Wednesday, 8 April 2015

5 Kesalahan Saat Berdiet



Dalam usaha berdiet, kita seringkali terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh merosakkan diet itu sendiri. Kadang-kadang kita sempat berasakan tip yang sering kita lakukan adalah betul. Untuk membetulkan keadaan, jom kita semak tip-tip yang disenaraikan oleh laman web fitness.com ini. Mungkin kita pernah melakukannya tanpa kita sedari.


1) MEMILIH JUS DARIPADA BUAH

Jus sememangnya sering dianggap sihat kerana ia terdiri daripada ekstrak buah-buahan. Namun sebaiknya pilihlah buah-buahan segar kerana kandungannya adalah semulajadi. Jus yang dijual pasaran biasanya sudah ditambah oleh pewarna serta pengawet. Jika terlalu sering menikmatinya boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyulitkan proses penurunan berat anda.


2) JUMLAH KALORI

Menurut laman web Women24, kesalahan utama di dalam diet yang paling besar adalah kesilapan mengira jumlah kalori di dalam makanan. Kebiasaannya mereka hanya akan mengira kandungan kalori yang terdapat dalam makanan utama sahaja. Sedangkan kalori yang terdapat pada snek yang dinikmati lebih banyak berbanding makanan utama.


3) BANYAK DUDUK

Terlalu banyak duduk sebenarnya tidak begitu baik terhadap kesihatan. Ia boleh menimbulkan risiko penyakit jantung, diabetes dan sebagainya. Mungkin anda perlu meringankan kaki anda untuk lebih aktif bergerak kerana ia akan membantu membakar lemak ditubuh. Pun begitu, jika pekerjaan utama anda memaksa untuk sering berada di hadapan komputer, pa kata cari sedikit waktu untuk berjalan di sekitar ruang kerja.


4) FOKUS JANGKA PENDEK

Kunci utama sukses dalam berdiet adalah gaya hidup yang dipertahankan seseorang itu. Jika hanya berdiet untuk persiapan bernikah atau sebagainya maka sukar bagi anda mempertahankan tubuh yang ideal. Biasanya apabila impian jangka pendek tersebut tercapai, seseorang biasanya akan membalas dendam dengan menikmati makanan seenaknya.


5) KURANG TIDUR

Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit bahkan ia turut menjayakan program diet anda. Ini kerana jika seseorang kekurangan waktu tidur maka tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan. Hormon tersebut menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Untuk itu, pastikan waktu tidur anda sekurang-kurangnya 8 jam bagi golongan dewasa.
Sumber : Keluarga Harmoni (Sept. 2014 Bil : 234)



No comments:

Post a Comment