Monday 30 March 2015

RESEPI ESP

Ramai yang tanya boleh campur dengan bahan lain tak kalau minum ESP. Sudah tentu boleh :). Ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. ESP kan minuman protein soya dengan perasa vanila. Saya memang suka minum begitu sahaja. Ada juga pelanggan tersayang saya yang memang tak boleh minum begitu sahaja. Pekat sangat dengan rasa soya tu buat mereka loya katanya. Mahu cara yang lebih mudah boleh sahaja campurkan dengan milo ke fresh milk. Itu resepi yang paling simple…Meh saya share apa yang boleh dicampurkan bersama shake protein ESP ini :



ESP + Berries



Buah-buahan

Buahan-buahan segar merupakan sumber pemanis asli yang paling terbaik. Boleh pilih dari buah beri yang kaya dengan antioksidan, pisang yang lengkap dengan potasium atau kiwi yang semamangnya mewah dengan vitamin C. Campurkan sahaja ESP dengan buah-buahan segar seperti pelbagai berri, anggur, buah oren atau epal di dalam pengisar, tekan sahaja suis kannnn dah siap untuk dinikmati. Jus yang segar lagi tu.

Buah Kelapa

Dari air kelapa muda yang menyegarkan sehinggalah kepada isi kelapa muda yang segar memang sedap dicampurkan ke dalam ESP. Letak sekali ais batu, memang sesuai dinikmati ketika cuaca panas.

Yogurt

Jangan tak tahu, dengan mencampurkan yogurt dalam ESP, rasa serbuk ESP tu akan berkurangan. Campurkan dengan sedikit air mengikut kepekatan yang anda sukai. Yougurt juga kaya dengan probiotik untuk kesihatan usus.


Sayuran Hijau

Boleh juga campurkan dengan daun pegaga, seleri atau daun selum untuk kelainan. Ini memang sesuai untuk mereka yang berdiet kerana serat dalam sayuran hijau ini memang boleh membuat kita lebih lawas. Untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis pun boleh amalkan.

No comments:

Post a Comment