Wednesday 22 October 2014

Ais Batu boleh digunakan untuk Diet!!

ANDA yang sedang melakukan program penurunan berat badan, mungkin ini khabar gembira bagi anda. 

Kerana menurut pakar pemakanan, ais krim atau bahkan ais batu boleh membantu menurunkan berat badan anda. 

Walaupun ais krim tidak membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat, tetapi ais krim mempunyai kesan yang cukup besar pada penurunan berat badan anda.


Menurut para ahli pemakanan, mengambil ais pada dasarnya akan membuat metabolisme anda bekerja sedikit. Dengan panas tubuh manusia, seseorang akan mengeluarkan tenaga untuk mencairkan ais dalam mulut. 

"Sambil makan ais anda mencapai dua tujuan yakni anda membakar kalori dan anda tidak mengambil kalori negatif," kata gastroenterologist, Dr. Brian Weiner steers, seperti yang dilaporkan oleh laman Fox News, Minggu (29/6). 

Dengan perhitungan Weiner seolah-olah tidak menjadi masalah jika anda mengambil 1 liter ais sehari kerana hal ini sama saja dengan anda membakar 160 kalori. 

Tapi jangan salah, yang dimaksudkan ais krim juga ternyata yang tidak disertai dressing, dalam hal ini seperti kacang-kacangan dan lain-lain yang menyertai ais krim yang anda makan. 

Jika anda ingin membakar kalori dengan ais, alangkah baiknya anda makan ais krim 'losong' tanpa kacang atau makan ais batu. Disamping itu, anda juga tetap harus menghadkan pengambilan harian kalori dan jumlah tenaga yang anda bakar setiap hari. Jika anda menjaga keseimbangan antara keduanya, maka penurunan berat badan menjadi tugas yang mudah. SELAMAT MENCUBA.. :)

sumber: 

jpnn.com

No comments:

Post a Comment