Friday, 19 December 2014

3 PETUA BOTOX SEMULAJADI...

Petua mudah untuk menjaga kulit muka anda supaya sentiasa segar, kelihatan muda dan bersih. Bagaimana? Semua bahan hanya dari rumah saja tanpa perlu kita berhabis wang untuk ke spa atau pusat2 kecantikan.. Antara bahan2nya adalah:

Pisang – yup. Kenapa perlu membuat botox sedangkan buah pisang boleh dijadikan face mask semulajadi. Caranya ialah dengan mengambil sebiji pisang yang telah masak dan di penyeh2kan menjadi paste yang lembut dan kemudian sapukan ke muka dan leher anda. Biarkan selama 10 – 20 minit dan kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kulit anda akan terasa segar dan berseri. Satu cara lagi facial mask yang popular ialah dengan mencampurkan ¼ yogurt biasa, 2 sudu madu dan sebiji pisang masak.

Cuka – Kegunaan nya seperti toner muka. Lepas anda basuh muka anda, campurkan 1 sudu cuka apple dengan 2 cawan air. Sapukan di muka anda sehingga dia kering. Anda akan terasa kulit muka anda semakin tegang dan segar.

Susu – Hanya menggunakan susu, anda dapat merasakan kulit muka anda segar dan bertenaga. Hanya campurkan ¼ tepung susu dengan sedikit air menjadikan satu paste yang pekat dan sapukan seluruh muka anda seperti menyapu mask muka, biarkan ianya kering dan bilaskan dengan air suam...


So, selamat mencuba ye...