Monday 29 December 2014

SOFT BUN




SOFT BUN 
Resepi kali ini telah diubah suai mengikut bahan yg ada dirumah tetapi hasil tetap lembut dan gebu gebas.

Tip Lambatkan Keguguran Rambut




Akademi Dermatologi Amerika mendedahkan dua daripada 3 lelaki mengalami masalah botak sepanjang hayat mereka. Keturunan bukanlah satu-satunya penyebab di mana terdapat faktor lain seperti penggunaan ubatan tertentu, kekurangan dalam diet dan tekanan.
Bagi memperlahankan masalah keguguran rambut, mungkin anda boleh cuba tip berikut :-

Sunday 28 December 2014

Vitamin C Shaklee terbaik


VITA-C...Skrg ramai yang memperkatakan ttg vitamin c.yang mana elok,yang mana tak elok.hmm....so untuk korang yang memilih Vita-C Shaklee,pilihan korang adalah pilihan terbaik...tahniah...:-) So.....apa kata kita kongsi maklumat ttg Vita-C ye....Check it out....


MANFAAT UTAMA VITAMIN C:

· Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Saturday 27 December 2014

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilapor hilang Astro Awani |Kemas kini:Disember 28, 2014 (Diterbitkan pada: Disember 28, 2014 11:48 MYT)

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilapor hilang



Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilapor hilang
Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 6.17 pagi waktu tempatan, menurut pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia sepertimana dipetik portalkompas.com.

Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.


BERITA LANJUT MENYUSUL

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Friday 26 December 2014

Kek Coklat Kukus (Munira) - Super Moist



Beberapa hari lepas terbaca mengenai resepi kek coklat kukus ni kat KR resepi oleh Pn Munira Baharom. Feedback mengenai resepi ni amat memberangsangkan. Tiba2 hati tergerak utk mencubanya, memandangkan serbuk koko yg ntah dari tahun bila duk bertapa dlm peti hehehe...nasib baik ok lagi. Mula2 cam takut gak la nak try, sbb bila teliti resepinya lebih kurang cam resepi Zaima cuma nya tang tepung nya skit sgt hanya 3/4 cawan je. Tapi empunya resepinya kata mmg betul kuantiti tepung byk tu.

Akak pun tanpa berlengah lagi, sinsing lengan lah mengancau adunan. Dan selepas kukus selama 1 1/2 jam, dgn tak sabar2nya akak buka pengukus....tengok waaaaaaa..cantik je naik nya. Terus sejukkan atas redai, payahnya nak handle sbb terlampau lembut (fulamak lembut giler u). Tanpa lengah tuang sos coklat (terlebih buat sos plak...akak tuang aje lah sumer sampai banjir - kalau meniaga harus rugi hahaha).

Ida pun ekceli tak sabar nak rasa, setelah potong apa lagi ngap lah..........fulamakkkkkkkkkk rasanya sgt lembab, lembut, sgt terasa coklatnya...pendek kata SUNGGUH SEDAPPPPP tak sia2 cuba. Dulu akak rasa kek coklat zaima sgt lah sedap, yg ni lagi tersgtlah sedap nya boleh bg 5 bintang !


Tengok lah rupanya yg sgt hitam, w/pun hitam tapi sgt menawan kalbu hehehe. Akak ada lah tambah sikit resepi tu, akak tambah 1 sudu kecil serbuk nescafe.....menambahkan lagi kehitaman dan aromanya.
Akak c&p resepi dari KR kat sini, diucapkan ribuan terimakasih kpd empunya resepi krn sudi berkongsi resepi yg sgt enak ni.


Bahan-bahan: - akak guna loyang bulat 9"

1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - diblender (tapi akak pukul hingga kembang)

Cara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.


Gara2 kek coklat yg sedap ni, diet ku kantoi lagi huhuhu....

Thursday 25 December 2014

9 Tip Pemakanan Elak Obesiti






Amalan pemakanan sihat memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan diri seseorang kanak-kanak. Pengabaiannya sejak di peringkat awal usia bakal menjadikan dia seorang yang obes sekali gus mengganggu gugat kemampuan diri dalam menjadi insan yang berkualiti.


