Kehilangan air setiap hari melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus menyebabkan kita perlu menyeimbangkan kandungan air dalam badan sama ada minum atau makan makanan yang mengandungi air.
Menurut Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 50lb atau 22.7kg. Beliau mengukhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.
Menurut beliau lagi, andaikan berat badan saya 55kg (atau 120 paun), saya perlu mengambil kira-kira 2.4 liter air, setiap hari.
Dan jika kita mengukur 2.4 liter dalam cawan 250ml, maka saya akan perlu minum sekurang-kurangnya 10 cawan air dalam satu hari.
Jadi, bagaimana pula dengan kawan saya yang seberat 100kg (atau 220paun)? Dia kena minum 4.4 liter air? Memang perlu...
Kenapa kita perlu minum air yang banyak jika kita mengamalkan suplemen?
Untuk pengetahuan semua, pil-pil suplemen yang kita makan mengandungi kandungan vitamin dalam dos yang tinggi/pekat. Setelah kita menelan pil suplemen ini, ianya akan berkecai di dalam salur pencernaan kita dan kesemua vitamin-vitamin ini akan berada di dalam salur darah. Jika air yang kita minum adalah sedikit, kandungan darah akan menjadi terlalu pekat dan menyukarkan vitamin untuk diserap oleh sel-sel badan.
Pengambilan suplemen juga membantu untuk membaiki sel-sel badan dan menyingkirkan toksin dari badan. Air yang banyak diperlukan untuk proses pengangkutan toksin-toksin ini keluar dari badan kita. Jika kekurangan air, ianya boleh menyebabkan toksin tetap tersimpan dalam badan dan menyumbang kepada masalah krisis pemulihan(healing crisis).
Jadi, bila ambil suplemen, kita perlulah menambah pengambilan air seharian. Tips untuk pastikan kita boleh minum air sebanyak 3L sehari:
Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
Sebelum mandi dan sembahyang Subuh, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch.
Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml
Mudah bukan?... Selamat mencuba.... :)
No comments:
Post a Comment