Thursday, 17 September 2015

12 tips utk mencapai kejayaan

Ida baca buku ‘Enchancing Personal Quality’ & Ida tertarik utk dikongsi bersama. 

1. TINGKATKAN PENGHARGAAN DIRI 

Kenali diri dimana kekuatan diri cam peramah, tidak mudah putus asa. Peramah ke??? Haha.. Di situ terbina keyakinan diri. Bila de keyakinan diri, personality lbh menyerlah & leh lakukan yg terbaik dlm harungi segala cabaran mendatang utk mencapai impian. Ya aa caiyok2..Better tulis kekuatan diri tu di atas sekeping kertas. 



2. JELASKAN MATLAMAT DIRI

Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehidupan & kerjaya diri kita. Berat tu… Gambarkan di minda apa yg nak dicapai. Gambaran tu mestila spesifik & tetapkan masa utk capainya. Cth, nk jual 100 kpg kuaci minggu ni.

3. PERANCANGAN YG STRATEGIK

Gunakan kekuatan diri tadi, gambarkan/ tuliskan step by step & keputusan terbaik bg mencapainya berserta jangka masa utk mencapainya. Cth, rancang cam ne nk market & target 1 hari leh jual berapa. 4. LATIHAN MENTAL Gambarkan di minda susunkan step pe nk dibuat.. mana nk wat dulu. Cam ari ni nk wat pe..sok lak nk wat pe. 

5. LAKSANAKAN TINDAKAN 

Jgn tangguhkan pe yg nk dibuattt!!!! Klu tak ‘berani la terima kenyataan’ & ‘tanggung risikonya’. Jgn begitu beb. Masa bukan kejar kita, tapi kita yg kejar masa. Emm..Tul tak. Klu u all tangguhkan gak. 

6. TINGKATKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Mengikut kajian, 85% berjayanya niaga tu disebabkan ‘skill human relations’ & 15% lak pengetahuan teknikal. Utk tu, jadila pendengar yg baik, berbudi bahasa & tak sombong. Cth, klu jual kuaci tu, jgn ckp cam ni. “Hoi!!! Ko beli ni kuaci. Klu tak beli ‘Lu Fikirla Sendiri”. Gerenti org tak dtg lg. Haha. 

7. JAGA EMOSI & TENANGKAN DIRI

Kajian kata seimbangkan kesihatan fizikal dgn pemakanan yg sihat, rehat secukupnya & kerap exercise. Tapi masing2 de cara masing tuk hilangkan stress. Tul tak. Bila emosi ok & tenang, kerja tu dpt dijalankan dgn baik 

8. 'SELF-MANAGEMNET' YG EFEKTIF 

Cuba wat keja tu supaya ‘dpt singkatkan masa’ / elakkan 'kerja berulang’. Cam ner?? Uruskan masa yg baik cam * wat keja yg mana kena wat dulu * kir cabaran/ risiko mendatang * rancang ari ni pe yg nk wat sok * katakan ‘TIDAK’ utk hal2 yg mengganggu 

9. KETEKUNAN

Ketekunan membolehkan kita menggunakan segala kepandaian & kebijaksanaan utk mencapai impian. Ingat, kegagalan bukan bererti kita gagal terus. Tapi ianya mengajar kita menimba pengalaman bg merancang langkah seterusnya. 

10. DISIPLIN DIRI

 Disiplin diri yg tinggi membuatkan kita memberi sepenuh perhatian & mengetepikan segala gangguan cam tgk wayang & bowling. Kenala berkorban kit beb. Meh Ratu nyanyi “berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa” menyanyi pulak.. hehehe...

11. SENTIASA BERSEDIA

Belajar dari pengalaman & sentiasa bertanya kpd org yg berpengalaman supaya kita bersedia dgn altenatif lain dlm menghadapi cabaran mendatang 

12. SENTIASA INGIN PENINGKATAN 

Hidup ni kena sentiasa belajar utk hadapi pesaing & cabaran utk mencapai impian. Tul tak. Kita kena kaji kesilapan lepas & ambil peluang yg dtg utk mencapai impian.