Monday, 22 December 2014

PETUA HINDARI JERAWAT

Katakan TIDAK kepada jerawat!! 


Masa dulu2, sy pantang nampak jerawat. Asal nampak aje, nak picit. Asal nampak aje, nak picit. Kalau jerawat tu tumbuh kat dagu ke, kat tepi2 telinga ke, masih boleh maaf lagilah, tapi kalau dia saja-saja nak bersantai kat tengah2 hidung, kat pipi sy yang licin, kat dahi sy yang luas tu...perggh. Bila jumpa orang je..mulalah tengok mata diorang, kat mana diorang pandang...confirm dia akan tengok jerawat kita dulu!! So bagi anda yang ada masalah jerawat tu, sy listkan beberapa petua yang sy ambil daripada beberapa website serta cara sy sendiri untuk menghindari jerawat. Antaranya:



1) Kalau boleh kurangkan merokok. Lagi baik, jangan merokok.

2) Sapukan sebelum tidur bedak sejuk dengan air gamat. Bukan minyak gamat ye, nanti lain pulak jadinya. Setengah2 hanya mengamalkan memakai bedak sejuk pun sudah memadai. Kenapa, sebab dapat menghindari minyak yang merupakan punca utama jerawat.

3) Sapu muka dengan air yang direndam dengan kerak nasi semalaman dan kemudian bilas air bersih.

4) Buah tomato selain elok kulit, juga elok untuk mencegah jerawat. Hanya tumbuk dan ambil patinya dan lumurkan ke bahagian muka dan tunggu selama 5 minit atau separa kering dan kemudian bilas dengan air bersih.

5) Rebus segenggam biji kani ( manjakani ) yang boleh dibeli di kedai. Masak dalam periuk tanah sehingga menggelegak pekat. Kemudian apabila sudah suam, sapukan pada muka anda dan tunggu sehingga kering. Bilas dengan air. Bukan saja bekas jerawat boleh hilang, malah kulit muka anda jugak terasa tegang.

6) Asah kulit kayu manis dan campur dengan madu lebah dan sapukan sebelum tidur. Esoknya bilas dengan air



7) Tumbuk beberapa helai daun sireh muda dan tampalkan kat muka anda yang berjerawat tu. Setelah kering, bilas dengan air dan amalkan 3 kali seminggu.


8) Kisar timun dan tapis airnya. Airnya boleh minum buat awet muda tetapi untuk jerawat, ambil hampasnya dan tampal kat muka anda. Biar selama 10 - 30 minit dan kemudian bilas dengan air.

Itulah di antara petua-petua yang boleh anda amalkan untuk menghindari jerawat. Selamat mencuba.