Tuesday, 10 February 2015

KHASIAT TAUGEH UNTUK KESUBURAN DAN MUDAH HAMIL





PETUA MUDAH HAMIL & TAMBAH KESUBURAN DGN AIR REBUSAN TAUGEH.

Taugeh sangat dipercayai oleh banyak orang dapat berfungsi sebagai peningkat kesuburan. Taugeh mengandung vitamin E dan merupakan antioksidan yang berkhasiat dapat melindungi dari serangan radikal bebas dan juga sangat baik untuk kesuburan rahim wanita.

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

Akan tetapi taugeh yang hendak direbus dan diminum itu bukan yg dijual dikedai2 biasa yer. Yg itu tak fresh dan sudah dicemari dengan bahan kimia supaya taugeh tu gemuk2. Yang saya maksudkan ialah taugeh yang kita tanam sendiri, sudah pasti fresh dan kita tahu tahap kebersihannya. Kalau nak dibandingkan taugeh yg kita tanam sendiri tu kurus2 jer tak gemuk macam kat kedai. 

Cara nak hasilkan taugeh sendiri dan rebus untuk diminum:-
1.Ambil segengam kacang hijau
2. Masukkan kacang hijau dan air bersih dalam bekas Tupperware yg bertutup dan rendam kacang hijau selama 2 hari, sampai tumbuh ekor . Air rendaman harus la sama dengan kacang hijau yg direndam.
3.Setelah itu buangkan air rendaman tu. Sediakan kain yg seperti kain guni jarang di atas bekas yg rata contoh tuala tangan 
4. Tabur dan ratakan kacang di atas kain tadi.
5. Tutup dgn sehelai lagi kain yg sama.
6. Curahkan air sedikit2 hingga membasahi semua bahagian.
7. Letakkan benda berat diatasnya.
8. Letakkan di tempat gelap macam dalam oven ke atau dapur kabinet.
9. Jirus sedikit air setiap hari supaya kain sentiasa basah. buat 2x, pagi dan petang.
10.Cuci dan buang kulit hijau bila dah nk taugeh
11.Rebus taugeh dengan 2 gelas air selama 15 minit
12.Tapis dan ambil air rebusan
13.Minun setiap pagi bermula 1st period sampai waktu subur

SELAMAT MENCUBA!!

Credited to http://shinjulala.blogspot.com/2011/06/making-of-togey-taugeh-p.html