Wednesday, 29 October 2014

Goreng Pisang Cheese




BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG 
  • 1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
  • 4 sudu besar tepung gandum 
  • 2 sudu besar tepung beras
  • sebiji telur
  • satu sudu butter 
  • secubit garam
  • perwarna kuning@serbuk kunyit 
  • minyak masak secukupnya untuk mengoreng 
BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
  • Keju cheddar(diparut)
  • satu sudu kecil susu pekat manis 
  • satu sudu kecil butter 
CARA-CARA MEMBUATNYA; 
  1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. 
  1. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam. 
  1. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
  1. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis.
  1. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng 
  1. Lagi Resepi menarik dilink berikut                                                                
Oleh : Nur Jannah
Sumber:  BukuResepi.com