Saturday, 7 November 2015

Resipi : Ketam masak telur masin yang marvelous.

Assalammualaikum.


Bukan nak tunjuk rajin and bukan nak tunjuk pandai masak ye. Just nak share dekat korang resipi yang bagi aku sedap and marvelous lah kononnya. Even ni first time masak resipi ni, first time beli ketam tanpa emak aku, tapi alhamdulillah sedap rasanya tau. Selama ni kalau beli ketam mesti dengan emak aku, sebab emak aku je yang pandai nak pilih.


So aku nak share lah macam mana nak masak ketam telur masin ni. Heboh aku tengok orang asyik guna resipi ni dekat Facebook. Aku pernah lah makan sekali, tapi bukan ketam. Aku makan udang masak telur masin. Memang sedap sangat uolls. First time makan masakkan ni masa ke Kuching Sarawak awal tahun hari tu.. Sebab teringat sangat tu yang nak masak jugak dan share recipe sekali.. hehe...

Let's start uolls !


Bahan-bahannya adalah :-



Ketam of course ! 
Bukan ketam masak telur masin namanya kalau tak ada ketam. Apa kau merepek ni hoii ! Aku beli 6 ekor terus sebab dekat rumah aku ni ada 6 orang. Kang ada yang tarik-tarik rambut tak dapat ketam kalau aku beli sikit. Hehehe adil dan saksama.






Telur masin 5 biji. 



Jangan terkejut okay, kenapa telur masin banyak sangat ? Dah nama pun nak masak telur masin, kenalah guna banyak telur masin. Cuci bersih-bersih and rebus.






Bahan untuk tumis:-


Bawang besar (dadu halus)
Bawang putih (dadu halus)
Cili api ikut banyak mana yang korang suka (tumbuk)
Daun kari




Dadu halus macam ni ye kawan-kawan. 
Tak payah nak beria sangat cincang-cincang bawang tu. Huhuhu




Susu cair (guna setengah tin je untuk buat kuah)
Kalau suka banyak kuah, letak se tin pun boleh. 






Ketam yang dah dipotong kita lumurkan dengan garam halus, lada sulah and tepung jagung. 
Make sure lumur sama rata okay. 




Rebus telur masin ni dulu ye.
Nak cerita sikit pasal rebus telur ni, aku memang jenis kalau rebus telur memang aku biarkan sampai kulit dia merekah-rekah. That's mean dah masak lah kan. Main terjah je kan. Tapi emak aku yang prihatin ni still letakkan beras. Katanya, bila beras dah kembang maksudnya telur dah masaklah. Maafkan anak mu yang suka main redah je ni ehh.




Sementara tunggu telur yang direbus tu, kita gorenglah ketam dulu.
Ni aku nak pesan awal-awal, jangan mengada-ngada nak goreng ketam sambil berkemban, tak pasal-pasal habis satu badan kena minyak yang meletup-letup tu. 






Bila telur masin dah masak, sejukkan and asingkan kuning telur and putih telur. Hancur-hancurkan kuning telur masin ni dengan garfu.






Putih telur pun sama jugak, hancur-hancurkan guna garfu. Aku guna putih telur ni dalam dua biji je sebab takut masin. Yang selebihnya simpan ye. Tapi kuning telur kena guna semua lah, sebab tak banyak sangat pun kan.


Dalam kuali, cairkan butter dalam dua sudu macam tu. Nak banyak pun boleh kalau korang suka. Hehehehe. Tapi kalau muak, jangan salahkan aku.




Tumis cili yang ditumbuk dengan semua bawang-bawang yang didadu.
Da di du..ehh tetibe.


Masukkan pulak daun kari and masak sampai naik bau ok.




Masukkan kuning and putih telur masin yang dah dihancur-hancur kan tadi. Masa ni api perlahan je ye, takut hangit nanti korang salahkan aku pulak. Mih mih mih.






Masukkan susu cair dalam setengah tin macam tu. Kalau rasa macam dah kering sangat tu, tambahkan lagi susu cair and kacau-kacau tambah garam and gula.






Lastly, masukkan ketam dengan suka hati bila rasa pun dah cukup, semualah dah cukup senang cerita.
Gaul sama rata.






Dah siap ! Boleh makan dengan nasi panas-panas. Yum yum !


Senang je kan, bahan pun tak banyak.  Huhuhu.


Selamat mencuba uolls.


Oklah bye !