Wednesday, 26 November 2014

PETUA MENGHILANGKAN BINTIK HITAM









Assalammualaikum wbt
Apa khabar semua. Ramai yang pm ida bertanyakan ada tak petua menghilangkan bintik hitam...Ok sini ida kongsikan dan ada juga yang dah amalkan Alhamdulillah berjaya...


Antara petua yang boleh menghilangkan bintik hitam pada wajah ialah:


1. Hilangkan bintik hitam dengan kentang
Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu.


2. Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan gula
Letakkan beberapa titisan perahan lemon keatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan bersinar/glowing


3.Hilangkan bintik hitam dengan yogurt
Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam


4.Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan minyak zaitun.
Campurkan beberapa titis perahan lemon dengan 5 titis minyak zaitun. Kemudian sapukan pada kawasan yang ditumbuhi bintik hitam.


5.Hilangkan bintik hitam dengan putih telur
Cara ini diaplikasikan oleh ramai orang. Ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering. Selain itu, ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan sesudu makan madu. Campuran tadi kemudiannya diletakkan pada kawasan wajah. Kemudian ambil tisu dan letakkan pada wajah. Tunggu sehingga kering barulah dicabut tisu berkenaan.


6. Hilangkan bintik hitam dengan wapkan wajah
Wapkan wajah adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Wapkan muka anda dua kali seminggu.



SELAMAT MENNCUBA

Berbezaan Meal Shakes, ESP dan Cinch Shake Mix

Assalammualaikum.. lama dah tak dapat nak update entry.. hii.. agak sibuk dengan kerja-kerja sebagai seorang student.. Ni bangun awal sebab nak ambil masa sikit untuk update blog. Memandangkan semalam ada pelanggan yang tanye tentang perbezaan Mealshake, ESP dan Cinch Shake Mix, so saya kongsikan di sini ye. semoga bermanfaat untuk semua.

Sunday, 23 November 2014

10 Tips Menarik Tingkatkan Metabolisma Tubuh Badan Anda




Metabolisma dalam badan adalah bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mengalami metabolisma tinggi dan ada yang sebaliknya. Apabila kita menjengah umur 20-an ke atas atau pun mula menjengah 40-an ke atas kadar metabolisma kita akan mula menurun dan kita akan nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yang mendadak berbanding dahulu. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yang anda makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yang ideal, kini tidak lagi.

Saturday, 22 November 2014

10 Punca Lemah Dan Mengantuk Serta Petua Cara Mengatasi



1. Tidak cukup tidur
Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

Asid lemak Omega 3 yang paling terkenal ialah asid linoleik.

Di dalam badan, asid lemak ini diubah menjadi 2 pecahan sebatian iaitu,
1. EPA (Eicosapentaenoic Acid)
2. DHA (Docosahexaenoic Acid).

Asid lemak Omega 3 memainkan peranan yang besar dalam perkembangan,
1. Sel saraf
2. Otak
3. Deria penglihatan

Menurut kajian saintifik mendapati bekalan Omega 3 yang cukup sepanjang kehamilan dan tempoh menyusu adalah baik untuk perkembangan otak janin dan bayi.

Ini akan membantu perkembangan IQ bayi di masa akan datang.

Asid lemak Omega 3 dapat menyembuhkan,
1. penyakit ATEROSKLEROSIS iaitu penyakit yang menyebabkan PEMBULUH DARAH mengeras dan menyempit,
2. trombosis atau penyakit DARAH BEKU
3. penyakit TULANG dan SENDI
4. ASMA
5. mencegah proses PENUAAN.

Omega 3 banyak terdapat dalam
1. sayur-sayuran berwarna hijau (seperti bayam, daun salad dan brokoli)
2. MINYAK IKAN
3. minyak kanola
4. minyak kacang soya

 

Secara teorinya, seorang dewasa perlu mengambil sekurang-kurangnya 6-10 peratus asid lemak tidak tepu daripada keseluruhan pengambilan tenaga hariannya.

