Saturday 6 December 2014

Tips Elak Lapar Masa Berdiet!


Assalamualaikum semua…di entry kali ini saya ingin kongsikan tips untuk mengelak lapar ketika berdiet. Ramai yang tak tahan lapar ketika diet bukan??? Impaknya anda kerap melanggar ‘pantang’ diet.

Ketika berdiet, rasa lapar adalah masalah yang paling utama. Jika tidak mampu ditangani, ia bole mengakibatkan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak bagi mendapatkan rasa kenyang. Hasilnya program diet yang dipraktikkan pasti gagal seterusnya membuatkan anda bertambah gemuk. Oleh sebab itulah erlunya ada cara yang paling bijak bagi mengatasi rasa lapar yang dialami ketika berdiet. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dicuba.

Kerap minum air



Bagi mengelakkan rasa lapar, amalkan mengamil segelas air pada setiap jam. Kebiasaan seperti ini amat membantu bagi mengeluarkan toksik di dalam tubuh sekaligus memberikan rasa kenyang. Akhirnya, tubuh akan terhidrasi dengan baik seterusnya membuatkan badan kembali sihat bertenaga.


Letak kayu manis dalam masakan




Adakah anda tahu bahawa kayu manis adalah rempah yang sihatdan bermanfaat diletakkan di dalam masakan. Secara tidak langsung, ia berfungsi menstabilkan gula dalam darah sekaligus melambatkan proses mencernaan. Hasilnya anda akan merasa kenyang lebih lama.

Makan secara perlahan-lahan

Makan pada kadar yang cepat membuatkan makanan yang ditelan tidak mampu dicerna dengan baik. Oleh itu, makanlah pada kadar yang lambat atau sederhana. Ia membuatkan proses pencernaan berlangsung dengan sempurna malah dalam masa yang sama membuatkan anda berasa kenyang dan selesa.

Makan buah



Ramai mengetahui bahawa buah amat bagus untuk kesihatan. Namun ada antaranya gemar mengambil jalan mudah dengan meminum jusnya sahaja. Antara minum dengan mengunyah, adalah lebih bagus makan buah asli yang telah siap dipotong. Cara ini dikatakan berupaya membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama.

Kurangkan gula

Mungkin masih ramai yang belum sedar bahawa gula mampu membuatkan seseorang itu berasa lapar dan kenyang pada satu tempoh yang singkat. Sewaktu tekanan darah menurun, kita mudah merasa lapar. Jalan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan sehari-hari.

Ambil banyak serat



Serat merupakan makanan yang paling lama untuk dihadam. Disebabkan itulah kita digalakkan mengambil serat ketika sarapan, makan tengahari dan malam. Pada masa yang sama, ia juga bagus untuk kesihatan pencernaan kita.

Minum teh atau kopi



Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. Lebih elok sekiranya ia dihidangkan bersama jumlah gula yang kurang. Selain itu teh juga dikatakan berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Makan dalam kuantiti sedikit
Tidak salah makan tiga kali sehari tetapi cubalah ambil makanan tersebut dalam kuantiti sedikit. Pola makanan sebegini dipercayai amat membantu untuk menjaga manjaga paras gula dalam darah sekali gus menghindarkan kita dari merasa lapar sepanjang masa.

INFO: Mereka yang menjalani penurunan berat badan dengan cepat sering manahan nafsu makan. Akibatnya, tubuh tidak mendapatkan cukup kalori sebagai sumber tenaga, hilang tumpuan atau mudah pengsan.

Jom cuba..In shaa Allah tindakan melalui ilmu ini pasti berhasil. Harapan saya anda mendapat berat yang anda inginkan.Ameen.

Sumber: Salwani

No comments:

Post a Comment