Monday 8 December 2014

10 Makanan Elakkan Perut Buncit. Mesti Baca

Assalamualaikum semua,

Di entry kali ini saya ingin berkongsi tips untuk elak perut buncit. Rata-rata lelaki mahupun wanita di Malaysia memang menghadapi masalah perut buncit, bukan? Biasanya lelaki selepas kawen perut mula naik ke depan dikatakan makan sedap, hidup bahagia sebab isteri suka masak..hehe. Wanita pula kebanyakan menghadapai masalah ini selepas bersalin disebabkan kurang penjagaan semasa dan selepas pantang. Betul tak?


Punca Perut Buncit

Sebenarnya perut buncit ini mengurangkan keyakinan juga memaparkan gaya hidup kita seharian, bagaiman pemakanan kita, kita aktif atau tidak.

Di antara faktor yang menyebabkan perut buncit ialah kurang senaman, pemakanan yang tidak sihat, usia yang meningkat, hormon, stress yang berlebihan dan pengambilan alkohol.
Makanan Elak Buncit 

TELUR


Telur merupakan sumber protein. Penyelidikan dijalankan di Pusat Penyelidikan Bioperubatan Pennington mendapati bahawa apabila orang makan telur di waktu pagi, mereka merasa kurang lapar sepanjang hari berbanding ketika sarapan terdiri daripada karbohidrat kompleks seperti bagel. “Protein dan lemak dalam telur boleh memberikan rasa kenyang,” kata Ketua Penyelidik Nikhil V. Dhurandhar. PhD.

ALMOND

Anda boleh makan 1 auns badam(23 biji) sebagai kudapan antara makanan utama



Badam mengandungi protein, serat dan magnesium yang mana badan anda perlukan untuk menghasilkan tenaga, membina dan mengekalkan tidu otot dan mengawal gula darah. Ia juga membantu menghalang keinginan untuk makan.

AIR KOSONG




Banyakkan minum air kosong, elakkan air manis dalam diet anda. Jika anda penggemar teh tarik, mungkin anda boleh belajar berkongsi segelas air bersama teman atau suami anda, lebihnya minum air kosong . Air kosong juga mengurangkan rasa lapar anda dan juga penting untuk tindak balas dan proses dalaman anda.

Kita perlukan kira-kira 8 gelas air kosong setiap hari atau anda boleh tentukan jumlah air kosong anda dengan menimbang berat anda. 25 kg memerlukan 1 liter air, Jika berat anda 50 kg anda perlukan 2 liter air sehari.

PRO-BIOTIC YOGURT




Yogurt mengandungi probiotik yang dapat membuat fungsi sistem pencernaan anda lebih baik, mengurangkan kemungkinan masalah-masalah penghadaman seperti kembung dan gas sehingga perut anda akan kelihatan lebih rata.

KEKACANG

Protein kacang lebih baik daripada proteindari sumber haiwan. Di samping itu, ianya baik untuk kesihatan jantung dan membantu penurunan berat badan.

Kacang soya adalah sumber antioksidan, serat dan protein. Plus mereka sangat serbaboleh. Kajian dari Journal of American College of Nutrition mendapati bahawa orang yang minum suus kacang soya atau hilang lebih banyak serat berbanding orang yang minum susu lembu dalam diet mereka.




Anda boleh pilih Energizing Soy Protein untuk sumber soya anda. ESP mempunyai Low Glisemik Index yang mana membuatkan anda kenyang lebih lama dan bantu turunkan berat badan.

SALMON


Omega 3 dan asid lemak membantu tubuh anda untuk membakar lemak dan juga mempercepatkan metabolisme.Anda boleh menambah lebih banyak omega-3 untuk diet anda dengan makan makanan laut. Tuna dan salmon sebagai contoh, boleh disediakan dengan berbagai cara.

Namun anda perlu tahu ikan laut ini berkemungkinan mengandungi logam berat seperti merkuri akibat mencemaran laut. Anda boleh dapatkan Omega Guard Shaklee untuk sumber omega-3 anda.

Omega guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard membekalkan 1000mg asid lemak omega-3 EPA & DHA

BERRIES


Blueberry adalah makanan ringan yang sangat bagus untuk makan semasa anda bersenam dan jika anda tengah mencubauntuk kempiskan perut yang buncit. Blueberry sarat dengan antioksidan yang akan meningkatkan peredaran darah anda supaya otot akan mendapat lebih banyak oksigen.

Ini bermakna bahawa anda boleh bersenam untuk lebih lama tanpa merasa lelah supaya anda boleh mengecilkan saiz pinggang anda dengan cepat.

GREEN TEA




Teh hijau adalah metabolisme booster, ia boleh membantu tubuh anda untuk membakar kalori dengan cepat dan mudah. Tambahan pula teh hijau memiliki kandungan antioksidan supaya anda boleh berasa sihat dalam dan luar! Shaklee pun ada produk ini iaitu Cinch Energy Tea Mix.

Adunan proprietari teh putih, merah dan hijau matcha yang ada umph! Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

OLIVE OIL




Minyak zaitun boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan. Poly unsatured fat yang terdapat di dalam minyak zaitun dapat mencegah rasa lapar sementara minyak zaitun itu sendiri mengandungi bahan kimia yang terjadi secara alamiah dipanggil asid oleik yang membantu pemecahan lemak yang berlebihan dalam badan.

WHOLE GRAIN




Dalam kajian dari Pennsylvania State University, mereka mendapati bahawa oarang yang makan bijirin sepenuh(whole grain) membakar lemak dengan lebih ketara berbandingan makan bijirin yang diproses.

Anda boleh menggantikan nasi putih kepada brown rice dan roti putih whole grain bread. Ianya lebih baik untuk kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment