Monday 30 March 2015

WAJIB BACA: Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Mengambil Gambar Dengan CantikSetiap kali mengambil gambar, samada ketika menyambut hari jadi, majlis perkahwinan ataupun sekadar selfie-selfie biasa, sudah tentu anda mahukan gambar yang terbaik. Dari sudut pandangan seorang wanita, gambar yang terbaik adalah gambar dengan kulit yang cerah tanpa cela. Samada mengambil gambar dengan pencahayaan yang baik, ataupun menggunakan camera 360 (cara paling cepat untuk menjadikan kulit anda putih gebu persis Emma Maembong)
Jika kulit anda tidak berada pada tahap yang anda inginkan; samada disebabkan oleh jerawat, tona kulit tidak sekata, atau masalah genetik; ketahuilah bahawa kulit yang lebih cerah boleh dicapai dengan penjagaan kulit dan produk yang betul. Malah, anda boleh mempunyai kulit yang lebih cerah dalam beberapa hari dengan regim penjagaan kulit yang betul.
Satu langkah penting ke arah kulit yang lebih cerah adalah dengan mengurangkan pendedahan anda kepada matahari. Unsur-unsur alam sekitar seperti sinaran berbahaya daripada matahari boleh melakukan kerosakan yang paling banyak kepada kulit anda dan meninggalkan anda dengan tompok matahari dan tona kulit tidak sekata.

Gunakan Payung Untuk Menjaga KulitAdalah sangat penting untuk tidak keluar rumah dan berada di bawah sinar matahari sekiranya keadaan tidak memerlukan. Tetapi apabila anda berada di luar, gunakan pelindung matahari, pakai pakaian lengan panjang dan gunakan topi yang lebar atau payung. Ini akan memastikan kulit anda tidak terkena pancaran matahari secara langsung sekaligus kulit anda tidak akan menjadi gelap. Langkah ini sangat membantu dalam mendapatkan kulit yang lebih cerah.
Walaupun genetik memainkan peranan yang besar dalam penampilan fizikal anda, gaya hidup anda juga bertanggungjawab terhadap penampilan anda. Apa yang anda makan boleh memberi kesan kepada keadaan kulit anda, jadi adalah penting untuk makan makanan yang baik.

Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit

Vitamin C adalah satu komponen penting yang harus ada dalam diet anda untuk kulit yang lebih cantik dan cerah. Bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit?
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi (1,000 – 3,000mgs) boleh membantu untuk mencerahkan kulit. Anda mungkin tertanya-tanya: Boleh ke pengambilan Vitamin C mencerahkan kulit anda? Jawapan ringkasnya adalah; Ya, ia boleh! Tetapi bagaimana sebenarnya Vitamin C mencerahkan kulit kita? Teruskan membaca dan anda akan dapat jawapannya.

Apa itu Vitamin C?

Sebelum saya jelaskan lebih lanjut bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit kita; apakah kaitan Vitamin C dengan warna kulit kita, adalah penting untuk mengetahui apa Vitamin C adalah terlebih dahulu.

Vitamin C (juga dikenali sebagai Ascorbic Acid) adalah vitamin larut air, dan diperlukan oleh badan kita untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah. Anda boleh memperolehi dos Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren. Walaupun ia adalah vitamin, Vitamin C adalah antioksidan. Ini bermakna ia boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan organ-organ lain. Dan kerana hakikat Vitamin C adalah vitamin larut air, ia bertindak di dalam dan di luar sel-sel kita memerangi kerosakan radikal bebas ini.

Vitamin C dan Kulit

Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia dan kolagen adalah blok yang membina kulit. Kulit kita memperolehi kebaikan dari Vitamin C kerana sifat-sifat uniknya yang membentu kolagen.
Saintis mendapati bahawa protein kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekulnya mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak (proses yang dipanggil hydroxylation). Vitamin C penting dalam memastikan keutuhan struktur kolagen.
Vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.
Dalam satu kajian yang dijalankan, apabila Vitamin C (2000 mg) dan Vitamin E (1,000 IU) diberikan kepada 20 lelaki dan wanita, ketahanan mereka terhadap kulit terbakar akibat matahari meningkat sebanyak 20% selepas 8 hari. Mereka cuma mengalami keradangan dan kerosakan kulit yang sedikit berbanding dengan kumpulan yang tidak mengambil vitamin tersebut; yang menjadi lebih sensitif terhadap sengatan matahari.

Vitamin C Menggalakkan Dua Antioksidan – Glutathione dan Vitamin E

One thing leads to another. Vitamin C bukan sahaja meningkatkan tahap Vitamin C dalam darah kita, ia juga meningkatkan dua antioksidan yang sangat penting iaitu glutathione (sejenis antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak, juga sangat penting untuk kekal awet muda dan menghilangkan parut pada kulit).

Vitamin C Meningkatkan Tahap Glutathione Dalam Darah
Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%.

Jadi Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?

Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.
Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duper penting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian.
Anda perlu mengambil Vitamin C pada dos yang tinggi 1000 – 3000mg setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Jarakkan pengambilan Vitamin C sepanjang hari untuk keberkesanan maksimum. Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.

No comments:

Post a Comment