Saturday, 20 December 2014

4 PETUA KURANGKAN SENGGUGUT





Dah lama jugak tak menjenguk dan memberi petua2..Ada pulak yang email kat saya dan meminta saya mencari petua untuk kurangkan sakit senggugut.. Tapi untuk tidak menghampakan, saya surveylah dan saya ambil antara banyak2 petua yang mudah untuk dilakukan..


Antaranya ialah:

1) Tumbuk lumat beberapa ulas bawang putih dan kemudian masukkan semuanya dalam segelas air suam dan kacau perlahan2. Campurkan sesudu madu, kacau dan minum. Elok kalau tak ditapis. Amalkan 2 @ 3 kali sehari... ada jugak petua2 dulu yg hanya menggunakan beberapa ulas bawang merah, ditumbuk dan di campurkan dengan air suam lalu diminum, jugak 2,3 kali sehari.


2) Ambil secawan atau segelas teh dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.


3) Ambil perahan daripada beberapa biji limau nipis dan dicampurkan dengan segenggem beras dan di embunkan selama satu malam dan diminum airnya sebelum anda bersarapan.. Amalkan paling tidak 3 hari berturut-turut.


4) Ambil beberapa pucuk betik dan kisar bersama segelas air dan tapis. Minum setengah gelas sehari sewaktu anda sedang senggugut.


So, diharap sesiapa yang mengalami masalah senggugut dapat mempraktikkan petua2 diatas dan dapat menghidari senggugut.. Selamat mencuba...