Sunday 12 October 2014

Tips untuk rasa kenyang lebih lama

Pernah tak alami keadaan di mana walaupun dah makan sepinggan atau dua pinggan nasi, kita masih lagi rasa tak kenyang? Nak juga cari makanan untuk dikunyah?


Di sini ada sedikit petua untuk kita cepat rasa kenyang atau bila dah kenyang tu, kekal kenyang. Bagaimana?
  1. Sebelum makan, minumlah air terlebih dahulu. Seteguk dua air...yang disarankan oleh pakar pemakanan adalah segelas dua gelas. Sebab dengan meminum air, perut kita sudah rasa kenyang jadi pengambilan makanan yang berat akan berkurang. Yang ini memang saya akui kerana saya selalu amalkannya.
  2. Di dalam masakan, kalau boleh cuba guna cuka dan kulit kayu manis untuk perisa (jika boleh lah). Cuka dan kulit kayu manis boleh menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama. Tak percaya? Cubalah.
  3. Sayur-sayuran hijau dan berwarna oren (seperti lada benggala warna kuning dan carrot) mengandungi 90% air di dalamnya, maka bila kita lebihkan megambil sayur2an sebegini, kita akan lebih cepat rasa kenyang. Sekali lagi saya akui, kerana saya juga pernah mengamalkannya terutama sekali dengan memakan lada benggala (capsicum) yang pelbagai, memang cepat kenyangnya.
  4. Ubi kentang sangat mujarab untuk memberi kekenyangan sehingga 24 jam. Agaknya sebab itulah orang Korea suka sangat makan kentang rebus atau bakar. 
  5. Ikan itu lebih mengenyangkan berbanding daging. Jadi lebihkan memasak ikan. Lagipun, ikan itu elok untuk jantung (dalam entri tips jantung itu hari)
  6. Kekacang juga boleh mengenyangkan untuk di makan waktu tengok TV ke, atau antara waktu makan.
  7. Akhir sekali, oats, kekacang (beans) dan telur adalah antara sajian yang memberi kekenyangan yang lama. 
Nah, marilah kita cuba petua yang diberi ini. Bila kita merasa kenyang lebih lama atau kenyang lebih cepat, kadar pengambilan makanan akan berkurangan dan kita boleh kekal SLIM!!!

No comments:

Post a Comment