Kanak-kanak montel sering dianggap comel sehingga ramai yang tanpa disedari membentuk generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh ibu bapa. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh anda!

DAFTAR AHLI SHAKLEE MUDAH DENGAN SISTEM ONLINE


Anda sedang berkira-kira untuk Daftar Ahli Shaklee? Kalau ‘Ya’, anda memang berada di landasan yang betul. Sebenarnya ramai yang tak tahu banyak sangat faedah kalau Jadi Ahli Shaklee berbanding kalau anda beli produk Shaklee daripada Pengedar Shaklee lain.



Jom saya kongsikan serba sedikit tentang faedah yang anda akan dapat kalau anda daftar sebagai Ahli Shaklee.

Faedah Daftar Ahli Shaklee

1. Harga Diskaun Ahli – Selepas Daftar Keahlian Shaklee anda, secara automatik anda akan dapat membuat pembelian pada harga ahli. Anda dapat berjimat dalam 20%-30% wang anda.

2. Cash Rebate – Setiap pembelian produk Shaklee anda akan mendapat mata/point(UV) yang akan ditukar kepada bentuk wang tunai. So, nampakkan penjimatan berganda yang anda akan dapat? Cash rebate ni akan dikreditkan terus ke akaun anda setiap 14hb.

3. Jimat Masa – Anda tak perlu habiskan masa untuk survey-survey harga untuk dapatkan produkShaklee yang paling murah.

4. Hanya dihujung jari – Anda boleh melakukan pembelian online 24 jam sehari walau di mana jua anda berada. Janji anda anda laptop/desktop dan talian internet.:)

5. Free Penghantaran – Pembelian online bernilai RM800 ke atas secara automatik anda layak mendapat penghantaran percuma. RM800 tu banyak sangat? Jangan risau, kalau anda beli kurang daripada RM800 pun caj penghantarannya cuma RM10.Murahkan? tak perlu nak risau kalau produk yang anda pilih tu berat macam mana sekalipun.:)

Saya kongsikan juga screen short website Shaklee supaya lebih senang anda nak membayangkannya.

Inilah rupa website Shaklee yang sebenarnya. Tapi hanya Ahli Shaklee yang telah sah berdaftar sahaja yang boleh login ye. Kalau nak Daftar Keahlian Shaklee anda mesti ada Pencadang/upline. Pastikan anda pilih Pengedar Shaklee Terbaik dan berilmu ye.:)





Bila anda dah daftar secara sah, anda akan menerima SMS daripada Shaklee yang mengandungi No ID dan Password untuk login. Bila dah login, baru la boleh mula shopping!





Oh ye, lupa nak bagitau. Inilah rupa shoping cart dalam webisite Shaklee. Kalau nak tahu tentang produk info senang je, klik je pada gambar produk yang anda berkenan tu. Anda boleh baca info, harga dan point untuk setiap produk.



Antara part yang paling best dalam Sistem Online Shaklee ialah anda boleh semak point semasa anda 24 jam sehari dan anda juga boleh menyemak berapakah bonus yang bakal kredit ke dalam akaun anda pada 14hb berikutnya.

Selain daripada Sistem Online Shaklee yang sangat mudah, saya paling suka dengan Sistem Reward yang diwujudkan dalam Shaklee. Sistem Reward yang saya maksudkan ialah Cash, Car &Convention.

Bagi anda yang nak Daftar Ahli Shaklee untuk makan sendiri jangan risau ye. Kalau anda nak tahu, ramai sangat Ahli Shaklee dalam group kami yang pada mulanya hanya nak makan sendiri. Tapi kemudianya terus jatuh cinta sebab tengok wang tunai yang dikreditkan ke dalam akaun mereka setiap bulan. Lepas tu, sedar tak sedar siap dapat Car Bonus dan Convention lagi.:)

So, apa tunggu lagi? Tak kenal maka tak cinta.

Wednesday 24 December 2014

[DoYouKnow] Apa itu KALORI?


 


Jadi adakah anda tahu apa itu “KALORI“.

Kalori adalah Unit ukuran bagi Tenaga yang terhasil dari makanan yang dimakan. Setiap sel dan organ dalam badan kita memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan normal.

