Monday 20 April 2015

9 Tips Minum Air 3 Liter Sehari


Tips Minum 3 liter Air Sehari.

1 ) Tak buncit perut ke kalau minum air banyak2?"
2) "kena minum air sampai 3 liter ke? Tak ke nanti asyik ulang alik ke tandas?"
3) "mcmana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya.."



Ini antara soalan yang selalu kita dengar setiap kali di nasihatkan untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Jangan takut minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu untuk mengurangkan berat badan. Perut buncit? Jangan takutlah.. kan Rasulullah mengajar kita cara minum yang betul;



♥ minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus
♥ jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa bernafas
♥ tidak meniup ke dalam air samaada untuk mengurangkan haba (air panas) atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnya


1) minum segelas air (250ml) sebaik shj bgn tidur, ini dikatakan salah satu petua awet muda juga

2) ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air (supaya supplemen mudah larut dan meresap dgn baik)

3) minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan. sangat elok untuk penghadaman

4) minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam. Refill balik yang dah buang tadi

5) letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik sewaktu tidur, di dalam kereta supaya kita boleh terus minum sewaktu dahaga

6) minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan

7) minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit

8) cek pengambilan air secara detail. tetapkan setiap botol 500ml mesti dihabiskan dalam masa 2 jam sewaktu di tempat kerja. habiskan sekurang-kurangnya 2.5 liter air dari pukul 8:00pg sehingga pukul 5:30ptg.

9) Malam? 500ml minum sampai habis sambil tengok tv...

Training dulu hari ini. Mula2 agak susah, tapi lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan. Apa dia? Kenyang air? Eloklah tu... boleh kurangkan makan. boleh kurangkan berat badan kan?

Selamat mencuba... :)


sumber:

facebook/vitamin-kita


No comments:

Post a Comment