Dr. Tauhid Nur Azhar, 2014. Rahsia Tentera Imun

Friday, 21 November 2014

12 jenis lawak jenaka yang perlu anda tahu

Semua orang di dunia ini sukakan lawak jenaka. Ia dapat membantu seseorang yang sedang menghadapi tekanan untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung. Tetapi pasti setiap orang berlainan mengenai penerimaan sesuatu lawak yang cuba disampaikan. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis lawak yang boleh diketegorikan. Saya akan menyenaraikan jenis-jenis lawak jenaka yang perlu anda ketahui untuk menambahkan lagi pemahaman mengenai cara penyampaian lawak jenaka itu sendiri. Ini adalah untuk mengelakkan terasa hati atau sebagainya.

Lawak kehidupan
Pasti anda pernah mengalami sesuatu yang teruk di dalam kehidupan anda. Tetapi, apabila ia dikenang atau diceritakan kembali, pasti akan mampu untuk membuat anda ketawa. Kebiasaannya lawak jenis ini berdasarkan pengalaman yang telah dilalui oleh penyampainya. Mungkian anda berada didalam keadaan yang sukar ketika melalui situasi itu, tetapi apabila anda telah berjaya melaluinya, ia mampu untuk menggembirakan hati anda.

Thursday, 20 November 2014

Koleksi Petua Dan Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah


SETIAP orang mahukan kulit yang sihat dan cantik sanaada lelaki atau pun wanita. Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur.

Wednesday, 19 November 2014

ASID LEMAK OMEGA 3: LEMAK BAIK UNTUK KESIHATAN (OMEGA GUARD SHAKLEE)

Bila sebut lemak automatik ramai fikir ia tak baik untuk kesihatan. tapi ada satu lemak baik untuk kesihatan iaitu asid lemak omega 3.




Kajian sains menunjukkan ikan berlemak seperti ikan tuna, salmon, sardin, mackerel dan trout mempunyai kadungan omega 3 yang amat tinggi. selain itu, kekacang, telur, minyak flaxseed, minyak kanola juga mengandungi asid lemak omega 3.

Cara selamat dan berkesan turunkan kolestrol dalam darah

Entri hari ni ida nak share tentang cara selamat dan berkesan turunkan kolestrol dalam darah??

Kolestrol tinggi dalam darah adalah petanda awal ke arah serangan jantung. Anda mungkin berisiko untuk mati mengejut atau sudden death akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

Monday, 17 November 2014

Pemakanan Yang Sihat Untuk Anak-Anak




Galakkan anak-anak supaya mengambil lebih kerap makan ini :

Snek yang kurang berminyak dan kurang manis, tetapi membekalkan nutrient yang berguna, seperti sandwich dengan inti telur, ayam, sardin atau tuna; kuih apam; pau dan daging. Buah-buahan seperti pisang, jambu batu dan epal juga merupakan pilihan yang baik.

Sunday, 16 November 2014

Wow!! Banyaknya kelebihan madu ni...


Madu Mudah Dicerna

Molekul gula pada madu boleh berubah menjadi gula lain (misalnya fruktosa menjadi glukosa). Oleh itu, madu mudah dicerna oleh perut yang paling sensitif sekalipun, walaupun memiliki kandungan asid yang tinggi. Madu membantu ginjal dan usus untuk berfungsi lebih baik. Jika dibandingkan dengan jumlah gula yang sama, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Walaupun memberi tenaga yang besar, madu tidak menambahkan berat badan.


Jika dicampur dengan air panas, madu dapat meresap ke dalam darah dalam masa tujuh minit. Molekul gula bebasnya membuatkan otak berfungsi lebih baik kerana otak merupakan pengguna gula terbesar.

Saturday, 15 November 2014

Kebaikan LEMON Untuk Kegunaan Harian...


Assalamualaikum semua... Apa kabar hari ni? Hari ni ida nak share sikit pasal kelebihan lemon ni... Ida dapat idea menusis lepas baca few blog sahabat-sahabat bloger laion. Ida rasa manfaatnya sangat berguna untuk semua jadi ida nak sangat share kelebihannya dengan korang semua.