Tahukah anda, sekiranya anda menerima lebihan 8,000 kalori dari makanan, anda sebenarnya sudah mampu membentuk 1kg lemak pada tubuh.

1 KILO LEMAK???? Whattttttt????

Tuesday 23 December 2014

12 langkah mengekalkan berat badan

 Anda baru sahaja berjaya menurunkan berat badan dan berasa bimbang berat badan anda naik kembali. Walaupun kenaikan berat badan mungkin berasa tidak dapat dielakkan. Malah analisis baru-baru ini oleh National Weight Control Registry mendapati pengekalan berat badan jangka panjang adalah sesuatu yang boleh dikekalkan jika anda mengikuti tingkah laku utama yang berikut.


Di bawah ini, 12 cara atau tips daripada pakar diet dan pelaku diet yang berjaya mengekalkan berat badan daripada naik kembali.


1. Membina otot lebih padat tanpa lemak. Mengekalkan, atau bahkan meningkatkan, metabolisme anda dengan terus membina otot tanpa lemak. “Otot mempunyai metabolisme yang lebih tinggi daripada lemak ,” jelas Emily Banes, RD, pakar pemakanan klinikal di Houston Northwest Medical Center. Jika anda tidak lagi melatih otot dengan latihan seperti angkat berat atau intensiti tinggi kemungkinan berat badan anda akan kembali kepada berat badan asal adalah tinggi.


Monday 22 December 2014

Ingin Langsing? Diet Rendah Karbohidrat!







Diet rendah karbohidrat.


Diet rendah karbohidrat lebih baik untuk menurunkan berat badan dan risiko sakit jantung.

PETUA HINDARI JERAWAT

Katakan TIDAK kepada jerawat!! 


Masa dulu2, sy pantang nampak jerawat. Asal nampak aje, nak picit. Asal nampak aje, nak picit. Kalau jerawat tu tumbuh kat dagu ke, kat tepi2 telinga ke, masih boleh maaf lagilah, tapi kalau dia saja-saja nak bersantai kat tengah2 hidung, kat pipi sy yang licin, kat dahi sy yang luas tu...perggh. Bila jumpa orang je..mulalah tengok mata diorang, kat mana diorang pandang...confirm dia akan tengok jerawat kita dulu!! So bagi anda yang ada masalah jerawat tu, sy listkan beberapa petua yang sy ambil daripada beberapa website serta cara sy sendiri untuk menghindari jerawat. Antaranya:



1) Kalau boleh kurangkan merokok. Lagi baik, jangan merokok.

Supplement Untuk Senggugut

Seringkali kita dengar senggugut/ period pain / PMS ( Premenstrual Syndrome ) sering menyerang apabila wanita didatangi period terutama anak-anak remaja bukan..Saya di zaman anak dara dulu turut sama mengalaminya terutama zaman persekolahan. Adusss sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata..memang guling-gulinglah 1 hari..tu nasib baik 1 hari ada kawan saya guling-guling sampai 2 hari..




Setiap kali sakit memang telan pain killer/panadol sebab tak tahan sakit, nak buat kerja pun tak boleh. Kalau lah saya dah jumpa Shaklee masa tu, memang saya dah paksa dak mak saya belikan...hehe.jangan marah yer mak.

Sunday 21 December 2014

3 Cara Tidur Yang Membantu Anda Untuk Kurus.

 Assalamualaikum...

Hi blogger..


Menurut kajian dari Colombia University, orang yang
tidur kurang dari 7 jam untuk satu malam. Boleh menyebabkan
mereka gemuk atau sukar untuk turunkan berat badan.





Saturday 20 December 2014

4 PETUA KURANGKAN SENGGUGUT





Dah lama jugak tak menjenguk dan memberi petua2..Ada pulak yang email kat saya dan meminta saya mencari petua untuk kurangkan sakit senggugut.. Tapi untuk tidak menghampakan, saya surveylah dan saya ambil antara banyak2 petua yang mudah untuk dilakukan..

