Wednesday 11 November 2015

Kek Milo 3 minit osem!


Percaya tak... ita boleh siapkan 2 mug kek milo ini hanya dalam masa 3 minit sahaja..

Wah! mesti ada yang tak percaya kan... percayalahhhhh....
Sebenarnya memasak atau menyediakan sesuatu hidangan bukanlah sesuatu yang sukar. Janji kita rajin dan ada sedikit perasaan kasih dan sayang.. pasti semuanya semudah ABC

Seronok dapat join group masak-masak ni, kerana dari sini kita dapat pelbagai ilham nak masak apa untuk suami tercinta dan anak-anak tersayang. Walaupun group ini di lahirkan atas perkongsian " nak masak apa untuk hari ini" tapi ianya banyak membantu memudahkan tugas suri rumah di dapur. Rakan-rakan dalam group ini juga cukup sporting. Mereka tidak lokek untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang lain. Admin page ini juga pada ita cukup rajin dan cekap mengendalikan page ini. Sebarang bentuk iklan atau apa-apa yang kurang selesa, beliau segera bertindak untuk meredakan keadaan. Itulah yang terbaik dan buatkan ita suka sangat menjengah group ni untuk dapatkan ilham memasak.



Dulu, sebelum ita terlibat dengan blog, ita bermula dari fb group masak-masak jugak iaitu Kongsi Resepi. Tapi sekarang group tu rasanya macam dah tak ada lagi.. sedih sangat.. sebab ramai rakan-rakan masak-masak yang ita kenali di situ yang kebanyakkannya adalah rakan terbaik dan sifu yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami yang baru berjinak-jinak di dapur.


Zaman sekarang ni.. dengan bahan - bahan yang semakin mahal harganya, sebagai suri rumah kita kena bijak dalam menguruskan kewangan dan belanja dapur. Oleh itu ramai yang ita perhatikan sekarang lebih suka masak masakkan yang mudah dan simple.

Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah dan simple . Dahlah bahan nya mudah.. tak perlukan mixer untuk mengadun hanya guna sudu atau senduk kayu pun ok! masak pula tak perlukan oven, hanya menggunakan microwave aje.. cukup cepat hanya 3 minit anda sudah dapat menghidangkan kek yang osem untuk suami dan anak-anak... rasanya juga sedap.. kek yang lembut dan gebu . Kek ni kena makan panas-panas tau! baru sedap.. kalau sejuk dia akan keras sikit, anda kena panaskan semula biar hangat-hangat makan sedap dan lembut. Letakkan pula ganache coklat atau melty hershesy lagilah... mengancam! ada pulak aiscream vanilla.. waaaa.... dah tak boleh cakap dah meleleh-leleh ayak liur di buatnya






KEK MILO 3 MINIT
Resepi Oleh : Siti Nor Arbi Ibrahim
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini



4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )



Sebaiknya tepung gandum dan baking powder di ayak bersama terlebih dahulu
Masukkan milo, tepung, gula, baking powder, susu, minyak jagung, telur dan vanilla ke dalam mangkuk pengadun
Kacau adunan rata dengan senduk kayu, sudu atau wisk
Kacau rata



Sedikan ramekin atau mug atau apa-apa mangkuk yang boleh di bakar dalam microwave
Tuangkan adunan kedalam mangkuk 3/4 atau 1/2 bahagian mangkuk sahaja , kerana adunan akan naik dan di takuti membuak dan tumpah
Akhir sekali taburkan choc cip atau choc rice dia atasnya



Bakar dalam microwave selama 3 minit sahaja. Kalau lebih masa bakar dia akan sedikit keras. Kalau 3 minit ngam-ngam sedap dan lembut.
Kalau tak ada microwave boleh juga di bakar dalam oven, masa membakar lebih kurang 15 minit jika menggunakan oven.



Inilah hasilnya setelah masak.
Sedap sangat bila di hidangkan dengan curahan Melty Hersheys.
Makan hangat-hangat pulak tu.. kalau ada ice cream vanilla lagilah walla!

Nak tengok betapa lembut kejadiannya..



Nampak tu....
Gebukan.. bersakar-sakar lagi...
Jom cuba!
CREDIT:http://www.azlitamasammanis.com/2015/09/kek-milo-3-minit-osem.html

No comments:

Post a Comment