Antara 10 Tabiat Rosakkan Otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Wednesday, 5 November 2014

KURUS DENGAN VITAMIN LENGKAP SHAKLEE

Salam semua.. Entry kalini nak share tentang set kurus shaklee.. kenapa ramai sgt yg cari produk utk kurus ni?? haa.. mane tak nye.. rakyat malaysia mmg ramai yg gemuk @ obes. mcm apa yg kevin zahri tulid tu:



Tuesday, 4 November 2014

Agen Pemecah Lemak yg Hebat!!!!Omega Guard~

assalamualaikum semua...
sedikit perkongsian macamana omega boleh pecahkan lemak yg degil dlm badan kita.....
baca punya baca tertarik pada satu eksperimen laaa jugak walaupun bukanlah rasmi pun eksperimen tu.. cuma mamafiyya tertarik untuk kongsikan ngan kawan2 semua camana omega ni jadi agen pemecah lemak...
Sometime kita ni x lah rajin sgt nk membaca tapi bila satu benda tu menarik so mesti terbeliak ja mata tu menjegil...

6 Sayur Mayur Protein Tinggi


Buat anda yang seorang vegetarian atau baru saja beralih menjadi vegetarian atau dedang mengamalkan atkin diet (diet tinggi protein), tampaknya akan mengalami sedikit kekeliruan dalam menemukan bahan makanan untuk pengganti protein. 


Sementara protein itu menjadi salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh. Protein berguna untuk pembentukan sel-sel di dalam tubuh serta keseimbangan hormon.


Monday, 3 November 2014

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat...Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur
Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

Nak Kurus Cara Mudah??

Saiz badan yang besar dalam erti kata lain gemuk memang merunsingkan ramai orang.

 Baik lelaki mahupun wanita. Ini antara masalah besar bagi semua orang.




Slimming Centre? Mahal sangat. Belum tentu hasilnya seperti yang kita jangkakan.

Nak yang murah tapi berbaloi?? Shaklee ada solusi kalau nak kurus langsing dengan bajet sikit.



Vitamin Shaklee ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal tanpa mengeluarkan modal yang tinggi dengan syarat :
  • Anda seorang yang berdisiplin dalam hal ehwal pengambilan kalori seharian. Pengambilan kalori 1200-1500 kcal sehari.
  • Anda seorang yang berdisiplin untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Malas bersenam? Lebihkan aktiviti yang keluarkan peluh contohnya naik tangga untuk ke pejabat, say No No to lift atau berjalan kaki sekurang kurang nya 10,000 langkah sehari.
  • Pengambilan air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Saturday, 1 November 2014

KISAH SEORANG MURID PINTAR DAN GAJAHNYA


Di dalam sebuah kelas, guru memulakan pengajarannya.

“Murid-murid, binatang apa yang bermula dari huruf ‘G’?” tanya cikgu tegas sambil memerhati seorang demi seorang anak-anak muridnya.

Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab, “gajah cikgu.”

Murid itu menerima pujian dari cikgu. 

“Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘D’?” 

Semua murid terdiam dan tanpa disuruh murid tadi berdiri dan menjawab, “dua gajah, cikgu.”

Murid-murid lain mula ketawa. Cikgu mulai berang.

“Awak berdiri atas kerusi. Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘M’?” 

Semua murid tetap membisu. Dari atas kerusi murid bijak tadi terus menjawab, “mungkin gajah.”

“Awak keluar dan berdiri di pintu,” tengking cikgu bertambah marah.

“Soalan terakhir, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘J’?” 

Semua murid-murid diam. Cikgu menunggu murid menjawab tetapi semua hanya berdiam diri.

Murid bijak yang berdiri di pintu luar kelas terus menjawab, “jangan jangan gajah.”

Mutiara Hikmah: Daripada Usamah R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Aku berdiri di muka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri di pintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan.” 


Credit: Lawak pecah panggung