Friday 19 December 2014

3 PETUA BOTOX SEMULAJADI...

Petua mudah untuk menjaga kulit muka anda supaya sentiasa segar, kelihatan muda dan bersih. Bagaimana? Semua bahan hanya dari rumah saja tanpa perlu kita berhabis wang untuk ke spa atau pusat2 kecantikan.. Antara bahan2nya adalah:

Thursday 18 December 2014

5 LANGKAH ASAS KURANGKAN BERAT BADAN

Saya akan berkongsi dengan anda 5 langkah mudah bagaimana anda dapat mengurangkan berat badan anda:




1) Kalori adalah penting dalam hidup kita terutama dalam proses metabolisma badan tetapi kita hendaklah mendapatkannya bukan dengan cara meminum air berkabonat kerana ianya akan memudaratkan badan anda. Satu tin soda mengandungi 150 kalori. So anda hendaklah maintain kalori anda dalam 1800 - 2000 kalori sehari.



8 TIPS CEGAH ULSER MULUT

8 TIPS CEGAH ULSER MULUT 


Ada orang panggil sakit mulut. Ada yang cakap melepuh mulut . Ada yang kata telaga buruk, ada yang sebut kudis mulut, kudis sepupu..eh macam macam gelarannya ye. Haa..adakah ulser mulut ini sering mengganggu keselesaan anda? nak mnum air pun susah? nak telan air liur pun seksa..

  •  Apakah punca ulser mulut ?
  •  Ulser mulut terjadi sebab kurang minum air?
  •  Badan panas dalam ?
  •  Luka luka di mulut sebab minum air panas ? 

Dulu saya selalu dapat ulser mulut sehingga tekak dan tonsil bernanah. Sebulan wajib kena sekali atau 2 kali. Kalau kena hari Rabu, Rabu depan belum tentu baik lagi. Dan akhirnya saya terpaksa telan antibiotik atas saranan doktor. Saya kaji di internet, bincang dengan kawan kawan group shaklee cari punya cari saya dapat pengajaran. Dan dengan sukacitanya saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca semua 

8 TIPS MENCEGAH ULSER MULUT (DENGAN IZIN ALLAH ) 

1) Menjaga kebersihan mulut ;kerap berkumur dengan mouthwash seperti listerine atau colgate tu untuk matikan kuman.

 2) rendam berus gigi dengan air suam panas 2 kali seminggu pun untuk matikan kuman.

 3) tukar berus gigi setiap 3 bulan bagi elakkan kuman membiak

 4) makan vitamin C dan B complex untuk imuniti. Kerana kekurangan kedua duanya menjadi sebab kepada sistem pertahan tubuh lemah dan terjadi ulser mulut bagi sesetengah orang.

 5) diperingkat teruk, jangan ambil makanan terlalu panas sebaiknya tunggu sejuk dahulu. Dan jangan ambil makanan pedas kerana akan menyebabkan ulser makin luka. Jadi pedas dan panas stop dulu. 

6) legakan tekak atau ulser anda dengan aiskrim vanila. (petua encik doktor)

7) elakkan menjerit kuat kuat kerana tekanan pada anak tekak akan mengakibatkan tonsil bengkak. 

8) baca doa surut bengkak Selebihnya serahkan kepadaNYA. Saya amalkan perkara di atas sejak 2012 alhamdulillah berkesan kepada diri saya. Sebarkan maklumat ini jika anda rasa ia memberi manfaat kepada orang lain.

Wednesday 17 December 2014

KURUS DENGAN VITAMIN LENGKAP SHAKLEE


Salam semua.. Entry kalini nak share tentang set kurus shaklee.. kenapa ramai sgt yg cari produk utk kurus ni?? haa.. mane tak nye.. rakyat malaysia mmg ramai yg gemuk @ obes. mcm apa yg kevin zahri tulid tu:







Shaklee Collagen Powder

KOLAGEN TERBAIK UNTUK KULIT TEGANG, CANTIK, GEBU DAN RAMBUT, KUKU SIHAT


Apa itu Kolagen ?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

10 AMALAN MURAH REZEKI

10 AMALAN MURAH REZEKI 

1. Berpagi pagian bangun dan bekerja. Bak kata pepatah Arab, Naumatus subh turisul faqr... yang sekira kira maksud nya Tidur di waktu pagi mewarisi kepapaan.



