Sunday, 18 January 2015

Nasi Ayam Madu


NASI AYAM
Bahan utk rebus & perap ayam:
  • 1 ekor ayam- dipotong 4
  • 4 ulas bawang putih } diketuk
  • 3 inci halia } diketuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • sedikit minyak bijan
  • garam secukupnya
  • 1 kiub ayam
  • air secukupnya
Cara membuat:
  • Ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia, bawang putih , kiub ayam dan garam secukup rasa sehingga masak
  • Angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram, madu dan beberapa titis minyak bijan
  • Air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup
  • Ayam yg telah diperap tadi digrill dlm oven sehingga agak garing dan berkilat ATAU digoreng sehingga berkilat bolehlah diangkat.
  • Bila masak potong ayam kecil-kecil dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan


Bahan untuk sup ayam:
  • Daun sup & daun bawang } dihiris
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • sedikit bawang goreng - utk taburan
  • garam jika perlu
Cara membuat:
  • Tapiskan lebihan air rebusan ayam tadi kedlm periuk kecil.
  • Didihkan sebentar kemudian masukkan garam jika perlu.
  • Taburkan daun sup/daun bawang serta bawang goreng.
  • Sedia utk dihidangkan




Bahan untuk masak nasi:
  • 4 cawan beras
  • 5 cawan air rebusan ayam - atau kuantiti air rebusan bergantung kpd jenis beras yg diguna (akak guna beras Basmathi PUSA Jasmine jd air nya 6 cawan lah)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • setitik pewarna kuning atau sket serbuk kunyit
  • daun pandan
Cara membuat:
  • Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  • Panaskan majerin, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi seterusnya masukkan daun pandan.
  • Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning, minyak bijan dan garam jika perlu.
  • Tanak hingga masak.


Bahan untuk buat sos cili:
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi - kasi menyengat baru umpph !
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar minyak rebusan ayam
  • 1 sudu besar sos cili
  • sedikit gula dan garam
Cara membuatnya sos cili:
  • Kisar cili bersama bahan-bahan di atas sehingga halus
Bahan untuk buat sos kicap:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
Cara membuat sos kicap:
  • Campurkan semua bahan di atas kacau sebati.
Bahan sampingan: -dihiris
  • 1 biji salad
  • 1 batang timun
  • 2 biji buah tomato