Tuesday 21 October 2014

6 Tanda Diet yang Sudah Melampaui Batas

DIET untuk menurunkan berat badan hendaklah dilakukan  mengikut pola pemakanan yang wajar dan sehat mengikut perancangan yang telah ditetapkan. 


Hal ini kerana, penerapan diet yang terlalu ekstrem bukannya menyihatkan tetapi memberi risiko buruk terhadap kesihatan anda.

Berikut 6 tanda diet yang anda lakukan sudah melampaui batas:


1. Tenaga/keupayaan menurun dendadak
"Ini ialah ciri utama bahawa pengambilan kalori harian anda adalah terlalu rendah. Anda tidak mempunyai cukup bahan bakar, sehingga anda akan merasa lelah sepanjang masa," kata ahli pemakanan sukan Nancy Clark, MS, RD, seperti yang dilaporkan oleh laman Women 's Health Magazine. 

Sebagai peraturan umum, kebanyakan wanita memerlukan sekurang-kurangnya 1,200 hingga 1,400 kalori per hari untuk mempertahankan fungsi metabolisme yang sihat, namun sebahagian wanita lain dengan aktiviti lebih banyak mungkin memerlukan kalori yang  lebih dari jumlah tersebut. 

2. Terlalu memikirkan apa yang boleh dimakan 

Jika anda terlalu fokus mengira pengambilan kalori dan terus-menerus memikirkan menu makanan yang sudah atau baru akan makan, maka anda sudah taksub secara tidak sihat. Diet merupakan perubahan gaya hidup yang membuat anda menjadi lebih waspada terhadap pengambilan kalori, tetapi bukan bererti anda harus bertindak keterlaluan.

3. Mengelak pengambilan sesetengah sumber zat harian 
Berhenti mengambil karbohidrat atau jenis pengambilan lain mungkin akan cepat membantu menurunkan angka timbangan. Masalahnya, kebiasaan ini membuat anda kehilangan salah satu nutrisi penting yang diperlukan tubuh, seperti misalnya karbohidrat kompleks untuk tenaga atau vitamin B yang berfungsi menjaga suasana hati anda tetap stabil.

 
4. Tidak boleh tidur 

Selain rasa lapar berlebihan membuat anda tidak boleh tidur nyenyak dan terus bangun, diet yang terlalu ekstrem juga membuat anda tidak cukup nutrisi untuk membantu mempunyai tidur malam yang baik. 

5. Menjauhkan diri dari kehidupan sosial 

Rancangan penurunan berat badan yang sihat adalah apabila anda tetap boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan sosial, termasuk saat sedang di rumah, makan di restoran dengan teman-teman, atau menuju ke sebuah pesta. Mengelakkan acara yang melibatkan aktiviti makan adalah tanda diet anda terlalu ketat dan perlu dibentangkan semula. 

6. Suasana hati cepat berubah 

Menghadkan kalori terlalu banyak membuat kekacauan muncul pada struktur kimia otak. Pada akhirnya keadaan ini boleh membuat perasaan anda cepat berubah mulai dari kemurungan, cemas, dan tegang. 

Bukan tidak mungkin jika terus dipaksakan keadaan ini akan membuat anda melepaskan emosi pada makanan dan berat badan pun akhirnya kembali naik.

sumber:
jpnn.com

No comments:

Post a Comment