7 STRATEGI MEMASAK DENGAN CEPAT DAN SIHAT .

7 STRATEGI MEMASAK DENGAN CEPAT DAN SIHAT


(1) Rancang Menu Dari Awal
Rancang menu untuk seminggu yang akan datang, dan terus senaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Melalui cara ini, kita hanya perlu ke kedai sekali untuk membeli bahan2 mentah, dan mengurangkan risiko “tidak cukup ini dan tidak cukup itu” lalu terpaksa ke kedai dalam kepenatan setelah pulang ke rumah. Kita juga boleh merancang menu yg lebih sihat!

Tuesday 16 December 2014

3 FUNGSI UTAMA KOLAGEN

3 FUNGSI UTAMA KOLAGEN

Collagen menghasilkan asid amino penting seperti lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.

Hydroxyprolin 

  • memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.


Alanin,prolin dan asparagin 

  • menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

Monday 8 December 2014

10 Makanan Elakkan Perut Buncit. Mesti Baca

Assalamualaikum semua,

Di entry kali ini saya ingin berkongsi tips untuk elak perut buncit. Rata-rata lelaki mahupun wanita di Malaysia memang menghadapi masalah perut buncit, bukan? Biasanya lelaki selepas kawen perut mula naik ke depan dikatakan makan sedap, hidup bahagia sebab isteri suka masak..hehe. Wanita pula kebanyakan menghadapai masalah ini selepas bersalin disebabkan kurang penjagaan semasa dan selepas pantang. Betul tak?

Sunday 7 December 2014

DOUBLE PROMOSI DI BULAN DISEMBER 2014

Alhamdulillah bertemu kita di bulan baru iaitu bulan terakhir di tahun 2014.


Seperti biasa pihak Shaklee ada melancarkan promosi dan bulan ini ialah giliran Vita C Plus 500mg dan Vita E. Best kan. Promosi apakah itu? Meh saya cerita secara ringkas berkenaan promosi hebat ni...





1) BUY 6 FREE 1 VITA C PLUS 500 mg

2) TWIN PACK VITA C PLUS 500 mg (Diskaun 5%)

3) BUY 6 FREE 1 VITA E

4) TWIN PACK VITA E (Diskaun 5%)

Ini bukan DUA promosi ni tapi dah EMPAT promosi!. Ye EMPAT promosi sebenarnya.

Kalau anda rasa banyak sangat nak beli sampai 6, anda ada pilihan satu lagi iaitu beli 2 je. ajak lah kawan sorang lagi beli boleh jimat 5%.

Nak tau harga?

ASNEEDA
SID:1073770
SMS/WSP:019-4513242

Saturday 6 December 2014

Tips Elak Lapar Masa Berdiet!


Assalamualaikum semua…di entry kali ini saya ingin kongsikan tips untuk mengelak lapar ketika berdiet. Ramai yang tak tahan lapar ketika diet bukan??? Impaknya anda kerap melanggar ‘pantang’ diet.

Ketika berdiet, rasa lapar adalah masalah yang paling utama. Jika tidak mampu ditangani, ia bole mengakibatkan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak bagi mendapatkan rasa kenyang. Hasilnya program diet yang dipraktikkan pasti gagal seterusnya membuatkan anda bertambah gemuk. Oleh sebab itulah erlunya ada cara yang paling bijak bagi mengatasi rasa lapar yang dialami ketika berdiet. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dicuba.

Kerap minum air



Bagi mengelakkan rasa lapar, amalkan mengamil segelas air pada setiap jam. Kebiasaan seperti ini amat membantu bagi mengeluarkan toksik di dalam tubuh sekaligus memberikan rasa kenyang. Akhirnya, tubuh akan terhidrasi dengan baik seterusnya membuatkan badan kembali sihat bertenaga.

Wednesday 3 December 2014

Senarai Barang dari Shaklee

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutrisi Shaklee telah mencipta kehidupan yang lebih sihat untuk jutaan insan selama lebih daripada 50 tahun. Alami rasa sihat semula dengan Nutrisi Shaklee.

