengan Penggunaan Set ini ialah:

Sunday 9 August 2015

Ostematrix Shaklee Atasi Sembelit Ketika Mengandung Dan Berpantang


Assalamualaikum :)), Apa khabar semua? Harapnya semua baik-baik sahaja dan semua berada dibawah lindungan Allah, aminnn... 
Petang ini saya nak share mengenai Ostematrix Shaklee yang mampu mengatasi masalah Sembelit ketika Mengandung dan Berpantang.

Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung atau berpantang, mesti terseksa kerana proses pembuangan menjadi sukar. Biasanya membuang hari-hari tetapi sebaliknya ketika mengandung tambah lagi berpantang, seminggu 2 kali pun susah.