Monday 17 November 2014

Pemakanan Yang Sihat Untuk Anak-Anak




Galakkan anak-anak supaya mengambil lebih kerap makan ini :

Snek yang kurang berminyak dan kurang manis, tetapi membekalkan nutrient yang berguna, seperti sandwich dengan inti telur, ayam, sardin atau tuna; kuih apam; pau dan daging. Buah-buahan seperti pisang, jambu batu dan epal juga merupakan pilihan yang baik.

Minuman kurang manis dan berkhasiat juga boleh diambil. Antaranya adalah susu (termasuk yang berperisa), susu kacang soya, jus buah-buahan segar, dan minuman yogurt.


Ajar anak-anak supaya mengambil makanan ini sekali-sekala (hadkan kepada 1-2 kali seminggu) :

Nasi lemak, nasi goreng atau mi / mihun / kuihteow goreng, mi kari. Makanan ini boleh diambil sesekali kerana ianya membekalkan beberapa nutrient penting, tetapi mengandungi lemak yang tinggi. Nasihatkan anak korang supaya makan hidangan kecil sahaja (atau separuh).

Ajar anak-anak supaya mengurangkan pengambilan snek ini (tidak lebih daripada sekali seminggu) :

Makanan yang berminyak, mengandungi banyak lemak dan garam, seperti pisang goreng; burger, sosej, nuget goreng dan kentang goreng. Makanan dan minuman manis serta yang mengandungi banyak gula seperti air sirap, kordial buah-buahan, minuman berkarbonat, gula-gula dan kuih-muih manis. Makanan yang mengandungi banyak garam dan perisa, seperti kerepek/keropok; snek dengan perasa tiruan.

Dipetik dan diubahsuai dari Harian Metro

No comments:

Post a Comment