KESIHATAN BADAN

Set Budget


Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

Sebagai pengguna saya paham, ada dikalangan kita ni berminat nak mencuba dan dah bertambah kesedaran nak lebih menjaga kesihatan. Tapi dek kerana dalam fikiran masih ragu-ragu betul ke berkesan, atau bajet belanjawan bulanan xberapa mengizinkan, saya amat-amat sarankan anda mencuba pelbagai variasi set bajet ESP ni. Kalau yang tiada dalam list pun boleh utarakan. InsyaAllah saya akan cuba mencadangkan vitamin terbaik untuk permasalahan anda.

Wednesday 26 November 2014

PETUA MENGHILANGKAN BINTIK HITAM









Assalammualaikum wbt
Apa khabar semua. Ramai yang pm ida bertanyakan ada tak petua menghilangkan bintik hitam...Ok sini ida kongsikan dan ada juga yang dah amalkan Alhamdulillah berjaya...


Antara petua yang boleh menghilangkan bintik hitam pada wajah ialah:


1. Hilangkan bintik hitam dengan kentang
Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu.


2. Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan gula
Letakkan beberapa titisan perahan lemon keatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan bersinar/glowing


3.Hilangkan bintik hitam dengan yogurt
Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam


4.Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan minyak zaitun.
Campurkan beberapa titis perahan lemon dengan 5 titis minyak zaitun. Kemudian sapukan pada kawasan yang ditumbuhi bintik hitam.


5.Hilangkan bintik hitam dengan putih telur
Cara ini diaplikasikan oleh ramai orang. Ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering. Selain itu, ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan sesudu makan madu. Campuran tadi kemudiannya diletakkan pada kawasan wajah. Kemudian ambil tisu dan letakkan pada wajah. Tunggu sehingga kering barulah dicabut tisu berkenaan.


6. Hilangkan bintik hitam dengan wapkan wajah
Wapkan wajah adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Wapkan muka anda dua kali seminggu.



SELAMAT MENNCUBA

Berbezaan Meal Shakes, ESP dan Cinch Shake Mix

Assalammualaikum.. lama dah tak dapat nak update entry.. hii.. agak sibuk dengan kerja-kerja sebagai seorang student.. Ni bangun awal sebab nak ambil masa sikit untuk update blog. Memandangkan semalam ada pelanggan yang tanye tentang perbezaan Mealshake, ESP dan Cinch Shake Mix, so saya kongsikan di sini ye. semoga bermanfaat untuk semua.

Sunday 23 November 2014

10 Tips Menarik Tingkatkan Metabolisma Tubuh Badan Anda




Metabolisma dalam badan adalah bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mengalami metabolisma tinggi dan ada yang sebaliknya. Apabila kita menjengah umur 20-an ke atas atau pun mula menjengah 40-an ke atas kadar metabolisma kita akan mula menurun dan kita akan nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yang mendadak berbanding dahulu. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yang anda makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yang ideal, kini tidak lagi.

Saturday 22 November 2014

10 Punca Lemah Dan Mengantuk Serta Petua Cara Mengatasi



1. Tidak cukup tidur
Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

Asid lemak Omega 3 yang paling terkenal ialah asid linoleik.

Di dalam badan, asid lemak ini diubah menjadi 2 pecahan sebatian iaitu,
1. EPA (Eicosapentaenoic Acid)
2. DHA (Docosahexaenoic Acid).

Asid lemak Omega 3 memainkan peranan yang besar dalam perkembangan,
1. Sel saraf
2. Otak
3. Deria penglihatan

Menurut kajian saintifik mendapati bekalan Omega 3 yang cukup sepanjang kehamilan dan tempoh menyusu adalah baik untuk perkembangan otak janin dan bayi.

Ini akan membantu perkembangan IQ bayi di masa akan datang.

Asid lemak Omega 3 dapat menyembuhkan,
1. penyakit ATEROSKLEROSIS iaitu penyakit yang menyebabkan PEMBULUH DARAH mengeras dan menyempit,
2. trombosis atau penyakit DARAH BEKU
3. penyakit TULANG dan SENDI
4. ASMA
5. mencegah proses PENUAAN.

