Saturday, 17 January 2015

Kek Pelangi Kukus

Assalamualaikum...

Kek kukus pelangi ni ida buat 2 hari yang lepas.  Follow je recipe ni and insyaallah menjadi...

Hasilnya kek ini memang sedap, lemak, lembut, gebu, lembab, pendek kata mmg SEDAP la. Tak rugi akak mencubanya.


Izinkan akak C&P resepi disini utk rujukan dimasa depan.

KEK PELANGI KUKUS 

(ida buat 2 adunan menggunakan loyang 10x10x3 dan kukus selama 2 jam)

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor 
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. (yg ni ida tak tambah susu pun, namun begitu kek tetap lembut)
Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.


Kepada penggemar kek, JGN tak cuba nanti menyesal hahahahaha !