Omega 3 banyak terdapat dalam
1. sayur-sayuran berwarna hijau (seperti bayam, daun salad dan brokoli)
2. MINYAK IKAN
3. minyak kanola
4. minyak kacang soya

 

Secara teorinya, seorang dewasa perlu mengambil sekurang-kurangnya 6-10 peratus asid lemak tidak tepu daripada keseluruhan pengambilan tenaga hariannya.

Dr. Tauhid Nur Azhar, 2014. Rahsia Tentera Imun

Friday 21 November 2014

12 jenis lawak jenaka yang perlu anda tahu

Semua orang di dunia ini sukakan lawak jenaka. Ia dapat membantu seseorang yang sedang menghadapi tekanan untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung. Tetapi pasti setiap orang berlainan mengenai penerimaan sesuatu lawak yang cuba disampaikan. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis lawak yang boleh diketegorikan. Saya akan menyenaraikan jenis-jenis lawak jenaka yang perlu anda ketahui untuk menambahkan lagi pemahaman mengenai cara penyampaian lawak jenaka itu sendiri. Ini adalah untuk mengelakkan terasa hati atau sebagainya.

Lawak kehidupan
Pasti anda pernah mengalami sesuatu yang teruk di dalam kehidupan anda. Tetapi, apabila ia dikenang atau diceritakan kembali, pasti akan mampu untuk membuat anda ketawa. Kebiasaannya lawak jenis ini berdasarkan pengalaman yang telah dilalui oleh penyampainya. Mungkian anda berada didalam keadaan yang sukar ketika melalui situasi itu, tetapi apabila anda telah berjaya melaluinya, ia mampu untuk menggembirakan hati anda.

Thursday 20 November 2014

Koleksi Petua Dan Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah


SETIAP orang mahukan kulit yang sihat dan cantik sanaada lelaki atau pun wanita. Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur.

Wednesday 19 November 2014

ASID LEMAK OMEGA 3: LEMAK BAIK UNTUK KESIHATAN (OMEGA GUARD SHAKLEE)

Bila sebut lemak automatik ramai fikir ia tak baik untuk kesihatan. tapi ada satu lemak baik untuk kesihatan iaitu asid lemak omega 3.




Kajian sains menunjukkan ikan berlemak seperti ikan tuna, salmon, sardin, mackerel dan trout mempunyai kadungan omega 3 yang amat tinggi. selain itu, kekacang, telur, minyak flaxseed, minyak kanola juga mengandungi asid lemak omega 3.

Cara selamat dan berkesan turunkan kolestrol dalam darah

Entri hari ni ida nak share tentang cara selamat dan berkesan turunkan kolestrol dalam darah??

Kolestrol tinggi dalam darah adalah petanda awal ke arah serangan jantung. Anda mungkin berisiko untuk mati mengejut atau sudden death akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

Monday 17 November 2014

Pemakanan Yang Sihat Untuk Anak-Anak




Galakkan anak-anak supaya mengambil lebih kerap makan ini :

Snek yang kurang berminyak dan kurang manis, tetapi membekalkan nutrient yang berguna, seperti sandwich dengan inti telur, ayam, sardin atau tuna; kuih apam; pau dan daging. Buah-buahan seperti pisang, jambu batu dan epal juga merupakan pilihan yang baik.

Sunday 16 November 2014

Wow!! Banyaknya kelebihan madu ni...


Madu Mudah Dicerna

Molekul gula pada madu boleh berubah menjadi gula lain (misalnya fruktosa menjadi glukosa). Oleh itu, madu mudah dicerna oleh perut yang paling sensitif sekalipun, walaupun memiliki kandungan asid yang tinggi. Madu membantu ginjal dan usus untuk berfungsi lebih baik. Jika dibandingkan dengan jumlah gula yang sama, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Walaupun memberi tenaga yang besar, madu tidak menambahkan berat badan.


Jika dicampur dengan air panas, madu dapat meresap ke dalam darah dalam masa tujuh minit. Molekul gula bebasnya membuatkan otak berfungsi lebih baik kerana otak merupakan pengguna gula terbesar.

Saturday 15 November 2014

Kebaikan LEMON Untuk Kegunaan Harian...


Assalamualaikum semua... Apa kabar hari ni? Hari ni ida nak share sikit pasal kelebihan lemon ni... Ida dapat idea menusis lepas baca few blog sahabat-sahabat bloger laion. Ida rasa manfaatnya sangat berguna untuk semua jadi ida nak sangat share kelebihannya dengan korang semua.




Antara 10 Tabiat Rosakkan Otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Wednesday 5 November 2014

KURUS DENGAN VITAMIN LENGKAP SHAKLEE

Salam semua.. Entry kalini nak share tentang set kurus shaklee.. kenapa ramai sgt yg cari produk utk kurus ni?? haa.. mane tak nye.. rakyat malaysia mmg ramai yg gemuk @ obes. mcm apa yg kevin zahri tulid tu:



Tuesday 4 November 2014

Agen Pemecah Lemak yg Hebat!!!!Omega Guard~

assalamualaikum semua...
sedikit perkongsian macamana omega boleh pecahkan lemak yg degil dlm badan kita.....
baca punya baca tertarik pada satu eksperimen laaa jugak walaupun bukanlah rasmi pun eksperimen tu.. cuma mamafiyya tertarik untuk kongsikan ngan kawan2 semua camana omega ni jadi agen pemecah lemak...
Sometime kita ni x lah rajin sgt nk membaca tapi bila satu benda tu menarik so mesti terbeliak ja mata tu menjegil...

6 Sayur Mayur Protein Tinggi


Buat anda yang seorang vegetarian atau baru saja beralih menjadi vegetarian atau dedang mengamalkan atkin diet (diet tinggi protein), tampaknya akan mengalami sedikit kekeliruan dalam menemukan bahan makanan untuk pengganti protein. 


Sementara protein itu menjadi salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh. Protein berguna untuk pembentukan sel-sel di dalam tubuh serta keseimbangan hormon.


Monday 3 November 2014

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat...Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur
Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

Nak Kurus Cara Mudah??

Saiz badan yang besar dalam erti kata lain gemuk memang merunsingkan ramai orang.

 Baik lelaki mahupun wanita. Ini antara masalah besar bagi semua orang.




Slimming Centre? Mahal sangat. Belum tentu hasilnya seperti yang kita jangkakan.

Nak yang murah tapi berbaloi?? Shaklee ada solusi kalau nak kurus langsing dengan bajet sikit.



Vitamin Shaklee ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal tanpa mengeluarkan modal yang tinggi dengan syarat :
  • Anda seorang yang berdisiplin dalam hal ehwal pengambilan kalori seharian. Pengambilan kalori 1200-1500 kcal sehari.
  • Anda seorang yang berdisiplin untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Malas bersenam? Lebihkan aktiviti yang keluarkan peluh contohnya naik tangga untuk ke pejabat, say No No to lift atau berjalan kaki sekurang kurang nya 10,000 langkah sehari.
  • Pengambilan air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Saturday 1 November 2014

KISAH SEORANG MURID PINTAR DAN GAJAHNYA


Di dalam sebuah kelas, guru memulakan pengajarannya.

“Murid-murid, binatang apa yang bermula dari huruf ‘G’?” tanya cikgu tegas sambil memerhati seorang demi seorang anak-anak muridnya.

Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab, “gajah cikgu.”

Murid itu menerima pujian dari cikgu. 

“Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘D’?” 

Semua murid terdiam dan tanpa disuruh murid tadi berdiri dan menjawab, “dua gajah, cikgu.”

Murid-murid lain mula ketawa. Cikgu mulai berang.

“Awak berdiri atas kerusi. Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘M’?” 

Semua murid tetap membisu. Dari atas kerusi murid bijak tadi terus menjawab, “mungkin gajah.”

“Awak keluar dan berdiri di pintu,” tengking cikgu bertambah marah.

“Soalan terakhir, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘J’?” 

Semua murid-murid diam. Cikgu menunggu murid menjawab tetapi semua hanya berdiam diri.

Murid bijak yang berdiri di pintu luar kelas terus menjawab, “jangan jangan gajah.”

Mutiara Hikmah: Daripada Usamah R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Aku berdiri di muka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri di pintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan.” 


Credit: Lawak pecah panggung